Tajuk: Keratan
(Sectioning)


Pengenalan

Dalam lukisan unjuran ortografik, sesuatu bahagian 'yang tidak kelihatan akan digambarkan dengan menggunakan garisan tersembunyi.  Jika garisan-garisan tersembunyi dilukis terlalu banyak pada sesuatu gambarajah, ia boleh mengganggu kejelasan bentuk objek yang dilukis itu.Bagi mengatasi masalah ini obiek yang hendak dilukis itu akan dilukis secara pandangan keratan supaya bahagian-bahagian yang tersembunyi dapat ditunjukkan dengari garisan keratan yang lebih jelas.  Kerja-kerja mendimensi objek seperti ini lebih mudah berbanding dengan objek yang dilukis tanpa dikerat (potong) pada lukisan ortografik.  Kekeliruan tentang  bentuk sebenar objek dapat diatasi jika bahagian-bahagian tersembunyi objek itu dibukakan.  Ini dapat dilakukan hanya dalam lukisan keratan, supaya pembaca dan pembuat obiek (pekerja bengkel) tidak tersalah anggap,
 
 

Peraturan dalam lukisan keratan

1. Semua garisan akhir di belakang permukaan keratan mestilah ditunjukkan (tidak termasuk qarisan tersembunyi yang kadangkala diperlukan untuk menjelaskan lagi pandangan itu).

2. Pandangan gambarajah keratan mestilah disempadankan dengan garisan nyata, bukan garisan) tersembunyi atau dibiarkan sahaia tiada bersempadan.

3 Garisan keratan mestilah selari di antara satu sama lain.  Garisan ini tidak boleh terlalu rapat, jarang, berlebih dari sempadan, putus, kabur, terlalu tebal, tidak sekata jaraknya, bersudut 90 darjah atau 180 darjah, tidak sama hitam dan sama arah pada dua bahagian yang berlainan.(sama sudut kecondongannya).  Sebaik-baiknya garisan itu hendaklah halus dan terang (gunakan pensil H yang tajam).  Sudut kecondongannya kira-kira 45 darjah,30 darjah, 60 darjah  atau sebarang sudut ganjil.  Jarak di  antara garisan yang sejajar itu kira-kira I hingga 2mm (bergantung pada saiz objek yang dilukis).




4. Gunakan simbol garisan keratan uintuk bahan tertentu.  Pada umumnya garisan keratan ini  ialah garisan sejajar yang condongnya 45 darjah

5 .  Garisan pemotongan yarig digunakan mestilah bersesuaian dengan objek yang dipotong. garisan pemotong yang putus-putus dan sama panjang, sesuai digunakan untuk lukisan objek yang rumit.  Pastikan anak panah garisan pemotongan itu betul arahnya mengikut arah yang dikehendaki.  Ketebalan garisan pemotong mestilah sama dengan garisan nyata (Object line).

6 Kedudukan pandangan keratan bergantung pada sudut pandangan lukisan unjuran ortografik yang digunakan.  Jika sesuatu objek dilukis dari sudut pandangan pertama, maka kedudokkan anak panah garisan pemotong menunjukkan arah pandangan yang dikehendaki. ini bererti kedudokkan gambarajah pandangan keratan itu mestilah berada di bahagian hadapan arah panah garisan pemotonq. Bagi objek yang: dilukis secara pandangan sudut ketiga pula, kedudukan pandangan keratan berada pada tempat yang berlawanan dengan kedudukan objek di pandangan sudut pertama, iaitu pandangan keratan itu dilukis belakanq anak panah garisan pemotong.

7 . Jika terdapat dua bahagian keratan yang berlainan pada sesuatu pandangan keratan, bahagian-bahagian itu dapat dibezakan dengan mengunakan garisan keratan yang berlainan sudut, misalnya 45,30 & 60 darjah.



8.       Walaupun pada umumnya kita menggunakan sudut 30 darjah untuk melukis garisan-garisan Keratan, tetapi bagi objek yang mempunyai kecondongan yang sama dan atau hampir-hampir sama dengan sudut garisan keratan, tidaklah sesuai menggunakan sudut 30 untuk melukis garisan keratan.  Oleh kerana itu kecondongan garisan itu perlu diubah aqar bersesuaian dengan kecondongan objek itu.

9.  Apabila garisan pemotong memotong salah satu daripada bahagian objek yang tersenarai dibawah ini, bahagian tersebut mestilah dikecualikan daripada dilukis secara keratan supaya tidak mengelirukan ketika memahami bentuk objek yang sebenar. Bahagian objek yang seumpama ini biasanya bukan menjadi tumpuan utama untuk dikerat.  Dengan pengecualian ini, bahagian objek yang dikerat itu bertambah nyata dilihat.  Bahagian-bahagian objek yang dikecualikan daripada dilukis secara keratan ialah:

 a . Rusuk Paku
 b . Web Aci (shaft)
 c . Gigi gear Jejari
 d . Pin Cuping
 e . Nat Ribet
 f . Bolt Atas )bebola (bearing)
 g . Sesendal (washer)



Jenis-jenis lukisan keratan

Terdapat beberapa jenis lukisan keratan, antaranya adalah seperti berikut:

a. Keratan penuh (full section)
b. Keratan separuh (half Section)
c. Keratan ofset/melencong (offset section)
d. Keratan pecah (brokenout section)
e. Keratan pusing (revolved section)
f. Keratan alih (removed section)
g. Keratan jajaran/simetri (aligned @;ection)
h. Keratan halus (thin section)
i. Keratan pecahan lazim (conventional breaks,intersection)

A. Keratan penuh:

Keratan penuh bererti objek itu @@likerat dua sepenuhnya dan pandangan pada yang bahagian yang dikerat itulah yang dulukis.Keratan penuh digun@ikan untu melihat melihat seluruh bahagian dalam o)i@,jek pada satu rataan keratan objek sahaja.  Lukisan kei@atan penuh biasanya digunakan untuk obiek yang mudah sahaja.  Arah anak panah garisan pemotong akan menertukan arah objek yang hendak dilihat.  Jika unjuran ortografik pandangan yang dipotong dengan garisan pem(,tong, pandangan keratan ob)ek itu boleh dilukis pada pandangan hadapan.  Sebaliknya jika pandanqan hadapar@ yanq dipotong oleh garisan pemotong, pandangan keratan boleh dilukis pada pandangan atas.  Jika pandanoan hadapan yang di potong dengan garisan pemotong secara menegak, pandangan keratan yang hendak dil.ukis itu dilukis pada pandangan sisi.

B . Keratan separuh

Sesuatu objek yang sama bentuknya seperti bulat, bersegi dan sebagainya tidak perlu dikerat sepenuhnya kerana ia dapat dijelaskan dengan hanya mengerat separuh(sebahagian) daripada objek itu disamping dapat nenjimatkan masa melukis.  Walaupun lukisan keratan separuh ini mudah di lukis, ia jarang-jarang digunakan pada lukisan yang memerlukan penjelasan secara mendalam,kerana proses mendimensi dalam lukisan jenis ini  sangat sukar. Kegunaan utama lukisan ini hanyalah dalam lukisan pemasangan peralatan kerana objek itu mempunyai bentuk yang sama. (Symetry)

c . Keratan ofset / melencong

Keratan ini sebenarnya sama juga dengaIn keratan penuh, bezanya cuma dari segi rataan garisan Pemotongan pada keratan ini melenconq (tidak lurus). Tujuan melencongkan garisan pemotong ialah memotong bahaqjan-bahagian yang tidak dapat dipotong oleh garisan pemotngan yang lurus, seperti dalam keratan penuh.  Dengan perlencongan ini bahagian-bahagian penting yang berada jauh dari garisan pemotongan lurus dapat ditunjukkan dengan menggunakan keratan ofset.  Lukisan keratan ofset sesuai digunakan untuk menunjukkan bahagian-bahagian tersembunyi yang berada pada rataan berbeza.
 

d , Keratan pecahan

Kadanqkala sesuatu objek itu hanya memerlukan sebahagian kecil pandangan keratan.  Lukisan yang sesuai untuk menunjukan bahagian ini ialah keratan pecah.  Sebahagian daripada keratan pecah yang hendak dilihat itu akan dipecahkan sedikit dengan menggunakan (garisan pecah). 

Bahagian yang dapat dilihat itu kemudian dilakarkan dengan garisan keratan. Tugas garisan pemotong sekarang diambilalih oleh garisan pemecahan.  Objek yang biasa mengunakan keratan pemecahan ini ialah objek yang mempunyai bentuk yang sama dikedua-dua hujungnya.  Namun begitu bentuk-bentuk yang lain masih boleh mengunakan keratan ini jika perlu.

e . Keratan pusing.  Dan   f . Keratan alih.

Kedua-dua keratan ini digunakan untuk menenunjukkan pandangan keratan melintang bagi sesuatu objek yang berbentuk batang atau bendul supaya bentuk melintang objek tersebut dapat diketahui.  Keratan ini tidak dilukis berasingan daripada objek, kecuali jika tidak ada ruang atau ruang yang ada sempit.  Kedua-dua keratan irii boleh dilukis terus pada pandangan atas, hadapan, tepi,  atau berhampiran semua pandangan diatas mengikut kesesuaian.  Kedua-dua keratan ini dapat menjimatkan satu pandangan 'A Lukisan, bukan sahaja unjuran ortografik malah dapat rnemberikan gambaran terus bentuk sesuatu objek.

g . Keratan jajaran/simetri (aligned section)

Objek-objek yang mempunyai sudut yang dilihat pada satu rataan keratan akan kelihatan lebih kecil daripada ukuran sebenarnya.  Oleh itu qarisan pemotongan  sudut objek yang seumpama itu perlu dibawa ke rataan 180 darjah . Jika tidak bentuk sebenar objek yang akan dikerat. itu akan hilang.  Terdapat juga objek yang jika dilukis dengan keratan penuh bahagian bersudutnya tidak akan kelihatan.  Tetapi jika objek itu dilukis dengan lukisan keratan jajaran bahagian bersudut itu seolah-olah telah dipusingkan agar sejajar dengan garisan pemotongan biasa yang bersudut 180 darjah.

i . Keratan pecahan lazim (conventional , intersection)

Bagi memendekkan objek berbentuk panjang, lukisan pecahan lazim digunakan.  Objek berbentuk bulat dan panjang seperti dawai,paip,dan selinder menggunakan pecahan lazim berbentuk berbentuk “S" dihujung objek itu. Objek-objek yang lain mempunyai simbol-simbol tertentu.  Keratan pecahan lazim berbentuk 'S" boleh dilukis dengan bantuan janqka lukis dan jangka sudut dan menggunakan tangan bebas jika objek itu kecil.  Untuk persilangan antara dua lubang atau dua selinder dan lain-lain lagi garis dan titik persilangan mestilah ditunjukkan dengan jelas.

j. Lukisan keratan pemasangan.

Lukisan keratan pemasangan biasanya digunakan untuk menunjukan bahagian-bahagian komponen yang diipasang bersama-sama. Semasa melukiskan lukisan keratan pemasagan, peraturan-peraturan umum kerataan hendaklah dipatuhi. misalnya lukisan keratan tidak perlu dilukiskan jika terdapat bolt, nat dan sebagainya.

Tamat

******************************************
Buku Rujukan:-
1. Technical Drawing Edisi 10 & 11.
 - Pengarang:.F.E. Giesecke, A.Mitchell, H.C Spencer, I.L. Hill, J.T Dygdon dan Novak
2. Lukisan Geometri
- Md Nasir Abd Manan

******************************************
SOALAN KEFAHAMAN
Untuk  menguji kefahaman anda sila jawab soalan berikut
Soalan 1