Make your own free website on Tripod.com
Tajuk: Dimensi
(Dimension)
Pengenalan 
PENGKELASAN MEMBUAT DIMENSI

 Mendimensi saiz sesuatu objek adalah dibuat bersistematik berdasarkan kepada kedudukan asas bentuk geometrik objek mengikut susunan – susunan yang tertentu seperti jarak antara tengah , jarak antara tapak ke garisan atau daripada permukaan 

 Pengkelasan dimensi adalah seperti berikut :-
 
a.   Dimensi Saiz 
     ( Size Dimension ) 
Memberi ukuran tentang bentuk saiz geometriknya.
b.   Dimensi Kedudukan / Lokasi
      ( Location / Position  /
         Dimension ) 
Memberi dimensi berkaitan kedudukan sesuatu elemen antara satu dengan yang lain.
c.   Dimensi Cantuman
      ( Mating Dimensioning )
Ukuran untuk bahan yang bercantum yang memerlukan persamaan antara satu dengan yang lain dengan darjah ketepatan ( Degree of accuracy ) yang tertentu .

Pecahannya
 

 i. Dimensi berfungsi ( Functional Dimensioning )
Dimensi untuk mengawal saiz suatu bahan , dinyatakan sebagai faktor utama pada   dimensi jenis ini. Dimana slot ( b ) hendaklah terbesar  kepada beberapa ribu dalam satu mm ( 1 / 1000  of a mm ) dari lebar slot (c )
[ lihat contoh gambarajah 2 ]

 

ii. Dimensi tak berfungsi ( non – functional dimensioning )
  Dimensi yang tidak mementingkan ketepatan tetapi perlu untuk membuat keseluruhan objek. 
 

Dimensi Rujukan ( Reference Dimnesioning )

 Bertujuan untuk rujukan dan peperiksaan dibuat secara bersiri seperti dimensi keseluruhan ( Overall dimension ).  Ia dibuat tanpa menunjukkan ubahansur ( toleran ) dan digunakan untuk tujuan penerangan sahaja dan tidak mengawal sebarang operasi memesin atau sebagainya .  Ia biasanya dicatit dengan tanda ‘REF’ .
( Lihat  gambarajah 3 )


 

Dimensi Berulang – ulang 
( Redundant / Superflous Dimensioning )

 Walaupun memang perlu untuk memberi semua ukuran, pelukis pelan hendaklah mengelakkan dari memberi sebarang ukuran yang tidak perlu atau berlebihan.  Kerana ia tidak boleh diulang – ulang di dalam satu – satu pandangan atau dipandangan yang berasingan .
( Lihat Contoh Gambarajah )
 

Dimensi dari jarak datum 
( Datum Dimensioning )

 Ia adalah jarak dari poin , garisan dan tepi satu – satu permukaan atau bahan itu yang diambil untuk dijadikan kedudukan bagi dimensi itu dikehendaki.
( Lihat Gambarajah 5 )

Tatacara meletak dimensi atau ukuran

 Setelah jarak yang hendak dibuat telah dipilih , perkara yang perlu difikirkan ialah :-

 i. Pandangan dimana jarak tersebut perlu / hendak 
ditunjukkan.

 ii. Ditempat yang bersesuaian pada pandangan tersebut 

 iii. Bentuk ukurannya.
 
 

Dimensi bagi prisma

 Hendaklah diletakkan dua dari tiga dimensi di kedudukan bentuk kontor ( contour ) objek dan yang ketiga dipandangan yang satu lagi ]
( Lihat contoh gambarajah )


 

Gambarajah 6 -  PRINSIP – PRINSIP KONTOR ( CONTOUR PRINCIPLE )
          ( Ukuran atau dimensi diletakkan diposisi yang jelas dan senang dikenal / diketahui )
 

Dimensi bagi silinder

 Ukuran garispusat bulatan dan panjang , kebiasaan diletak pada pandangan bukan bulatan . Amalan ini hendaklah dibuat hanya pada satu pandangan sahaja. sesuai dan mudah bagi bacaan pekerja workshop.
 

Cara – cara mendimensi bahan yang berbentuk bulat

Cara – cara mendimensi lubang silinder 


 Kalau sekiranya tidak jelas untuk menunjukkan bulatnya bahan itu , maka simbol Ø atau dia. atau D boleh digunakan .

B. Cara – cara memberi ukuran pada rupa – rupa objek biasa
 ( Method of Dimensioning Common Features )

Nota :-

 Ialah perkataan yang meberikan keterangan yang tidak  dapat diberikan oleh pandangan dan ukuran. Ia biasanya menentukan bentuk – bentuk piawai ( Standard Shapes ) , Operasi , Bahan  dan dikelaskan kepada :-
 
Nota Am ( General Notes ) - Digunakan untuk menunjukkan keseluruhan baan pada lukisan  tersebut.
Nota Spesifik (Specific Notes) - Digunakan untuk menunjukkan  bahan – bahan individu pada   lukisan ( Individual Feature )

 1. Nota Am ( Gen. Notes ) 

 Tidak memerlukan penggunaan penunjukarah ( Leader ) daripada kebiasaannya diletakkan bersekali di atas blok tajuk ( Title block ) atau dibahagian bawah disebelah kanan lukisan yang dilukiskan.
Contohnya :- FINISH ALL OVER
   FILLET R6
   ROUND R3
   UNLESS OTHERWISE STATED
   ( MELAINKAN DINYATAKAN )
   ALL DRAFT ANGLE 70
   REMOVE ALL SHARP EDGES OR BURRS
   GENERAL TOLERANCE ? 0.1 mm ( Ubahansur Am
kepada ? 0.1 mm ) 
dsbnya lagi.
 

ii. Nota Spesifik ( Specific Notes )

 Memerlukan penggunaan garis penunjukarah ( Leader ) dan pada kebiasaannya mestilah diletakkan berhampiran kepada bahan yang hendak dinyata ( Close to the feature ). Ianya menyatakan operasi berkaitan bersekali dengan saiz , seperti “ ½ Drill , 4 Holes”.


Gambarajah 
Menunjukkan mendimensi cara yang betul bagi nota spesifik.
 

 a. Dimensi untuk sudut


b. Dimensi untuk chamfer
 

c. Dimensi ketirusan


d. Dimensi bagi lengkuk ( Arcs )
PRINSIP CARA MELETAKKAN DIMENSI
 

1. Dimensi disebelah luar pandangan adalah sesuai , kecuali kalau
 agak sukar untuk ditarik keluar garisan unjuran dan garisan 
 dimensi maka ia dibolehkan meletaknya di dalam kawasan
 objek.

2. Mendimensi kawasan keratan rentas.  Garisan keratan hendaklah tidak melepasi nisbah angka yang  dituliskan di dalamnya ( break when there is a value ).

3. Dimensi hendaklah pada satu pandangan sahaja.  Manakala garisan unjuran hendaklah pada satu pandangan bukan daripada kedua – dua pandangan ( Contoh pelan tegak hadapan dan pada pandangan pelan )

4. Dimensi hendaklah diletakkan pada pandangan yang menunjukkan jarak sebenar objek ( true length ).

5. Garisan dimensi yang selari hendaklah dijarakan lebih kurang 9 mm di antara setiap garisan.

6. Nisbah angka hendaklah di tengah – tengah kedudukan di antara garis anak panah, kecuali sekiranya garisan tetengah mengganggu atau apabila beberapa garisan dimensi yang berselari maka nisbah angka hendaklah distaggeredkan ( tidak selarikan ).

7. Dimensi yang berterusan atau dimensi staggered boleh dipakai bergantung kepada kesesuaian dan mudah dibaca. Tetapi garisan dimensi adalah amat sesuai bila perlu.

8. Hendaklah diletakkan garisan dimensi yang panjang disebelah luar sekali, daripada garisan dimensi yang terpendek.

9. Dimensi – dimensi hendaklah tidak terlalu sesak supaya mudah dibaca.

10. Garisan tetengah boleh juga dipanjangkan digunakan sebagai garisan unjuran.

11. Segala nota hendaklah dibaca secara mendatar ( horizontally ).
 
 
 
 

Tamat
******************************************
Buku Rujukan:-
1. Technical Drawing Edisi 10 & 11.
 - Pengarang:.F.E. Giesecke, A.Mitchell, H.C Spencer, I.L. Hill, J.T Dygdon dan Novak
2. Lukisan Geometri
- Md Nasir Abd Manan

******************************************
SOALAN KEFAHAMAN
Untuk  menguji kefahaman anda sila jawab soalan berikut
Soalan 1