Make your own free website on Tripod.com
Tajuk: Binaan Geometri
(Geometrical Construction)


Pengenalan  Garisan dan Bentuk Geometri 

PEMBINAAN GEOMETRI

Pembinaan Geometri terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu satah geometri atau Geometri Lamina (Plain Geometry) dan juga geometri bongkah atau padu (Solid Geometry). Banyak daripada binaan-binaan yang digunakan dalam lukisan mekanikal adalah berasaskan pada geometri satah. Dibawah tajuk ini kita akan mempelajari dengan mendalam berkenaan geometri satah dan diikuti dengan mengenal geometri bongkah.

Setiap pelukis dan para jurutera mestilah faham dan tahu cara menggunakan setiap binaan bersesuaian dengan masalah yan perlu diselesaikan dalam lukisan. Pembinaan Geometri memerlukan alat-alatan seperti kompas dan sesiku set. Boleh juga dibantu oleh alatan lain seperti sesiku tee serta pembahagi.

Dibawah tajuk ini ketepatan adalah perkara yang paling mustahak. Untuk mendapatkannya gunakan mata pensil yang sederhana keras. Pastikan mata pensil tersebut mestilah tajam. Lukiskan garisan binaan sehalus mungkin. Kemudian terangkan garisan-garisan yang diperlukan untuk membezakan garisan binaan dan garisan kerja (objek) tajuk-tajuk yang akan dipelajari dibawah satah geometri ialah

 1. Titik (Point)
 2. Garisan (Line)
 3. Sudut (Angles)
 4. Segitiga (Triangles)
 5. Bulatan (Circles)
 6. Segiempat (Quadrilateral)
 7. Poligon (Polygon)

Definisi Titik (Point)
Titik menggambarkan kedudukan pada atau dalam lukisan. Ia tidak mempunyai ukuran panjang, tinggi dan lebar. Titik ditunjukkan dalam lukisan dengan persilangan antara dua garisan. Jangan sekali-kali menunjukkan titik dengan menggunakan satu titik sahaja.


 

Definisi Garisan (Line)
Garisan adalah hasil dari penyambungan dua titik dan lebih. Ia mengandungi panjang tetapi tidak ada lebar.
 
 

No.
 Jenis
Definisi
Gambarajah
1.
 Garis Lurus
(Straight Line)
Garis lurus adalah garisan terpendek hasil dari gabungan dua titik dan dinamakan mengikut arahnya.
2.
Garis Melintang
(Mengufuk/ horizontal)
Garisan lintang adalah garisan datar yang selari dengan muka bumi seperti permukaan air dan lain-lain lagi.
3.
Garis Tegak
(Vertical line)
Garis tegak adalah garis yang membentuk sudut 90? dengan garis lintang.
4.
Garis Condong
(Oblique line)
Garisan ini tidak tegak dan tidak melintang. Apabila dilukiskan ianya membentuk sudut yang kurang atau lebih daripada sudut 90?
5.
Garis Lengkok / Garis Lengkong (Curve line) Garisan ini tidak lurus dan sentiasa bertukar arah.
6.
Garisan Selari
(Related Line)
Ianya adalah dua garisan yang dilukiskan sejajar atau selari dan tidak akan bertemu antara satu sama lain.
7.
Garis Pugak
(Perpendicular Line) 
Dua garisan yang melintang antara satu sama lain bersudut 90? dikenali sebagai garis pugak.

Definisi Sudut (Angles)

Apabila dua garisan bertemu pada satu titik, ianya membentuk sudut. Ukuran sudut bergantung kepada besar atau kecilnya kawasan yang dilengkongi oleh dua garisan tersebut dan diukur dalam "darjah".
 
 

No.
  Jenis 
Definisi 
Gambarajah
1.
Sudut Lengkap Ianya adalah satu pusingan jam yang mengandungi 360?
2.
Sudut Lurus Ianya adalah setengah daripada satu pusingan jam iaitu 180?
3.
Sudut Tepat 
(Right Angle)
Sudut tepat adalah 1/4 daripada satu pusingan jam iaitu : 1/4 x 360? = 90?
4.
Sudut Tirus
(Acute Angle)
Ia bersudut kurang dan kecil daripada sudut 90?
5.
Sudut Cakah
(Obstuse Angle)
Sudut yang lebih daripada 90? dan kurang daripada 180? dikenali sebagai sudut cakah
6.
Sudut Refleks
(Reflex Angles)
Sudut yang lebih daripada 180? dikenali sebagai sudut refleks
7.
Sudut Pelengkap
(Complementary Angle)
A + B adalah sudut pelengkap
8.
Sudut Pencukup
(Supplementry Angle)
A + B adalah sudut pelengkap
9.
Sudut Bersebelahan  Sudut A dan Sudut B adalah bersebelahan.

 

Definisi Segitiga (Triangle)

Segitiga adalah geometri satah yang dikelilingi oleh tiga sisi. Jumlah ketiga-tiga sisinya mestilah 180?.
 
 

No.
Jenis
Definisi
Gambarajah
1.
Segitiga Bersudut Tirus (Acute Angle Triangle) Segitiga yang mana dua daripada sudutnya adalah kurang daripada 90?
2.
Segitiga Bersudut Cakah(Obtuse Angle Triangle) Salah satu daripada sudutnya adalah melebihi daripada 90?
3.
Segitiga Bersudut Tepat / Tegak (Right Angle Triangle) Salah satu daripada sudutnya adalah bersudut tepat.
4.
Segitiga Sisisama 
(Equilateral Triangle)
Ketiga-tiga sisinya adalah sama panjang.
5.
Segitiga Kakisama
(Isosceles Triangle)
Dua daripada tiga sisinya adalah sama panjang.

 Definisi Bulatan (Circle)

Bulatan adalah satu gambarajah satah yang disempadan oleh satu lengkongan berterusan, yang mana sentiasa bersamaan daripada satu titik tetap yang dipanggil tengah atau pusat bulatan.

Tatanama sebuah bulatan.
 
 

 
 

No.
Jenis
Definisi
Gambarajah
1.
Ukurlilit bulatan
(Circumference)
Bulatan adalah dilengkongi oleh satu garis lengkok yang dikenali sebagai ukurlilit bulatan.
2.
Pusat Bulatan (Center) Pusat bulatan adalah satu titik tetap yang terletak ditengah-tengah ukurlilit bulatan.
3.
Jejari(Radius) Garis lurus yang dimulai dari titik tengah dan tamat diukurlilit bulatan.
4.
Garis Pusat (Diameter) Garis pusat adalah garis lurus yang dimulai dari lilitan dan merentasi pusat bulatan serta tamat pada lilitan bulatan.
5.
Garis Lengkok (Arc) Jarak yang sederhana antara dua titik pada ukurlilit bulatan dikenali sebagai garis lengkok.
6.
Perentas(Chord) Adalah satu garis lurus yang menyambungkan antara dua titik pada ukurlilit bulatan. Tidak melalui pusat bulatan.
7.
Tembereng (Segment) Tembereng adalah kawasan yang dilingkungi oleh sebahagian daripada ukurlilit bulatan dengan garis rentas.
8.
Tembereng Tajam
(Sector)
anya adalah kawasan yang dilingkungi oleh garis lengkok dengan dua jejari.
9.
Sukuan (Quadrant) Sukuan merangkumi 1/4 daripada kawasan sebuah bulatan.
10.
Normal Sebarang garis lurus dimulakan daripada titik tengah bulatan dan dipanjangkan melebihi lilitan bulatan.
11.
Separuh Bulatan
(Semicircle)
Separuh bulatan adalah setengah daripada kawasan sebuah bulatan.
12.
Garis Sentuh (Tangent) Adalah satu garis lurus yang menyentuh ukurlilit tetapi tidak memotong, dan bersudut 90? dengan garisan normal. Titik dimana garisan menyentuh ukurlilit dikenali sebagai titik tangen (point of tangent).
13.
Sekan (Secant) Garis lurus yang memotong bulatan pada dua titik dikenali sebagai sekan.
14.
Bulatan sepusat
(Concentric circle)
Apabila dua bulatan menggunakan satu pusat yang sama ianya dikenali sebagai bulatan sepusat.
15.
Bulatan tidak sepusat
(Ecentric)
Sebuah bulatan besar yang mengandungi beberapa bulatan kecil didalamnya dengan pusat yang berlainan dikenali sebagai bulatan tidak sepusat.
16.
Circumscribe Adalah melukiskan satu bulatan diluar satu satah yang lain yang menyentuh pada tiga titik.
17.
Inscribed  Adalah melukiskan satu bulatan didalam satu tiga segi yang mana ukurlilit bulatan menyentuh ketiga-tiga sisi.

Segiempat (Quadrilateral)

Quadrilateral adalah satah geometri yang mengandungi empat sisi yang membentuk sudut. Keempat-empat sudut akan berjumlah 360?. Setiap dua garisan yang menyambungkan dua sudut yang bertentangan dipanggil pepenjuru.

Segiempat (Parallelogram)
Parallelogram adalah segi empat yang mengandungi dua sisi atau lebih yang selari. Segiempat yang tergolong dalam (Parallelogram) ialah "Square", "Rectangle", "Rombus" dan "Romboid".
 

No.
Jenis 
Definisi 
Gambarajah
1.
Romboid
(Rhomboid)
Romboid ialah kawasan yang di lengkongi empat sempadan dimana dua sisi yang selari. dua pasang sisi yang sama panjang, Garisan pepenjuru nya adalah tidak sama panjang.
2.
Segiempat Tepat
(Square)
Segiempat sama adalah dilengkongi oleh empat sisi yang sama panjang dan selari dan semua sudutnya adalah sudut tepat. Garisan pepenjuru juga adalah sama dan  memotong antara satu sama lain pada sudut tepat.
3.
Rombas
(Rhombus)
Rombas adalah kawasan yang dilengkongi oleh empat sisi yang sama panjang tetapi tidak bersudut tepat.
4.
Segiempat Bujur Tepat
(Rectangle)
Adalah segiempat yang mengandungi empat sudut tepat, dua sisi bertentangan adalah sama. Garisan pepenjuru adalah sama panjang tetapi memotong antara satu sama lain tidak pada sudut yang sama.
5.
Segiempat Dua Sisi Selari (Trapezoid) Adalah segiempat yang mengandungi cuma dua sisi yang selari.
6.
Trapezium Keempat-empat sisi trapezium adalah tidak sama panjang dan tidak selari.

Poligon (Polygon)

Poligon adalah geometri satah yang dikelilingi oleh beberapa garis lurus. Jika kesemua sisi dan sudutnya sama saiznya, poligon tersebut boleh dilukiskan dalam atau pun luar sebuah bulatan. Segitiga, segiempat, segilima dan seterusnya adalah dikenali sebagai poligon.

Dibawah ini ditunjukkan contoh-contoh poligon.
 

Sila lihat nota kedua

******************************************