Organisasi Perniagaan Di Malaysia

 
5.1 BENTUK-BENTUK PERNIAGAAN

5.1.1 Pengenalan

Jenis-jenis unit perniagaan dapat dibahagikan kepada :-

  • Ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (pindaan 1978).
    • Perniagaan Perseorangan (milik tunggal)
    • Perkongsian
      • perkongsian biasa
      • perkongsian berhad
  • Ditubuhkan di bawah Akta Syarikta 1965
    • Syarikat Berhad menurut saham
      • Syarikat Sendirian Berhad
      • Syarikat Awam
      • Syarikat Asing
    • Syarikat Berhad menurut jaminan
    • Syarikat Tidak Berhad
  • Ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Kerajaan Negeri
3.1 Koperasi

3.2 Perbadanan Awam / Nasional

5.1.2 Perniagaan Perseorangan

Ciri-ciri Perniagaan Perseorangan ialah :-

  • Penubuhan dan Milikan
    • dimiliki oleh seorang individu.
    • mudah ditubuhkan dan tidak melibatkan peraturan yang banyak.
    • didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan mendapatkan lesen perniagaan dari pihak berkuasa tempatan.
    • modal bermula dari simpanan atau peminjaman oleh pemiliknya sahaja dan biasanya kecil atau terhad.
  • Kawalan dan Pengurusan
    • diuruskan dan dikawal oleh pemiliknya sendiri.
    • bebas membuat dasar dan keputusan
    • kejayaan perniagaan bergantung kepada dayausaha dan kebolehan pemilik sendiri dari segi mendapatkan modal dan menjalankan aktiviti pengurusan perniagaan.
  • Liabiliti
    • liabiliti yang tidak terhad (kegagalan perniagaan seperti bankrap dan sebagainya akan melibatkan harta peribadi).
    • bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua risiko perniagaannya.
    • secara undang-undang tiada perbezaan antara harta perniagaan dan harta peribadi.
  • Pembahagian Untung
    • segala keuntungan atau kerugian akan ditanggung sendiri oleh pemilik.
  • Bebanan Cukai
    • hanya dikenakan cukai pendapatan individu.
Kebaikan perniagaan perseorangan ialah :-
  • Modal yang kecil dan mudah dibentuk.
  • Mudah dikendalikan kerana saiz yang kecil dan keputusan berada dalam tangan sendiri.
  • Mempunyai dorongan untuk berjaya kerana segala keuntungan dan keputusan adalah di tangan sendiri.
  • Mempunyai hubungan rapat dengan pelanggan dari segi layanan dan perkhidmatan selepas jualan.
  • Kedudukan kewangan boleh dirahsiakan.
  • Menjimatkan penggunaan buruh kerana kerja-kerja boleh dijalankan oleh ahli keluarga terdekat sebagai pembantu dalam perniagaan.
Kelemahan perniagaan perseorangan ialah :-
  • Modal yang kecil menghalang perkembangan
  • Liabiliti yang tidak terhad
  • Tiada pembahagian kerja dan pengkhususan
  • Kejayaan perniagaan adalah terlalu bergantung kepada kebolehan pemilik.
  • Perniagaan tidak berterusan kerana usia perniagaan bergantung atas usia pemilik.


5.1.3 Perniagaan Perkongsian
 

Ciri-ciri perniagaan perkongsian ialah :-

  • Milikan
    • perkongsian ditakrifkan sebagai perhubungan antara dua atau lebih orang yang menjalankan perniagaan bersama untuk memperolehi keuntungan.
    • bilangan rakan kongsi adalah dalam lingkungan 2 hingga 20 orang (umumnya).
    • bagi perkongsian bank atau broker saham, bilangan rakan kongsi tidak melebihi 10 orang.
    • bagi perkongsian yang melibatkan sesuatu profession seperti peguam dan akauntan, rakan kongsi adalah tidak melebihi 50 orang.
    • perjalanan sesebuah perkongsian adalah ditetapkan di bawah Akta Perkongsian 1961.
    • Perniagaan perkongsian juga tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
  • Penubuhan
    • boleh ditubuhkan secara lisan atau tulisan.
    • biasanya membentuk satu persetujuan bersama dalam bentuk surat ikatan perkongsian yang dipanggil perjanjian perkongsian bagi mengelakkan perselisihan.
    • kandungan perjanjian termasuklah nama firma, nama kesemua rakan kongsi, jenis dan tempat perniagaan, nisbah pembahagian keuntungan/kerugian, peruntukan hak dan tanggungjawab rakan kongsi, cara menjalankan perniagaan dan bagaimana perkongsian akan ditamatkan.
    • satu perkongsian boleh wujud tanpa perjanjian tetapi ianya adalah tertakluk kepada peruntukan di dalam Akta Perkongsian 1961.
  • Akta Perkongsian 1961 mengandungi perkara-perkara berikut :-
    • untung rugi dibahagikan sama rata.
    • tiada bunga bagi modal yang dilaburkan.
    • tiada gaji untuk rakan-rakan kongsi.
    • pinjaman oleh rakan-rakan kongsi kepada perniagaan akan diberikan bunga 5% setahun.
Jenis-Jenis Perniagaan Perkongsian
  • Terdapat dua jenis perkongsian :-
    • perkongsian biasa
    • perkongsian berhad
  • Dalam perkongsian biasa, kesemua rakan kongsi adalah rakan kongsi biasa di mana mempunyai liabiliti yang tidak terhad, kuasa dan tanggungjawab yang sama serta berhak menguruskan perniagaan.

  •  
  • Dalam perkongsian berhad, rakan-rakan kongsi adalah mempunyai liabiliti yang terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan dan tidak mempunyai kuasa dalam pengurusan perniagaan. Dalam perkongsian ini, mesti ada sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi biasa yang menanggung semua liabiliti perniagaan dan bertanggungjawab terhadap pengurusan perniagaan.
Jenis-Jenis Rakan Kongsi
  • Rakan Kongsi Aktif
    • mengambil bahagian yang aktif dalam pengurusan dan biasanya dibayar gaji.
  • Rakan Kongsi Lelap
    • hanya menyumbangkan modal dan tidak mengambil bahagian di dalam pengurusan perniagaan.
  • Rakan Kongsi Nominal (Namaan)
    • membenarkan namanya digunakan di dalam perniagaan sebagai rakan kongsi tanpa melaburkan modal. Ia tidak menerima pembahagian keuntungan tetapi liabilitinya adalah tidak terhad (kerana namanya didaftarkan sebagai rakan kongsi).
  • Rakan Kongsi Berhad
    • mempunyai liabiliti terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan sahaja dan tidak ada kuasa pengurusan tetapi boleh memeriksa buku-buku rekod dan akaun perniagaan.
Sebab-sebab Perniagaan Perkongsian Dibubarkan

Sesuatu perkongsian boleh dibubarkan kerana salah satu sebab yang berikut :

    • Kematian, kebankrapan atau ketidaksiuman salah seorang pekongsi.
    • Tercapainya tujuan penubuhan perkongsian itu.
    • Berakhirnya tempoh masa perkongsian.
    • Tercetus peperangan.
    • Sebagai akibat tindakan guaman atau dengan perintah mahkamah untuk membubarkannya.
Kebaikan Perniagaan Perkongsian ialah :-
  • Lebih modal dapat dikumpulkan.
  • Dapat menggunakan kepakaran dari rakan-rakan kongsi yang berkemungkinan mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang berlainan.
  • Pengkhususan kerja dapat dilakukan dengan adanya pelbagai kemahiran dan kepakaran tersendiri dari rakan-rakan kongsi.
  • Risiko perniagaan dapat disebarkan (dikongsi) antara rakan-rakan kongsi.
  • Persaingan dapat dikurangkan melalui perkongsian, dengan itu perbelanjaan untuk persaingan dapat diagihkan bagi meningkatkan jualan dan memperkembangkan perniagaan.
  • Perkongsian masih lagi mudah untuk ditubuhkan berbanding penubuhan syarikat atau koperasi. Ianya hanya perlu didaftarkan dengan Pendaftar Perniagaan dan mendapatkan lesen perniagaan dari pihak berkuasa tempatan.
Kelemahan Perniagaan Perkongsian
  • Berlaku salah faham atau perselisihan antara rakan kongsi dan ini akan menjejaskan rancangan dan perjalanan perniagaan serta boleh membawa kepada pembubaran perkongsian.
  • Liabiliti yang biasanya tidak terhad akan menyebabkan individu / rakan kongsi kehilangan harta persendirian jika perniagaan menghadapi masalah dalam pembayaran balik hutang piutangnya.
  • Kesilapan dari seorang rakan kongsi akan mengikat rakan-rakan kongsi yang lain. Ini kerana setiap rakan kongsi mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap perkongsiannya. Segala kerugian akan ditanggung bersama walaupun diakibatkan oleh hanya seorang rakan kongsi.
  • Perniagaan perkongsian adalah tidak berkekalan. Jika seorang rakan kongsi menjadi tidak siuman, bankrap atau mati, perkongsian mungkin terpaksa dibubarkan.
  • Pengumpulan modal adalah masih terhad dalam lingkungan maksimanya 20 orang sahaja. Maka perkembangan perniagaan adalah bergantung kepada sumber modal yang terhad ini.
5.1.4 Syarikat Syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 adalah merupakan badan korporat yang mempunyai entiti tersendiri di sisi undang-undang. Ciri-ciri syarikat ialah :-
  • Hak dan Tanggungjawab
    • mempunyai hak dan tanggungjawab tersendiri (berasingan dari pemiliknya/ pemegang saham).
    • boleh memiliki harta sendiri
    • boleh mendakwa dan didakwa
    • bertindak (pengurusan) menerusi pengurus-pengurus yang digajikan oleh syarikat.
  • Jangka Hayat
    • tidak bergantung kepada hayat pemilik atau pemegang sahamnya.
    • mempunyai jangka hayat yang berterusan selagi tidak dibubarkan oleh pemilik/ pemegang saham atau oleh undang-undang.
  • Tanggungan
    • tanggungan oleh pemilik adalah terhad kepada jumlah sumbangan saham.
  • Ahli-ahli
    • mestilah sekurang-kurangnya mempunyai dua orang ahli yang mempunyai alamat bermastautin di Malaysia.
Jenis-Jenis Syarikat
  • Syarikat Berhad Menurut Saham
    • tanggungan ahli-ahli terhad mengikut jumlah yang belum dibayar ke atas saham yang dimilikinya.
  • Syarikat Berhad Menurut Jaminan
    • tanggungan ahli-ahli adalah terhad mengikut jumlah yang dipersetujui oleh ahli-ahli di dalam Tataujud dan Tataurus Syarikat.
  • Syarikat Tidak Berhad (tidak terhad; contoh broker saham dan arkitek)
Kategori Syarikat Berhad Menurut Saham

Syarikat bentuk ini mempunyai modal saham dan ianya boleh dikategorikan kepada :-

  • Syarikat Sendirian Berhad (Private Company)
  • Syarikat Awam (Public Company) - tidak dibincangkan
  • Syarikat Asing (Foreign Company) - tidak dibincangkan
Jenis-Jenis Syarikat

Syarikat Sendirian Berhad

Ciri-ciri syarikat sendirian berhad ialah :-

  • Bilangan ahli/pemegang saham mestilah sekurang-kurangnya 2 orang tetapi tidak boleh melebihi 50 orang pada satu-satu masa.
  • Ada kuasa tertentu untuk memindahkan milik saham ahli-ahli.
  • Pelawaan pembelian saham atau debentur tidak boleh dilakukan kepada orang ramai.
  • Tidak boleh mempelawa orang ramai untuk mendepositkan wang.
Halangan-halangan ini adalah telah diperuntukan di bawah Seksyen 15(1) Akta Syarikat 1965 dan mesti dinyatakan di dalam Tataurus Syarikat.
  • Mesti menggunakan perkataan "Sdn. Bhd." atau "Sendirian Berhad" di penghujung nama perniagaanya.
Kehendak-kehendak Wajib bagi syarikat sendirian berhad ialah :-
  • Tataujud Syarikat (Memorandum of Association)
  • Tataurusan Syarikat (Articles of Association)
  • Modal Saham
    • yang dibenarkan
    • yang berbayar
  • Ahli/Pemegang Saham
  • Lembaga Pengarah
  • Setiausaha
  • Juruaudit
  • Pejabat yang didaftarkan
  • Materi Syarikat
  • Power of Attorney (Surat Kuasa)
Kelebihan syarikat sendirian berhad ialah :-
  • Mudah mendapatkan modal melalui penukaran hak milik saham.
  • Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangan.
  • Pemilik saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan perniagaan.
  • Tanggungjawab pemilik/pemegang saham adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja.
  • Hayat syarikat terjamin kerana syarikat tidak perlu dibubarkan oleh sebab kematian atau penarikan diri seorang pemegang saham.
  • Potensi mengembangkan perniagaan adalah luas.
  • Syarikat adalah satu entiti yang berasingan dan oleh itu ia boleh didakwa dan mendakwa di atas namanya sendiri.
Kelemahan syarikat sendirian berhad ialah :
  • Perjalanan operasi adalah dalam kawalan pendaftar syarikat.
  • Saham syarikat tidak boleh dijual beli melalui pasaran saham.
  • Berbagai jenis cukai terpaksa dibayar.
  • Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit yang bertauliah dan dokumen-dokumen mestilah lengkap dan dikemaskinikan.


5.2 PENDAFTARAN PERNIAGAAN

5.2.1 Pendaftaran Perniagaan Perseorangan Dan Perkongsian

Undang-undang kerajaan Malaysia, memerlukan usahawan mendaftar perniagaan mereka mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978) bagi perniagaan perseorangan dan perniagaan berkongsi, kecuali
  • Penjaja kecil-kecilan seperti pasar malam, atau perniagaan bersabit dengan pelancongan atau perniagaan perkhidmatan yang diberi kuasa pada setengah-setengah agensi kerajaan.
  • Syarikat yang telah berdaftar dengan pendaftaran syarikat.
  • Perniagaan yang berbentuk perkhidmatan profesional seperti Jurutera, Arkitek, Peguam dan Akauntan.
Usahawan perlu memohon untuk pendaftaran perniagaan perseorangan dengan mengisi borang dan menghantarkannya pada Pejabat Pendaftaran Perniagaan yang berdekatan dengan tempat atau alamat melakukan perniagaan. Borang-borang yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran.
PENDAFTARAN PERNIAGAAN PERSEORANGAN DAN PERKONGSIAN

5.2.2 Pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad
 

Penubuhan syarikat sendirian berhad adalah mengikut akta syarikat 1965. Pertama, memohon cadangan nama syarikat untuk diluluskan oleh pendaftar syarikat. Permohonan ini memerlukan bayaran RM10 (Borang 13A) bagi memproses nama yang dikehendaki. Apabila nama yang dicadangkan telah diluluskan oleh Pendaftar Syarikat, satu lagi permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang untuk menentukan bahawa nama itu tidak boleh digunakan oleh orang lain. Simpanan nama hanya dalam tempoh dua bulan.

Selain dari tindakan pertama di atas, syarat-syarat lain juga diperlukan untuk pemerosesan penubuhan syarikat. Semua dokumen atau borang mesti diserahkan kepada Pendaftar Syarikat, yang kebiasaannya berada di semua ibu negeri. Dokumen yang dimaksudkan adalah seperti berikut :
 

  • Memorandum dan Undang-Undang Persatuan.
    • Dokumen yang menjelaskan nama, tarikh pendaftaran, jumlah saham, modal yang dibenarkan . Cara pentadbiran hal ehwal syarikat , jenis perniagaan dan butir lain berkenaan syarikat.
  • Borang 6 - Status Pematuhan Syarat
  • Borang 7 - Sijil Pengenalan Pengarah
  • Borang 45 - Persetujuan status menjadi Pengarah
Selepas mendapat kelulusan iaitu sijil penubuhan dari Jabatan Pendaftaran Syarikat, borang-borang dan maklumat-maklumat berikut perlu diserahkan untuk pemerosesan lanjutan dalam tempoh satu bulan.
  • Borang 49 - Butir-butir pengarah, pengurus dan setiausaha.
  • Borang 44 - Butir-butir pejabat berdaftar syarikat.
  • Borang 24 - Penyata Pengeluaran Saham.
Sebagaimana yang telah dibincangkan, bahawa penubuhan syarikat sendirian berhad agak rumit dan memerlukan syarat-syarat yang banyak. Oleh itu, bagi sesiapa yang kurang pengetahuan dan kurang pengalaman dalam perniagaan, lebih memadai dengan perniagaan perseorangan atau berkongsi, tetapi, jika sanggup mengeluarkan wang sedikit, maka boleh mereka menggunakan perkhidmatan dari Setiausaha Syarikat untuk penubuhan yang lebih mudah.
PENDAFTARAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
 

TATACARA MENDAFTAR SYARIKAT

CARIAN NAMA SYARIKAT

BORANG 13A

NAMA DILULUSKAN

(Jika tidak diluluskan cari nama lain)

(Tempoh tamat mendaftar selama 3 bulan)

FAILKAN DOKUMEN-DOKUMEN

Borang 6 - Statutory Declaration of Compliance

Borang 48A - Statutory of Declaration before incorporation

Lampiran A

Salinan surat kelulusan nama syarikat dari ROC

Memorandum and Articles of Association
 
 

SIJIL PENUBUHAN SYARIKAT DIKELUARKAN OLEH ROC

BORANG 9
 
 

(Tempoh memfailkan dokumen selama 1 bulan)

FAILKAN DOKUMEN-DOKUMEN

Borang 44 - Notice of situation of Registered Office

Borang 24 - Return of Allotment of Shares

Borang 49 - Register of Directors, Managers and Secretaries
 

JADUAL KADAR BAYARAN PENDAFTARAN SDN. BHD.

5.2.3 Perbezaan Dan Perbandingan Pendaftaran Perniagaan Dan Penubuhan Syarikat Dalam Perniagaan Modal Dibenar, Berbayar Dan Panduan Membuat Pindaan Modal Dibenar

Iaitu modal syarikat memberitahu kepada Pendaftar Syarikat atas angka maksimum bermakna modal berbayar kita tidak boleh melebihi modal yang dibenarkan untuk dilabur di dalam syarikat.
 

Modal Berbayar Setiap sen pemegang saham laburkan terus dimasukkan ke dalam bank tetapi modal berbayar boleh juga menggunakan harta seseorang yang dipinjamkan oleh haknya pada syarikat. Misalnya : Seseorang pengarah memasukkan duit RM50,000 (tunai) untuk modal. Seorang lagi melaburkan harta 1 ekar tanah dengan harga 50,000 ke dalam syarikat itu dan memindah milik hak tanah itu kepada hak syarikat atau juga perbelanjaan-perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh seseorang pengarah atau pemodal saham atau seseorang individu itu dipermodalkan iaitu diiktirafkan kepada modal. Denda-Denda Pendaftar Syarikat (ROC) Mengikut pengalaman dan kes-kes yang telah dicatatkan di Pendaftar Syarikat ataupun di mahkaman, kebanyakkannya ialah dari golongan berikut :
  • Lewat mengfailkan Akaun Tahunan
  • Lewat mengfailkan Penyata Tahunan
  • Lewat mengfailkan Pertukaran Pengarah dan Setiausaha;
  • Lewat mengfailkan peningkatan modal berbayar dan modal dibenar dan
  • Lewat mengfailkan borang 49 pengarah utama, syer utama dan pejabat berdaftar.
Denda-Denda Oleh ROC Yang Wajib Diketahui Oleh Semua-Semua Pengarah
 
  • Prosedur mengenai mengfailkan dokumen-dokumen kepada Pendaftar Syarikat.
Semua dokumen-dokumen mestilah difailkan kepada Pendaftar dalam tempoh yang ditentukan oleh Pendaftar Syarikat di bawah Akta Syarikat. Contohnya :
    • Penyata Tahunan mestilah difailkan dalam tempoh 1 bulan melainkan "registered branch" syarikat tersebut adalah di luar Malaysia yang mana penyata Tahunan mestilah difailkan dalam tempoh 2 bulan selepas Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
    • Borang 28 adalah borang mengenai penambahan modal yang dibenarkan mestilah difailkan dalam tempoh 14 hari selepas mesyuarat EGM.
    • Borang 49 adalah borang mengandung butir-butir pengarah, pengurus dan setiausaha syarikat tersebut yang mana mesti difailkan dalam tempoh 1 bulan dari perlantikan seseorang pengarah atau pengurus atau setiausaha syarikat itu.
    • Penyata Kewangan mestilah difailkan dalam tempoh 6 bulan selepas Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
Jikalau borang-borang tersebut tidak difailkan dalam masa yang diberikan di bawah Akta Syarikat, denda atas lewat menyerah borang akan dikenakan oleh Pendaftar Syarikat kepada sesebuah syarikat tersebut.
  • Jika borang-borang itu difailkan dalam tempoh 14 hari selepas tempoh yang ditetapkan.
Jumlah lewat mengfailkan dokumen adalah RM25.00 yang akan dikenakan semasa mengfailkan dokumen itu kepada Pendaftar Syarikat.
  • Jika dokumen itu difailkan selepas 14 hari dari tempoh yang ditetapkan.
Jumlah yang dikenakan atas lewat mengfailkan dokumen RM50.00 semasa mengfailkan dokumen itu kepada Pendaftar Syarikat.

Selain daripada itu, denda di bawah kesalahan Akta Syarikat juga akan dikenakan ke atas borang/dokumen itu selepas borang/dokumen tersebut difailkan kepada Pendaftar Syarikat dan satu surat notis pembayaran akan dikeluarkan.

5.3 UNDANG-UNDANG DAN PERLESENAN PERNIAGAAN

5.3.1 Perlesenan

Setelah menerima perakuan pendaftaran perniagaan, setiap perniagaan perseorangan dan perkongsian mesti mendapatkan lesen perniagaan.

Tujuan lesen ini diadakan ialah untuk :

    • mengawal kebersihan dan keselamatan tempat perniagaan.
    • mendapatkan hasil pendapatan bagi pihak berkuasa tempatan.
Lesen perniagaan ini dikeluarkan oleh Majlis Tempatan, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah dan Dewan Bandaraya.

Setiap pihak berkuasa mempunyai undang-undang dan peraturan masing-masing. Di samping itu bayaran yang berbeza dikenakan mengikut jenis perniagaan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab peniaga untuk mengetahui keperluan dan peraturan undang-undang dalam perniagaan masing-masing.

Cara mendapatkan lesen perniagaan :
    • Isikan borang permohonan lesen perniagaan.
    • Serahkan borang tersebut kepada pihak berkuasa tempatan.
    • Sebelum lesen dikeluarkan pihak berkuasa akan memeriksa bangunan untuk memastikan segala peraturan seperti kebersihan dan keselamatan dipatuhi.
    • Kemudian anda akan dipanggil untuk membuat bayaran . Jika terdapat papan iklan, bayaran tambahan akan dikenakan.
    • Lesen ini mesti dipamerkan di dalam kedai.
5.3.2 Undang-undang Dan Peraturan Perniagaan
 
  Terdapat berbagai bentuk undang-undang dan peraturan yang perlu diketahui dan dipatuhi oleh seseorang bakal usahawan sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak berkuasa.
  • Pendaftaran Perniagaan
Semua bentuk perniagaan di negara ini perlu didaftarkan. Tatacara pendaftaran telahpun diterangkan sebelum ini. Sekiranya sesebuah perniagaan tidak didaftarkan kemungkinan besar kontrak perniagaan mereka juga dianggap tidak sah dan ini akan menyulitkan usahawan tersebut untuk membuat tuntutan sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.
  • Lesen/Permit/Surat Kuasa
Selain pendaftaran perniagaan seseorang bakal usahawan perlu memastikan apakah perniagaannya memerlukan lesen/permit/surat-surat kuasa daripada pihak-pihak berkuasa berkenaan seperti penguasa tempatan, Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dan sebagainya. Keperluan ini adalah berdasarkan kepada jenis perniagaan yang hendak dijalankan. Antaranya ialah seperti berikut:
    • Lesen Perniagaan
Lesen-lesen ini meliputi lesen-lesen perniagaan tempatan dan lesen-lesen tempat berniaga yang boleh diperolehi daripada Dewan Bandaraya atau Penguasa-penguasa tempatan mengikut daerah masing-masing.
    • Lesen Cukai Jualan
Cukai jualan dikenakan ke atas barang-barang yang diimport dan barang-barang tempatan yang tidak dikecualikan. Permohonan untuk memperolehi lesen cukai jualan ialah daripada Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia.
    • Lesen Mengilang
Seseorang usahawan hanya boleh menjalankan aktiviti pengilangan setelah memperolehi lesen mengilang kecuali modal berbayar syarikat tersebut kurang daripada RM100,00. Dalam keadaan ini pengusaha tersebut perlu memohon pengecualian lesen mengilang daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
    • Lesen Kilang Makanan
Seseorang usahawan yang mengendalikan perusahaan mengilang makanan perlu memperolehi lesen kilang melalui Pegawai Kesihatan Daerah atau Majlis Perbandaran bagi tujuan-tujuan pemeriksaan kesihatan ke atas kilang-kilang dan ujian keluaran makanan tersebut.
    • Surat Kuasa Bomba
          •  
          Sebelum memulakan operasi, seorang pengusaha hendaklah memastikan kilangnya selamat daripada sebarang kemungkinan kebakaran di mana sesebuah bangunan perlu mendapatkan Certificate of Fitness (C.F) iaitu surat kuasa yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah (berdasarkan di mana bangunan didirikan yang disokong oleh Jabatan Bomba setelah dibuat pemeriksaan ke atas bangunan tersebut).
           
    • Lesen/Permit Pengangkutan
Tugas-tugas bagi mengeluarkan lesen/permit lori sama ada Kelas A atau C ialah Lembaga Perlesenan Pengangkutan Jalan. Seseorang pengusaha perlu mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam permit lori antaranya:
    • Sekatan-sekatan kawasan untuk menjalankan perniagaan iaitu sama ada di sesuatu kawasan atau di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia.
    • Kenderaan akan diperiksa terlebih dahulu sebelum boleh didaftarkan.
    • Jenis-jenis lori dan kegunaannya iaitu lesen A bagi mengangkut barang-barang orang lain dan lesen C hanya dibenarkan untuk mengangkut barang sendiri sahaja.
  • Keperluan Mesin/Jentera/Peralatan
Keperluan ini berbeza-beza mengikut aktiviti-aktiviti pengeluaran. Justeru itu pemasangannya juga berbeza dari sesuatu susun atur tapak kilang. Oleh itu pengusaha perlu mengambil tindakan yang berhubung dengan taraf keselamatan, kesihatan dan kebajikan dimana mesin-mesin ini dipasangkan. Rekabentuk dandang setim, pengandung tekanan tak berapi dan mesin angkat hendaklah diluluskan terlebih dahulu sebelum ianya dipasang dan dikendalikan. Kelulusan-kelulusan ini boleh diperolehi daripada Jabatan Kilang dan Jentera tertakluk kepada pemeriksaan sekurang-kurangnya setiap 15 bulan.
  • Kawalan Pencemaran
Bakal-bakal usahawan juga perlu memberikan perhatian berat kepada langkah-langkah mencegah pencemaran yang boleh disebabkan oleh kilang. Peruntukan undang-undang mewajibkan pemasangan alat kawalan keselamatan pada kelengkapan kilang sebelum kilang boleh mula beroperasi. Penggabungan rekaan dan pemasangan sistem kawalan pencemaran pada peringkat awal akan menentukan kilang dibina dengan teratur dan mengurangkan kos pembinaan yang berpunca daripada kerja ubah suai selepas kilang dibina.

Kawalan-kawalan pencemaran ini meliputi kerja-kerja pembinaan cerobong, pemasangan peralatan, pembakaran bahanapi dan pembinaan kilang yang akan melepaskan effluen kotor. Kementerian yang bertanggungjawab ialah Kementerian Sains, Teknologi Alam Sekitar.

  • Perlindungan
Perlindungan yang dimaksudkan ialah undang-undang yang berkenaan dengan perlindungan kepada industri-industri. Antaranya ialah :
    • Pendaftaran Cap Dagangan dan Paten
Pendaftaran ini bertujuan melindungi syarikat berkenaan daripada amalan perdagangan yang tidak sihat iaitu pengeluaran produk tiruan oleh syarikat lain. Permohonan pendaftaran boleh dikemukakan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Halehwal Pengguna.
    • Lesen Untuk Mendapatkan Tanda Piawaian
Sebelum lesen tanda piawaian dikeluarkan, SIRIM akan mempastikan sistem kawalan mutu yang memuaskan sehubungan dengan kaedah pengeluaran yang memuaskan dan begitu juga dengan kebersihan dan keselamatan. c) Hakcipta Untuk memberi perlindungan terhadap sesuatu karya seni, intelektual dan perindustrian yang dihasilkan supaya tidak berlaku unsur-unsur penciplakan dan cetak rompak. Permohonan untuk mendapatkan hakcipta boleh diperolehi dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.
    • Akta dan Peraturan Sewabeli 1967
Akta ini bertujuan untuk mengawal dan mengawasi bentuk dan kandungan perjanjian sewabeli serta menentukan dengan jelas hak-hak kewajipan dan tanggungan penyewa, pemunya dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam perjanjian sewabeli.
  • Keperluan Sosial Pekerja-Pekerja
Seseorang pengusaha hendaklah mengambil perhatian bahawa kebajikan pekerja perlu dijaga dan ditingkatkan untuk mewujudkan satu bentuk hubungan pengurusan yang baik dengan kakitangan. Keperluan sosial pekerja-pekerja adalah merupakan satu keperluan undang-undang yang telah ditetapkan melalui Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951 (KWSP) dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO).

Semua pekerja dan majikan dikehendaki mencarum kepada KWSP dan kadar caruman ialah 12% daripada gaji yang dibayar oleh majikan dan 11% oleh pekerja yang dipotong daripada gaji pekerja.

  • Keperluan Insfrastruktur
Sesebuah perusahaan atau kilang yang hendak didirikan tidak dapat dijalankan tanpa kemudahan asas atau infrastruktur yang cukup, yang terdiri daripada bekalan kuasa elektrik, air dan perkhidmatan telefon. Dalam hubungan ini kerajaan menyediakan kemudahan asas melalui Tenaga Nasional (TEN), Jabatan Kerja Raya dan Syarikat Telekom.