KAEDAH PEMBELAJARAN DAN PENYAMPAIAN 

Pengajian jarak jauh menekankan kepada konsep pembelajaran sendiri. Konsep seperti ini adalah fleksibel bagi memudahkan mereka yang bekerja mengikuti pengajian mereka. 

Pelajar akan diberikan modul yang menggariskan kandungan kursus, tugasan dan keperluan kursus serta halaman web berkaitan bahan rujukan yang perlu dibaca. Selain itu, pelajar juga diberi peluang bersemuka dengan Pengajar sebanyak tiga kali pada setiap sesi pengajian. Pada masa ini, perjumpaan bersemuka diadakan di IKM Jasin. Perjumpaan ini bertujuan untuk menghadiri ujian . 

Pelajar juga perlu berinteraksi dengan Pengajar menggunakan komputer, melalui Internet, melalui E-mail dan lain-lain jika mempunyai masaalah.
 

 PENGECUALIAN SUBJEK

Pelajar akan dipertimbangkan untuk pengecualian subjek kursus jika boleh membuktikan telah mengikuti subjek yang setaraf dalam tempoh 1 tahun yang lalu dan mendapat kelulusan minimum yang ditetapkan, tertakluk kepada peraturan dan tatacara pengecualian subjek.

SISTEM PENILAIAN 

Penilaian teori lukisan dan akedemik adalah seperti berikut :

-Pelatih akan diberi ujian diri (Self-test) bagi setiap tajuk dan topik dengan menghantar melalui Internet.

-Pelatih akan diberi ujian teori Akhir di IKM yang di anjurkan oleh Unit peperiksaan.

- Pelatih mesti menjawab semua soalan tersebut di sepanjang latihan selama 6 bulan. Ini adalah sebagai latihan dan persediaan untuk menduduki ujian seterusnya

Prestasi pelajar dinilai dengan menggunakan kaedah penilaian berterusan.Ia bermula selepas sahaja pelajar mendaftarkan diri ke IKM. Dalam Masa 6 bulan, pelajar mesti mempunyai potensi yang tinggi untuk meneruskan pelajaran Amali selama setahun di IKM. 

Dalam masa 6 bulan pertama ini, pelajar boleh di gugurkan dari mengikuti latihan ini jika tidak menunjukkan prestasi yang menggalakkan dan tidak mengikut peraturan. Ini di sebabkan keseluruhan pelajaran teori bagi kursus ini terkandung di dalam 6 bulan pertama. 
 

 STATUS PELAJAR 

Semua keputusan Ujian Subjek Teknikal dan Subjek Pengajian Am akan diuruskan oleh pihak Unit Peperiksaan IKM.

Format Transkrip yang sama akan digunakan untuk keputusan ujian pelatih akan diberi transkrip dengan keputusan LULUS atau LULUS BERSYARAT.

Keputusan Ujian akan dimaklumkan kepada semua pelatih.Pelatih yang lulus akan ditawarkan untuk kemasukkan bagi sesi berikutnya selama 1 tahun sahaja. Bagi pelatih yang Lulus Bersyarat akan diarahkan untuk mengulang subjek yang Gagal sahaja dan jika Lulus akan ditawarkan menyambung pengajian di IKM bagi sesi berikutnya atau jika ada kekosongan tempat akan ditawarkan masuk pada pengambilan kedua atau ketiga.
 

Status pelajar pada setiap semester adalah berdasarkan prestasi akademik, teknikal dan ko-kurikulum. Status BAIK diberikan kepada pelajar yang memperolehi Purata Timbunan 2.0 ke atas manakala bagi yang kurang 2.0 akan diberi status AMARAN, PERCUBAAN atau  DIBERHENTIKAN.

 
 PENGANUGERAHAN SIJIL

Penganugerahan untuk menerima sijil IKM adalah hak mutlak IKM.  Pihak Bahagian Kemahiran MARA akan mengeluarkan sijil-sijil berkenaan serta menyenaraikan nama penerimanya di dalam senarai penerima sijil yang ditetapkan. Sijil-sijil yang dikeluarkan adalah sepenuhnya anugerah BKM, sama dengan sijil-sijil yang di anugerahkan kepada pelajar dalam IKM.