KONSEP KEUSAHAWANAN
Pengenalan Keusahawanan Perkataan "usahawan" popular di kalangan masyarakat Malaysia hanya dalam pertengahan tahun 1970an bersempena dengan penggubalan dan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Walaupun istilah ini mungkin baru tetapi konsep keusahawanan itu sebenarnya telah lama diamalkan. Kalau kita menyingkap sejarah peradaban manusia, nilai keusahawanan telah lama dipraktikkan. Kita lihat bagaimana perdagangan pada suatu masa dahulu, walaupun pada ketika itu kekurangan segala kemudahan asas, ianya memainkan peranan penting dalam perkembangan sesebuah negara dan tamaddun manusia. Sikap dan amalan mereka adalah sikap dan amalan yang ada pada diri orang yang dipanggil sebagai usahawan pada hari ini. Kita lihat kepada empayar Rom dan Parsi, kelahiran negara Islam di Madinah, empayar Islam di Baghdad dan Turki, revolusi perindustrian, kewujudan Amerika Syarikat , Kerajaan Melayu Melaka dan Kepulauan Melayu serta percaturan masyarakat pada hari ini. Perkembangan ini sebenarnya berkembang selaras dengan perkembangan dalam bidang perniagaan atau perdagangan. Namun apakah sebenarnya keusahawanan dan mengapa pada hari ini istilah keusahawanan sering menjadi perbualan. Dari peringkat menteri yang menggubal dasar hingga ke peringkat buruh yang melaksanakan segala kerja. Istilah Keusahawanan menjadi tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia. Tapi apakah itu usahawan ? Definisi Keusahawanan Dan Usahawan Keusahawanan :
Usahawan :
Mencari peluang perniagaan
Usahawan adalah diperlukan untuk menggerakkan sumber-sumber ekonomi untuk mempercepatkan proses pertumbuhan ekonomi. Di dalam mengendalikan tugas ini, usahawan perlu menggabungkan semua faktor-faktor ekonomi, mengambil risiko, mencipta, mereka, mencari peluang perniagaan dan sebagainya dengan tujuan mendapatkan keuntungan, kepuasan diri dan kemakmuran masyarakat. Mencari rezeki yang halal adalah fardhu menurut Islam dan berusaha di dalam bidang ekonomi dan membuat barang-barang keperluan utama orang-orang Islam adalah fardhu kifayah. Orang-orang Islam adalah orang yang paling awal dan paling lama dalam sejarah tamadun manusia yang mendapat dorongan dan galakan secara langsung daripada agamanya sendiri. Sepatutnya merekalah orang yang paling maju dan paling bersemangat dan paling berusaha di dalam berbagai-bagai perusahaan samada kecil atau besar. Realiti hidup umat Islam hari ini, menunjukkan banyak yang minat untuk menjadi pengguna dan sedikit sekali menjadi pengusaha atau pengeluar, negara Islam pula menjadi pasaran kepada negara-negara bukan Islam. Islam menganjurkan umatnya melibatkan diri dalam bidang keusahawanan untuk mencari nafkah kerana di dalam bidang inilah terletaknya rezeki Allah yang amat luas. Rasullulah S.A.W pernah bersabda bahawa sembilan persepuluh rezeki adalah dalam bidang perniagaan. Mencari nafkah yang halal menerusi bidang perniagaan memang dialu-alukan dan ianya dipraktikkan oleh para ambiya’ sebelum Rasullah lagi. Perbezaan Antara Usahawan Dengan Peniaga
PERANAN USAHAWAN "Allah tidak akan menolong sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri menolong dirinya". Ini menunjukkan tanpa usaha, tidak akan ada pembangunan. Pembangunan negara, khususnya pembangunan ekonomi, bergantung kepada manusia yang mengejar peluang-peluang ekonomi. Pembangunan ekonomi bergantung kepada manusia yang berupaya menggembleng faktor-faktor pengeluaran. Manusia itu adalah usahawan. Secara jelas, keusahawanan boleh menyumbang kepada pembangunan.Implikasi pembangunan ialah kehidupan yang selesa. Rezeki yang mencukupi dan melebihi, menyumbang ke arah kehidupan dan kemakmuran bersama. Keusahawanan juga meningkatkan kualiti kehidupan dengan penemuan demi penemuan dan ini meluaskan pilihan pengguna. Keusahawanan membanyakkan peluang mata pencarian dan menyumbang ke arah produktiviti kebangsaan. Keusahawanan membantu ke arah pengagihan pendapatan yang lebih saksama seterusnya membawa kebaikan sosial melalui pengembalian sejumlah pendapatan kepada negara dalam bentuk pengembalian wajib seperti cukai dan zakat, mahu pun yang sukarela. Bukankah Islam sendiri menyatakan " sembilan persepuluh rezeki, itu di dalam perniagaan." Secara ringkas bolehlah dikatakan keusahawanan itu berperanan :- Menyumbangkan Idea Dan Pembaharuan Dalam konteks perhubungan usahawan dengan firmanya, usahawan adalah sumber utama idea dan pembaharuan. Idea dan pembaharuan tidak semestinya terlalu unik, peningkatan daripada idea yang sedia ada juga merupakan sesuatu yang bernas.Untuk memainkan peranan ini usahawan harus sentiasa berpemerhatian dan berfikiran terbuka. Merancang Daripada idea dan penyerlahan peluang, usahawan merancang. Perancangan strategik harus mengambilkira apa yang ada, yang tiada dan yang bakal ada. Perancangan menentukan apa yang diperlukan. Oleh itu penggembelingan faktor pengeluaran, harta, tenaga dan modal harus menyusul. Mengurus / Mengeluar / Mengedar / Menanggung Risiko Sumber-sumber seterusnya diurus, dikeluarkan hasil dalam bentuk barangan atau perkhidmatan dan diedar. Penentuan hasil pengeluaran dan sasaran pasaran amat penting. Sepanjang usaha usahawan itu, dari mula terbitnya idea hingga ke penawaran barangan dan perkhidmatan, ianya tidak dapat lari dari berbagai ketidakpastian dan inilah yang dikatakan risiko. Sebaik mana sekalipun perancangan, kekuasaan manusia memang terbatas. Risiko-risiko yang banyak dan kadang-kadang tidak terduga bila timbulnya, adalah tanggungan usahawan. Menawarkan Peluang Pekerjaan Usahawan menawarkan peluang pekerjaan kepada tenaga kerja yang sesuai. Dengan ujudnya industri dari pihak usahawan secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan kesannya kadar pengangguran semasa akan menurun. Menyediakan Pilihan Dan Penawaran Serta Memenuhi Kehendak Pengguna Penggunaan tenaga kerja yang bersesuaian dan peningkatan kemahiran tenaga kerja dari masa ke semasa akan mempertingkatkan produktiviti. Hasilnya usahawan dapat pula menyediakan pilihan dan penawaran yang lebih banyak dan lebih baik kepada pengguna.. Pengguna mempunyai citarasa yang pelbagai dan adalah menjadi tugas seorang usahawan untuk memenuhi kehendak dan keperluan tersebut. Menyumbangkan Kebajikan Dan Kepimpinan Memenuhi keperluan asas masyarakat akan menyumbangkan ke arah peningkatan
kebajikan masyarakat. Sumbangan peribadi dalam bentuk derma, zakat dan
sebagainya juga merupakan bentuk kebajikan. Dalam memainkan peranan-peranannya,
usahawan sesungguhnya menunjukkan kepimpinannya. Peluang kepimpinan tidak
semestinya dalam dunia perniagaan semata. Kepakaran dan pengalaman usahawan
juga diperlukan dalam pendidikan, pentadbiran negara dan sosial.
KOMPETENSI KEUSAHAWANAN Definisi Kompetensi Keusahawanan Kompetensi keusahawanan bermaksud kemampuan diri seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan berkesan bersesuaian dengan tugasnya sebagai seorang usahawan. Senarai Kompetensi Keusahawanan Diri Menjadi Usahawan Yang Berjaya Berikut ini disenaraikan kompetensi keusahawanan diri terhadap usahawan-usahawan berjaya yang mana dianggap penting dari sudut nilai-nilai keusahawanan, sikap dan motivasi keusahawanan. Berinisiatif Daya inisiatif adalah satu daripada kompetensi keusahawanan yang paling penting kerana dengan ciri ini beliau akan mempunyai kecenderungan untuk melihat dan menganalisis sesuatu situasi atau keadaan dengan cekap. Hasil daripada sikap tanpa menunggu diarahkan atau dipaksa melakukan sesuatu untuk kejayaan sendiri, individu yang berinisiatif itu dapat melihat perkara-perkara yang perlu dilakukan melalui intiusi dan imaginasinya. Sikap ini akan membawa usahawan tersebut selangkah lebih maju dari orang lain. Melihat Dan Merebut Peluang Kejayaan seseorang usahawan banyak bergantung kepada kemampuannya melihat dan merebut peluang-peluang yang wujud di sekitarnya. Kata-kata hikmat yang penting kepada seseorang usahawan ialah peluang mesti dicari, ianya tidak diberi. Peluang-peluang perniagaan boleh wujud hasil daripada perkara-perkara seperti permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh usahawan lain, kewujudan teknologi baru, kemahiran yang wujud dalam persekitaran, sumber-sumber alam yang belum diterokai dan halacara baru dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Kecekalan Liku-liku hidup seorang usahawan adalah kompleks. Usahawan perlu mengharungi berbagai-bagai halangan dan masalah perniagaan. Untuk itu, usahawan perlu mempunyai ketabahan dan kecekalan diri yang tinggi. Sikap seseorang yang cekal iaitu berusaha berulangkali atau mencari jalan untuk mengatasi rintangan-rintangan yang menghalang pencapaian matlamat. Mencari Maklumat Kejayaan atau kegagalan sesebuah syarikat banyak bergantung kepada mutu maklumat yang diperolehi, secukup mana maklumat itu dikumpul dan cara maklumat tersebut digunakan dalam membuat keputusan. Usahawan yang sensitif kepada maklumat akan mempelajari dan mengambil iktibar dari apa jua bentuk maklumbalas yang diperolehi samada dalam bentuk kritikan dari orang lain atau dari hasil perbuatannya sendiri. Menitikberatkan Mutu Kerja Yang Tinggi Seorang usahawan tulin akan sensitif dan sentiasa menitikberatkan mutu dan piawaian penghasilan kerja atau perkhidmatan mereka. Usahawan tidak melakukan kerja semata-mata untuk menyelesaikan tugasnya tetapi melalui kerjanya ia akan mencari kepuasan dengan tahap pencapaian yang cemerlang dan bermutu. Hanya dengan keja-kerja yang bermutu, usahawan itu dapat meluaskan pasarannya dan meningkatkan lagi prestasi serta imej syarikat dan dirinya. Komitmen Terhadap Perjanjian Kerja Usahawan perlu mempunyai sikap menepati perjanjian kerja dengan menunjukkan usaha berlebihan dan melakukan pengorbanan peribadi untuk menyelesaikan sesuatu kerja. Usahawan yang berjaya dapat menarik kepercayaan pelanggan melalui sikapnya yang sentiasa menepati janji. Kepercayaan pelanggan adalah kunci kepada kestabilan sesebuah syarikat. Berorientasi Ke Arah Kecekapan Seseorang usahawan yang berdaya maju akan sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan produktiviti syarikat dan dirinya sendiri. Peningkatan produktiviti bermakna membuat pengeluaran atau memberikan perkhidmatan dengan kos yang lebih menjimatkan atau dengan masa yang lebih pantas tanpa menjejaskan prestasi pengeluaran. Hanya dengan cara ini, pembaziran dapat dielakkan. Individu yang menitikberatkan kecekapan diri atau syarikatnya akan mencuba sedaya upaya menggunakan maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan yang baik untuk membetulkan tahap kecekapan syarikat dari aspek penggunaan bahan mentah, modal, tenaga manusia, mesin dan jentera serta teknologi. Membuat Perancangan Yang Sistematik Seorang usahawan perlu membuat perancangan yang sistematik dengan merancang dan mengatur langkahnya dengan membahagi-bahagikan tugas atau kerja yang besar kepada tugas yang lebih kecil dan mudah. Mewujudkan rancangan yang dapat mengatasi rintangan-rintangan yan dijangkakan. Menyelesaikan Masalah Alam perniagaan penuh dengan pelbagai masalah. Usahawan yang inginkan kejayaan perlu mampu menyelesaikan masalah dengan cara mencari dan melahirkan idea-idea baru atau penyelesaian masalah secara inovatif. Di samping itu mereka perlu mewujudkan strategi- strategi alternatif yang lebih cekap dan lebih baik untuk mencapai matlamat perniagaan. Keyakinan Diri Usahawan perlulah mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri dan menunjukkan sikap yakin terhadap kemampuan diri dalam membuat keputusan atau dalam menyahut sesuatu cabaran. Individu tersebut juga perlu berpendirian terhadap apa yang sedang dilakukan. Ketegasan Sikap individu yang tegas ialah sanggup menyuarakan sesuatu masalah kepada orang lain secara langsung dan mengambil tindakan walaupun menghadapi banyak tentangan daripada pihak lain. Meyakinkan Orang Lain Fungsi utama seorang usahawan ialah mempengaruhi keadaan persekitarannya. Persekitaran usahawan termasuklah individu-individu atau institusi-institusi. Usahawan berurusan dengannya untuk menggerakkan sumber-sumber organisasi, mendapatkan bahan mentah, mengelolakan proses pengeluaran dan perkhidmatan. Kesemua aktiviti tersebut memerlukan kemahiran untuk memujuk dan meyakinkan orang lain. Tanpa kemampuan tersebut, usahawan akan gagal mempengaruhi pelanggan atau pembekal untuk memberi sokongan kepada perniagaannya. Menggunakan Strategi Pengaruh Usahawan sebagai pemimpin mesti mempunyai kecenderungan untuk memikirkan strategi-strategi yang boleh mempengaruhi orang lain tanpa tipu helah dalam mencapai matlamat perniagaan. n) Bermatlamat Dan Berwawasan Usahawan perlu mempunyai wawasan yang jauh dan mewujudkan matlamat yang jelas dan boleh diukur pencapaiannya. Beliau harus peka kepada kemampuan sendiri dan mengenalpasti halangan dalaman dan luaran supaya halangan-halangan tersebut dapat diatasi. o) Bertenaga Individu usahawan yang bertenaga sanggup bekerja di waktu-waktu luarbiasa dan mengorbankan waktu rehat apabila tugas-tugas keusahawanan memerlukan mereka. CIRI CIRI UTAMA USAHAWAN MUSLIM BERIMAN SERTA MEMENTINGKAN IBADAH. SENTIASA MELANDASKAN ‘AMAL, KASAB DAN SUN’A KERANA ALLAH S.W.T. BHIHANIKA USAHA EKA MATLAMAT. BERORIENTASIKAN KEBERKATAN. MENITIKBERATKAN MUTU DALAM ‘AMAL, KASAB DAN SUN’A. KESUNGGUHAN DAN ILTIZAM DALAM ‘AMAL, KASAB DAN SUN’A. SENTIASA BERUSAHA KE ARAH PENCAPAIAN YANG TERBAIK. AMANAH. SENTIASA BERDO’A. BERTAWAKKAL. SABAR. QANA’AH DAN HIMMAH. DERMAWAN. BERDISPLIN DAN BERSISTEMATIS. SANGGUP BERKORBAN DI JALAN ALLAH. _____________________________________ Saringan sejarah Rasulullah dan sahabat dalam perniagaan. Nota : Amal : kerja-kerja yang berkaitan dengan spiritual. Kasab : perniagaan, pertanian dan sebagainya. Sun’a : pembuatan (manufacturing). Qana’ah : berpada dengan keupayaan yang ada. Himmah : tidak menyalahkan orang lain. Iltizam : konsisten. Bhihanika : berbagai. Eka : satu. PROFIL USAHAWAN BERJAYA ( CONTOH ) Baca dengan teliti profil usahawan di bawah ini. En. Samsi merupakan seorang pengusaha perabot di bandar Seri Makmur. Beliau telah melibatkan diri dalam perusahaan ini sejak 10 tahun yang lalu. Beliau mendapat latihan asas di sebuah Pusat Latihan Belia. Setelah tamat latihan, beliau bekerja sebagai pembantu membuat perabot di Syarikat Suria. Beliau bekerja dengan tekun sambil mempelajari teknik-teknik baru. Ini adalah kerana beliau bercita-cita hendak membuka perusahaan sendiri. Di samping itu juga beliau merasakan bidang ini kurang diceburi oleh kaum bumiputera. Setelah hampir dua tahun bekerja di syarikat tersebut, beliau telah berjaya membuka perusahaan perabotnya sendiri. Sumber modal terdiri daripada simpanan sendiri sert pinjaman dari ahli keluarganya. Pada permulaannya, beliau membuat kerusi set rotan. Secara beransur-ansur beliau mula membuat perabot kayu yang lain. Setelah menjalankan perniagaannya selama tiga tahun dan keuntungan yang semakin meningkat, beliau mengembangkan perniagaan dengan membuat almari, katil, set meja makan dan tempahan perabot yang lain. Malangnya penjualan almari, katil dan set meja makan tidak begitu menggalakkan. Kegagalan untuk menembusi pasaran tidak mengecewakan dirinya. Beliau tidak berputus asa. Sebaliknya berusaha membuat pelbagai pembaharuan. Pengubahsuaian dibuat dengan menambahkan ukiran dan mutu perabot juga dipertingkatkan. Akhirnya jualan perabot serta tempahan yang diterima semakin meningkat. Beliau masih tidak berpuas hati dengan kejayaan yang dicapainya. Malah kejayaan tersebut mendorong beliau untuk memperluaskan pasaran perabotnya. Beliau juga telah mengambil bahagian dalam ekspo perabot yang diadakan di ibu kota. Hasilnya, beliau berjaya mendapat perhatian daripada berbagai-bagai pihak seperti agensi-agensi kerajaan, firma-firma swasta, industri perhotelan dan juga orang perseorangan. Permintaan semakin bertambah dan beliau menambah bilangan pekerjanya daripada lima orang kepada dua belas orang. Walaupun bilangan pekerjanya sudah bertambah, beliau masih mengamalkan sikap mengambil berat terhadap kebajikan pekerja. Beliau menganggap pekerja-pekerjanya sebagai sebahagian daripada keluarganya. Di samping memberi nasihat dan teguran, beliau juga memberi galakan kewangan kepada pekerja yang sanggup bekerja lebih masa serta bayaran bonus setiap kali menjelang musim perayaan. Untuk menampung permintaan yang semakin bertambah, beliau terpaksa membeli mesin-mesin dan peralatan yanng lebih moden. Beliau memperolehi modal tambahan sebanyak RM50,000 melalui pinjaman bank dengan mencagarkan rumahnya. Melalui tindakan beliau yang berani ini, jualan dan keuntungannya meningkat berlipat ganda. En. Samsi yakin bahawa setiap usaha yang tekun serta kesanggupan menghadapi risiko dengan perancangan yang teliti pasti membawa kejayaan. SUMBER DORONGAN USAHAWAN Faktor-faktor yang mendorong individu menceburi bidang perniagaan terdiri dari 2 faktor iaitu :- 1. Faktor Penarik Keusahawanan
Faktor Penarik Keusahawanan Bermaksud faktor atau penyebab seseorang itu menceburi bidang keusahawanan/mungkin
kerana sesuatu kehendak.
STATUS SOSIAL A. Ahli Korporat/Mewah Seorang yang dapat menerajui serta memajukan dalam sektor swasta. Kepimpinan
B. Kuasa/Kebebasan Memiliki kebebasan untuk berfikir / bertindak dan berkuasa membuat keputusan.
Bebas.
C. Nilai Tambahan Menjadi ikutan / model kepada tatapan masyarakat umum. Glamour.
D. Agen Perubah Masyarakat Sebagai pemangkin kepada perubahan masyarakat yang dinamik selaras dengan
wawasan 2020. Pemangkin.
2. PELUANG EKONOMI I. Keadaan Ekonomi Stabil
II. Sistem Francais Harta Kleen - Perkhidmatan Pencucian Rumah.
III. Sistem Vendor Petronas, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, PERMAS, EMAS. IV. Konsep Payung Puspa MARA
3. POLITIK / DASAR KERAJAAN Keadaan Politik Stabil, kukuh, aman damai, harmoni.
Matlamat Matlamat sebagai negara maju sepenuhnya dalam semua dimensi iaitu Ekonomi,
Politik, Sosial, Kerohanian, Psikologi dan Budaya.
Strategi Mewujudkan budaya niaga dalam masyarakat kaum bumiputera.
Kumpulan Sasaran Terdiri :- Kakitangan kerajaan berpeluang mengikuti Latihan Kakitangan Bersara
Kerajaan Berniaga yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Perusahan Awam.
4. SISTEM SOKONGAN KERAJAAN: Berperanan memberi sumber-sumber maklumat, peningkatan kemahiran, peluang-peluang
perniagaan melalui strategi berikut:
3.5.2 Faktor Penolak Keusahawanan Bermaksud faktor yang menolak seseorang/terpaksa menceburi bidang keusahawanan.
Seseorang itu tertolak ke dalam bidang keusahawanan akibat dari kekecewaan. Kekecewaan ini kerana terbatasnya peluang pekerjaan terutamanya di kalangan pendatang. Contoh yang jelas ialah masyarakat Cina di Malaysia menjadi masyarakat pedagang kerana pada asalnya mereka hanya pendatang di sini dan peluang mendapatkan rezeki adalah terhad. Sebaliknya masyarakat pribumi tidak merasa perlu bersusahpayah melibatkan diri dengan bidang keusahawanan sehingga pada hari ini mereka jauh ketinggalan dalam bidang ini. Kemelesetan ekonomi juga mengurangkan peluang pekerjaan dan ini menjadi penyebab kenapa bidang perniagaan yang diterokai. Ini ialah kerana apabila ekonomi merosot, kerajaan atau swasta akan mengurangkan perbelanjaan mereka. Akibatnya , peluang pekerjaan adalah terhad. Maka jalan yang terbuka hanyalah dengan bekerja sendiri khususnya perniagaan. Ada juga individu yang tertolak ke dalam bidang keusahawanan disebabkan
tidak mendapat kepuasan daripada jawatan yang disandang sekarang. Ini mungkin
disebabkan oleh jawatan yang tidak sesuai dengan diri, gaji yang rendah,
atau masalah dengan majikan.Lantas individu tersebut meninggalkan kerjanya
dan menjadi usahawan, di mana segala kuasa di bawah tangannya. Sesetengah
individu pula terutama golongan kaya dengan budaya keusahawanan, kerana
tradisi keluarga dan dibantu oleh sistem sekarang secara langsung dan tak
langsung telah menolak individu tersebut menjadi usahawan.
FAKTOR PENARIK KEUSAHAWANAN ANDA Penyelidikan Kemudahan Pasaran
SISTEM SOKONGAN Definisi Sistem Sokongan Konsep sistem sokongan ialah kemudahan yang disediakan samada oleh agensi kerajaan atau swasta dalam membantu melaksanakan atau mengembangkan rancangan perniagaan seseorang usahawan. Bentuk-bentuk sistem sokongan yang disediakan ialah :- Penyelidikan dan Mengenalpasti Projek
3.6.2 Bentuk-bentuk Sistem Sokongan
Penyelidikan Dan Mengenalpasti Projek
Kemudahan Pembiayaan Kewangan Kemudahan ini penting untuk membiayai perlaksanaan samada yang mula hendak berniaga atau yang telah menjalankan perniagaan. Kemudahan berbentuk pembiayaan kewangan ini disediakan oleh bank-bank saudagar, bank pembangunan, bank-bank perdagangan, agensi-agensi kerajaan dan lain-lain. Kemudahan Insentif Kerajaan telah menyediakan berbagai bentuk kemudahan dan galakan pelaburan melalui Akta Penggalakan Pelaburan dalam usaha untuk memajukan perusahaan dalam negara. Di antara bentuk insentif ialah status perintis, elaun cukai pelaburan, pemotongan dari pendapatan terlaras dan insentif penyelidikan dan perkembangan (R&D). Kemudahan Pemasaran Dalam program pemasaran, tujuan agensi-agensi ialah untuk mengedarkan
produk siap yang dikeluarkan oleh usahawan. Di antara agensi yang terlibat
ialah Karyaneka, FAMA, Guthrie Furniture, Besta Distributor dan lain-lain.
Lokasi Dan Ruang Niaga Bentuk kemudahan ini diwujudkan untuk mengatasi masalah kesukaran dan kekurangan mendapatkan tapak perniagaan. Antara agensi-agensi yang menyediakan kemudahan ini ialah: MARA, BPMB, MIEL, Perbadanan Kemajuan Negeri, Majlis Perbandaran dan Kerajaan Tempatan. Persatuan-persatuan Perniagaan Persatuan bukan sahaja bertindak sebagai "pressure group" dalam menjaga
kepentingan ahli, malah ia juga akan mengendalikan seminar, dialog, memberi
latihan / kursus dan sumber penyebaran maklumat. Dengan itu, faedah-faedah
yang diperolehi apabila menyertai persatuan ialah ahli-ahli dapat bertukar
pendapat dan fikiran, mendapat peluang-peluang perniagaan, memberi sokongan
pada perniagaan ahli-ahli dan menguatkan hubungan antara ahli-ahli. Antara
persatuan ini ialah Persatuan Pemborong Binaan, Dewan Perniagaan Melayu,
Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil dan lain-lain lagi.
|