Make your own free website on Tripod.com

 PENGENALAN AQIDAH ISLAM.

PENGERTIAN AQIDAH
 

1. Dari segi bahasa             :     simpulan atau ikatan.

2. Dari segi istilah               :     kepercayaan yang terikat erat yang tidak mungkin
                                             terhurai yang tertanam di dalam lubuk jiwa tanpa
                                             keraguan.

3. Pengertian aqidah Islam    :     Kepercayaan yang teguh dan tersimpul kukuh tanpa
                                             keraguan bahawa tiada tuhan selain Allah dan nabi
                                             Muhammad itu utusan-Nya da segala yang
                                             disampaikannya adalah mutlak kebenarannya.
 

Kepentingan Aqidah dalam kehidupan manusia.

    Manusia itu sangat perlu kepada adanya satu aqidah yang baik dan benar, kerana dengan demikian boleh menjamin keselamatan dan kesentosaan hidupnya. Sebaliknya dengan berpegang dengan aqidah yang salah itu boleh membawa kepada kesesatan dan kekecewaan. Maka untuk menyempurnakan keperluan manusia dari segi aqidah, Allah dengan limpah kurnianya telah menurunkan petunjuk kepada manusia melalui para rasul-Nya. Supaya manusia mendapat panduan hidup yang benar dan tidaklah mereka sesat di dalam kehidupannya.

1.     Aqidah yang benar akan mencorakkan peribadi dan cara hidup atau kehidupan
        manusia yang benar. Ini membentuk masyarakat yang mulia, sihat dan harmoni.

2.     Untuk menghindari dari berlandaskan aqidah yang sesat yang akan membentuk
        masyarakat yang rosak, di mana berlaku penghambaan atau penyembahan manusia
        kepada manusia atau makhluk Allah yang lain.

3.     Manusia dikurniakan akal dan juga hawa nafsu. Aqidah yang benar akan membimbing
        akal dan hawa nafsu manusia ke arah yang benar dan selamat. Jika hawa nafsu
        terlalu kuat pengaruhnya dari akal, ini menyebabkan manusia hilang pegangannya.
        Jadi, aqidah mempunyai nilai-nilai moral dan akhlak yang tetap yang mengekang dan
        mengendalikan hawa nafsu dan syahwat manusia.

4.     Aqidah yang benar dapat menjawab segala persoalan ghaib yang tidak dapat
        dijawab atau dicapai oleh akal fikiran manusia yang sempit dan terbatas.
 

Perkara-perkara asas dalam aqidah Islam.

1.     Percaya kepada rukun Iman.
2.     Melaksanakan rukun Islam.
3.     Mengamalkan konsep ihsan.

        Ihsan ialah suatu perasaan di mana setiap tingkah laku dan perbuatan kita tidak terlepas dari penglihatan dan pengawasan Allah s.w.t.
 

Perkara Yang Merosakkan Iman.

        Orang Islam wajib memelihara dirinya daripada perkara yang merosakkan iman dan sebab-sebab yang boleh merosakkan iman itu banyak, diantaranya :

1.     Dengan sebab perbuatan, seperti menyembah berhala menghina al_quran dan Hadis.

2.     Dengan sebab perkataan, seperti menghalalkan perkaran yang haram dan sebaliknya.

3.     Dengan sebab iktikad, seperti tidak percayakan Allah, tidak percaya kepada hari akhirat atau beriktikad ada lagi nabi lain selepas nabi Muhammad dan lain-lain kepercayaan yang bertentangan dengan perkara-perkara yang telah sah dan jelas di dalam al-Quran.

Orang-orang yang telah rosak imannya, terkeluarlah ia daripada Islam (murtad) dan gugurlah segala amalannya serta terputus perhubungan dengan ibu bapa dan isteri/suami, kiranya ia tidak bertaubat.
 

3.2         PERKARA-PERKARA ASAS DALAM AQIDAH ISLAM

3.2.1         Percaya kepada rukun iman
3.2.1.1      Percaya kepada Allah
3.2.1.2      Percaya kepada malaikat
3.2.1.3      Percaya kepada Rasul
3.2.1.4      Percaya kepada kitab-kitab
3.2.1.5      Percaya kepada hari Kiamat
3.2.1.6      Percaya kepada Qadha’ dan Qadar
 

3.2.2         Percaya kepada rukun Islam
3.2.2.1      Mengucap dua kalimah syahadah
3.2.2.2      Mendirikan solat lima kali sehari semalam
3.2.2.3      Berpuasa di bulan Ramadhan
3.2.2.4      Mengeluarkan zakat
3.2.2.5      Mengerjakan haji

Tamat

******************************************
Buku Rujukan:-
1. Buku Panduan Ibu Pejabar MARA. Bahagian Kemahiran,Kuala Lumpur

******************************************
SOALAN KEFAHAMAN
Untuk  menguji kefahaman anda sila jawab soalan berikut
Soalan 1