Make your own free website on Tripod.com

KONSEP SYAHADAH
Dari segi bahasa     :    Syahadah bereti penyaksian.

Dari segi istilah       :    Yakni penyaksian bahawa tiada tuhan yang berhak disembah
                                melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah utusannya

                                Atau bermakna penyaksian dengan lidah dan pembuktian melalui
                                amal yang menunjukkan keimanan bahawa tiada tuhan melainkan
                                Allah dan Nabi  Muhammad itu pesuruhnya.

Konsep Syahadah:

a.     Syahadah adalah merupakan penyaksian atau pengakuan seseorang yang terbit dari
        hati yang benar-benar faham dan bukannya hanya setakat lafaz di lidah sahaja.

b.     Di zaman Nabi Muhammad S.a.w. ucapan syahadah bukan suatu lafaz yang mudah
        untuk diucapkan oleh sesorang dimana mereka yang tidak sanggup melafazkannya
        terdiri datipada Abd. Mualib, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain.

c.     Di zaman Nabi juga seorang Badwi (kampong) datang bertanya Nabi s.a.w. katanya:
        Apakah yang engkau bawa hai Muhammad?. Jawab Baginda: Tiada Tuhan Melainkan
        Allah dan Muhammad pesuruhnya. Maka katanya: Jika ini yang engkau bawa, engkau
        akan mendapat tentangan kaum mu dan engkau akan dibenci.

d.     Semua Nabi-nabi yang terdahulu membawa konsep yang sama (Syahadah).
Firman Allah Taala:




Maksudnya:  Dan tidak kami utuskan sebelum mu dari rasul-rasul melainkan kamu wahyukan kepadanya bahawa tiada tuhan melainkan Aku, maka hendaklah kamu menyembah Aku.

e.     Syahadah adalah bermakna pengakuan yang sebenar-sebenar bahawa tiada tuhan
        yang berhak disembah, yang berhak dipatuhi selain dari Allah. Perintahnya
        terkandung di dalam Al Quran dan mematuhi Al Quran bererti mematuhi perintah
        Allah.

f.     Syahadah adalah ucapan lidah dan pengakuan (ikrar) hati serta membuktikannya
       dengan perbuatan.

g.     Syahadah juga bermakna pembahagian dua perkara:

        1.     Tauhidkan Allah
        2.     Syariat Allah yang dibawa oleh Rasulnya s.a.w.
 

h.     Syahadah juga bererti tunduk menyerah diri dan kepatuhan diri dibawah satu
        peraturan hidup sahaja yang dinamakan Islam.

Keperluan Syahadah:

a.     Syahadah adalah anak kunci Islam. Mengucapkannya adalah anak kunci muslim.

b.     Di dalam sesebuah pertubuhan, ikrar taat setia sudah menjadi kebiasaan, dan di
        dalam Islam Syahadah merupakan ikrar seseorang untuk terus berjuang dan hidup
        diatas landasan Islam.

c.     Pokok atau tunjang bagi Islam adalah Syahadah. Mengucapkannya adalah bererti
        meneguhkan lagi iman atau meletakkan tunjang Iman dalam dada.

d.     Syahadah adalah umpama bendera perjuangan Islam. Motif perjuangan adalah
        menegakkan Islam di muka bumi.

e.     Matlamat hidup dan mati terkandung di dalam syahadah iaitu menuju keredaan abadi
        dari Allah dan mendapat syufaat Rasulnya.
 

Pengertian Syahadah.

a.     Aku bersaksi tiada Tuhan Melainkan Allah.

b.     Aku bersaksi dan berikrar dengan sebenarnya bahawa tiada Tuhan yang mempunyai
        segala sifat kesempurnaan, yang perlu disembah, yang perlu dipatuhi dan yang Maha
        Berkuasa melainkan Allah sahaja.

c.     Yakni Allah sahajalah yang berhak disembah bukannya makhluk yang lain yang hanya
        kepadanya ditumpukan kepatuhan, yang Maha Esa, tidak beranak dan tidak
        diperanakkan.

d.     Bererti    :     Daku berikrar dengan sebenarnya akan mematuhi setiap titah yang
                          terkandung di dalam Al Quran dan larangannya.

e.     Terkandung dua perkara:

        1.     Menafikan Tiada Tuhan
        2.     Menetapkan Melainkan Allah

a.     Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan (pesuruh) Allah

b.     Aku berikrar dan mengakui bahawa Nabi Muhammad itulah yang diutuskan Allah
        sebagai Rasul membawa cahaya kebenaran, membawa syariat, cara hidup,
        titah-perintah Allah dan segalanya dari Allah tanpa menokok tambah atau
        mengurangi sedikit pun.

c.     Aku berikrar dan mengakui bahawa hanya Nabi Muhammad s.a.w. sahaja yang patut
        di ikuti kerana Baginda adalah utusan Allah Taala.
 

* Dalam kalimah () ada tiga perkataan Tauhid.

a.     Tauhid Rububiah
b.     Tauhid Uluhiah
c.     Tauhid Nama dan Sifat Allah
 
 

A.     Tauhid Rubiah:

a.     Ialah Tauhid ketuhanan.

b     Bererti mempercayai bahawa di dunia ini ada Tuhan yang menciptakan alam yang
       sebegini luas dan dialah yang menjadikan semua makhluk di alam ini dan yang Maha
       Berkuasa keatas pentadbiran alam semester ini.

c.    Tauhid ini dipunyai oleh semua Agama di dunia ini kerana setiap fitrah manusia
       mengakui wujudnya Tuhan yang menciptakan alam ini.

d.     Percaya dengan sepenuhnya bahawa Allah sahajalah tuhan yang menciptakan setiap
        yang ada dialam ini samada yang dapat dilihat atau pun yang tersembunyi (ghaib).

e.     Percaya dengan sepenuhnya bahawa Allah sahajalah Tuhan yang memberi,
        menerima, membinasakan, menyembuhkan malah melakukan apa sahaja yang ia
        kehendaki ke atas makhluknya,

B.     Tauhid Uluhiah:

a.     Ialah tauhid keesaan Allah

b.     Bermakna mempercayai bahawa Allah itu pada zatnya satu, Esa atau tunggal. Tidak
        dua tidak tiga. Dan ianya bersifat azali (zatnya), tiada permulsaan dan tiada
        akhirnya, tiada awal dan tiada nokhta baginya.

c.     Bermakna mempercayai bahawa Allah itu Esa dalam perbuatannya, tiada sekutu
        dalam pekerjaannya. Apabila ia kehendaki, hanya dengan berkata (          ) jadi
        maka jadilah sesuatu itu.

d.     Ia tidak memerlukan bantuan dalam pekerjaannya. Ia Maha berkuasa dan segalanya
        dalam pentadbiran Allah Yang Maha Esa.

e.     Bermakna mempercayai Allah itu esa dari azali. Tidak beranak dan tidak
        diperanakkan, tiada ibu bapa. Allah itu pada azalinya esa, satu dan tetap satu.

f.     Allah lah saja yang wajib disembah bukannya kepada yang lain.
 

C.     Tauhid Nama dan Sifat Allah:

a.     Mempercayai bahawa tiada tuhan yang Maha pengasih, Pemurah, Kaya dan berkuasa
        melainkan Allah.

b.     Mempercayai bahawa zat Allah itu mempunyai nama-nama serta sifat-sifat yang
        maha sempurna, amat elok dan terbaik.

c.     Bererti mensifatkan Allah dengan segala kesempurnaan di dalam hati kita dan
        menangkis segala sifat kekurangan yang ada dalam bisikan hati kita.
 

SIFAT-SIFAT ALLAH

* Ketiga-ketiga tauhid tersebut dipunyai oleh umat Islam di mana dalam kalimah
   (  ) itu terkandung ketiga-tiga tauhid itu.
 

Rukun-Rukun Syahadah:

a.     Ikrar     -       Ikrar akan keesaan Allah dan Muhammad itu Pesuruhnya.

b.     Iktikad         Mempercayai atau meyakini bahawa hanya Allah lah tuhan yang esa
                           yang berhak disembah dan Nabi Muhammad itu utusannya yang
                           menyampaikan wahyu dari Allah.

c.     Iktiraf     -    Mengakui kebenaran keesaan Allah dan mengakui kebenaran   kerasulan
                          Nabi Muhammad s.a.w.

d.     Amasl     -    Beramal dengan bersungguh-sungguh sebagai memenuhi akan tuntutan
                          syahadah tanpa ragu-ragu, jemu, malas dan menunjuk-menunjuk. Amal
                          dengan penuh ikhlas terhadap Allah taala.
 

Cara pengucapan syahadah yang betul:

a.     Membaca mengikut hukum tajwid

b.     Memahami ertinya dan bukan hanya sekadar tahu.

c.     Mengucapkannya dengan penuh khusuk.

d.     Memenuhi tuntutan syahadah (amalan) selepas mencucapkannya.

e.     Menjaga diri dari perkara-perkara yang membatalkan syahadah.
 

Perkara-perkara yang membatalkan syahadah
 

a.     Bertawakal dan bergantung hidup kepada yang selain Allah.

b.     Ingkar akan nikmat-nikmat Allah (menafikannya).

c.     Biadap terhadap Rasulullah s.a.w.

d.     Melantik orang kafir yang musyrik menjadi pemimpin keatas umat Islam

e.     Memberikan sokongan dalam menentang Islam.

f.     Mengkafirkan orang-orang yang mengucap kalimah syahadah dan tidak mengkafirkan
       orang engkarkannya.

g.     Mengubal undang-undang selain Islam.

h.     Melaksanakan hukum yang bukan Islam serta tidak mrujuk kepada hukum Islam.

i.     Benci atau menentang perkara-perkara di dalam Islam.

j.     Taat kepada yang selain Allah.

k.     Menjadikan dunia matlamat utama bagi kehidupan dan bukan akhirat.

l.     Tidak beriman dengan satu-satunya perkara dalam Al Quran atau hadis atau
       menafikan semua sekali.

m.     Menghalalkan apa yang diharamkan Allah atau sebaliknya.

n.     Menghina sesuatu dari Al Quran atau sunnahnya atau menghina orang-orang yang
        ingin menegakkannya.

o.     Takut dalam menegakkan kalimah Allah dan riang dalam menegakkan maksiat.

p.     Menafikan sofat-sifat terpuji Rasulullah s.a.w. dan tidak mengakuinya sebagai contoh
        terbaik.

q.     Iktikad bahawa tidak salah keluar dari syariat Islam.
 

SIFAT-SIFAT ALLAH S.W.T
 

SIFAT WAJIB PENGERTIANNYA SIFAT MUSTAHIL

 Ada                             Tiada
 Sedia ada                     Asal Tiada
 Kekal                           Mengalami kemusnahan
 Menyalahi yang baru       Menyamai yang baru
 Berdiri sendiri                 Tidak berdiri sendiri
 Esa                              Ada sekutu
 Ada kuasa                     Tiada kuasa
 Ada kehendak                Tiada kehendak
 Ada ilmu                        Tiada ilmu
 Hidup                            Mati
 Ada pendengaran            Tiada pendengaran
 Ada penglihatan              Tiada penglihatan
 Ada kata-kata                Tiada kata-kata
 Berkuasa                        Lemah
 Berkehendak                   Tiada kehendak
 Berilmu                           Jahil
 Maha hidup                     Mati
 Maha Mendengar             Tuli
 Maha melihat                   Buta
 Maha berkata-berkata       Bisu
 
 

 SIFAT-SIFAT HARUS

Sifat harus bagi Allah Taala hanya satu yaitu : Mengadakan atau meniadakan setiap barang yang mukmin (barang yang harus jadinya).

Tamat

******************************************
Buku Rujukan:-
1. Buku Panduan Ibu Pejabar MARA. Bahagian Kemahiran,Kuala Lumpur

******************************************
SOALAN KEFAHAMAN
Untuk  menguji kefahaman anda sila jawab soalan berikut
Soalan 2