Make your own free website on Tripod.com

Topik 2 : PEMETAAN DIRI



 

MENETAPKAN MATLAMAT DIRI

Menerajui hidup anda adalah amat penting dalam usaha memburu kejayaan dan mengecap kebahagiaan. Orang-orang yang berjaya adalah proaktif serta bertanggung jawab 100% bagi kehidupan mereka. 
Malangnya ramai orang yang kurang tanggungjawab diri dan bersikap reaktif. Mereka hidup dalam keadaan terumbang-ambing tanpa mempunyai matlamat-matlamat hidup yang spesifik. Hidup yang sebenar merupakan suatu perjuangan berterusan bagi mencapai matlamat-matlamat yang bermakna.

Arah tuju atau tujuan hidup yang jelas membantu anda memfokus usaha-usaha kepada apa yang betul-betul penting bagi anda, mendorong anda melakukan yang terbaik, membantu anda menjadi lebih peka terhadap peluang dan memudahkan anda membuat keputusan harian. Pencapaian matlamat-matlamat hidup juga menggalakkan perasaan bahagia dan bangga yang akhirnya mempertingkatkan harga diri.

DEFINISI MATLAMAT

Matlamat boleh didefinisikan sebagai arah tujuan. Ia menentukan apa juga yang kita inginkan atau harapkan akan berlaku dan menjadi kenyataan kelak. Matlamat adalah untuk dimiliki dan dinikmati sebagai memenuhi kehendak psikologi manusia kerana pencapaiannya akan menimbulkan perasaan bangga, gembira dan kepuasan kepada diri kita. Sekiranya kita tidak mempunyai sebarang tujuan hidup ataupun cita-cita, sekadar mengharapkan sesuatu yang baik berlaku kepada diri kita atau sekurang-kurangnya tiada yang buruk akan berlaku dalam di dalam hidup kita maka peluang kita ke arah kegagalan terbuka luas.

Menurut Maznah Hamid; "Anak kunci kejayaan diri dan kehidupan bermula dengan wujudnya tujuan hidup ataupun matlamat. Hanya dengan mempunyai matlamat yang spesifik dan realistic, barulah dapat memotivasikan dan mendorong seseorang itu merasai akan pentingnya mencapai matlamat".

KEPENTINGAN MATLAMAT

Pencapaian matlamat adalah salah satu daripada langkah utama dalam mencapai kejayaan. Terdapat beberapa sebab mengapa matlamat menjadi begitu penting dalam kehidupan seseorang:

    Memenuhi Kehendak Asas
     
      Setiap perlakuan dan tindakan kita adalah berdasarkan kepada matlamat. Matlamat menunjukkan kepada kita arah dan tujuan bagi menghadapi kehidupan. Ini adalah satu kehendak psikologi yang asas bagi semua manusia sama ada tua atau muda.
    1. Asas MenyalurkanMasa,
    2. Tenaga dan Idea

    3.  

       
       
       
       
       
       
       

      Sistem matlamat dan objektif yang dirancang dengan betul melancarkan segala kegiatan seharian. Matlamat menghalang kita daripada mengikut jalan yang salah.
       

    4. Mewujudkan Asas Keyakinan dan Kemajuan Diri

    5.  

       
       
       
       
       
       
       

      Apabila kita mula mencapai matlamat yang telah ditetapkan, akan timbul perasaan bangga dan yakin dengan kemajuan yang telah diperolehi. Dengan itu, kita akan menetapkan matlamat yang lebih besar dan memiliki keyakinan dan kepercayaan yang sepenuhnya terhadap diri sendiri.
       

    6. Membuat Kehidupan Lebih Menarik dan Menyeronokkan

    7.  

       
       
       
       
       
       
       

      Kebahagian hidup sebenarnya terletak di tangan kita. Jika kita berupaya mencorak kehidupan yang lebih bermakna maka kebahagiaan akan sentiasa berada di samping kita. Sebaliknya jika kita sentiasa berkata "Tidak Boleh" maka kita akan menempah kegagalan.
       

    8. Tulang Belakang Kepada Sikap Positif
    Sikap mental yang positif adalah satu aset yang penting dalam pencapaian matlamat. Asas kepada pendirian positif pula ialah penetapan matlamat. Oleh itu kita dapati sikap positif terletak di tengah-tengah penetapan dan pencapaian matlamat. CIRI-CIRI MATLAMAT YANG BERKUALITI

    S-Spesifik (Khusus atau Tertentu)

    Matlamat itu mestilah jelas dan lebih baik daripada yang lepas. Matlamat yang spesifik adalah perlu untuk mengukur kemajuan anda serta menentukan pencapaiannya.

    M-Measurable (Boleh Diukur)

    Matlamat itu mestilah boleh ditetapkan status kejayaannya iaitu dapat diukur tahap pencapaiannya. Apabila sesuatu matlamat itu boleh diukur ia adalah lebih mudah menilai sejauh mana pencapaian yang telah diperolehi.

    A-Achievable (Boleh Dicapai)

    Matlamat hendaklah sesuatu yang boleh dicapai berasaskan kemampuan diri dan persekitarannya. Matlamat tersebut hendaklah benar-benar bererti bagi diri individu agar terikat untuk mencapainya.

    R-Realistic (Boleh Menjadi Kenyataan)

    Matlamat yang dirangka mestilah munasabah, kukuh dan konkrit serta masuk akal untuk mencapainya dengan kemampuan diri seseorang dan ianya tidak terlalu sukar.

    T-Time Bound (Batasan Waktu)

    Matlamat itu mestilah mempunyai batasan waktu atau jangka masa penyelesaiannya. Contoh: jangka pendek (dalam masa setahun), jangka sederhana (2 hingga 5 tahun) atau jangka panjang (lebih 5 tahun).
     
     

    PANDUAN MERANGKA MATLAMAT

    1. Tetapkan matlamat-matlamat utama anda berasaskan pernyataan misi peribadi anda.
    2. Pecahkan matlamat-matlamat anda mengikut jangkamasa (Panjang/sederhana/pendek).
    3. Susun matlamat-matlamat mengikut keutamaannya dan tumpukan usaha anda untuk mencapai matlamat yang lebih penting dahulu.
    Langkah-langkah Untuk Menerajui Hidup Anda

    Menyediakan pernyataan misi peribadi anda.

    Misi peribadi ialah tujuan keseluruhan kehidupan anda atau sebab asas untuk hidup. Tegasnya misi peribadi adalah pernyataan persis tentang apa yang anda ingin capai dalam kehidupan; yakni apakah maksud "kejayaan" kepada anda.

    Pernyataan misi peribadi menjawab soalan-soalan yang berikut:

    1. Ke manakah haluan anda dalam kehidupan ?
    2. Apakah maksud kejayaan kepada anda ?
    3. Apakah yang anda ingin capai dalam kehidupan ?
    4. Apakah yang betul-betul anda hargai dalam kehidupan ?
    Pernyataan misi peribadi yang berkesan mempunyai atribut-atribut seperti berikut :
    1. Memfokus khususnya kepada apa yang hendak capai dalam kehidupan.
    2. Realistik dan dapat dicapai.
    3. Mencerminkan nilai-nilai peribadi anda yang utama.
    4. Ringkas - Pernyataan misi yang ringkas mudah difahami dan diingat.
    5. Ditandatangani sendiri untuk menunjukkan iltizam seseorang terhadapnya.


    Pelan Tindakan Peribadi

    Bagi setiap matlamat, sediakan pelan tindakan untuk mencapainya. Tentukan langkah-langkah atau tindakan-tindakan yang akan anda ambil untuk mencapai matlamat-matlamat anda dan nyatakan batas waktu mencapainya.








    Mengambil Tindakan

    Laksanakan pelan tindakan anda setiap hari. Tumpukan perhatian terhadap pencapaian matlamat-matlamat yang telah ditetapkan. Urus masa anda dengan jayanya. Kekalkan ketabahan dan disiplin diri.
     
     

    Memantau Kemajuan Secara Berkala

    Tinjaulah semula kemajuan pencapaian matlamat anda secara berkala. Ambillah tindakan pembetulan sekiranya anda tidak mencapai kemajuan seperti yang diharapkan. Pastikan bahawa aktiviti-aktiviti harian anda adalah selaras dengan matlamat-matlamat anda.
     

    MEMBUAT CATATAN PELAN TINDAKAN MATLAMAT DIRI SENDIRI

    Nama : .............................................................................

    Tarikh : ................................
     

    1. Apakah matlamat jangka panjang anda ? Apa yang mahu anda capai ?

    2.  

       

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

    3. Bilakah agaknya matlamat ini mahu anda capai ?

    4. ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------
      Apakah matlamat jangka masa pendek anda? 

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

    5. Bila agaknya matlamat ini mahu anda capai ?

    6.  

       
       
       

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------
      Sejauh manakah matlamat ini penting buat diri anda ? Kenapa ?

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------
       

    7. Apakah langkah-langkah yang akan anda ambil untuk mencapainya ?

    8.  

       
       
       

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------
       

    9. Apakah halangan-halangan yang mungkin menghindar anda mendapat matlamat anda itu ?

    10.  

       
       
       

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------
      Apakah tindakan anda untuk mengatasi halangan-halangan tersebut ? 

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

    11. Apakah kelemahan anda yang mungkin menghalang pencapaian matlamat anda atau yang mungkin menghalang kemajuan anda di masa akan datang ?

    12.  

       

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

    13. Apakah yang anda lakukan atau akan lakukan untuk mengatasi kelemahan- kelemahan ini?

    14.  

       

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

    15. Apakah bantuan-bantuan yang anda fikir anda perlukan ?

    16.  

       

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

    17. Siapakah anda fikir yang dapat memberikan bantuan tersebut ?

    18.  

       

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

    19. Apakah yang anda lakukan sekarang untuk mencapai cita-cita ini ?

    20.  

       
       
       

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

    21. Apakah fikiran anda tentang kemungkinan untuk mencapai kejayaan atau kegagalan?

    22.  

       
       
       

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------
       

    23. Apakah akan terjadi sekiranya anda berjaya ?

    24.  

       
       
       

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------
       

    25. Apakah akan terjadi sekiranya anda gagal ?

    26.  

       

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------

      ---------------------------------------------------------------------


    MEMBUAT KEPUTUSAN

    Dalam kehidupan harian, anda harus membuat pelbagai keputusan seperti apa yang hendak dilakukan atau apakah yang anda ingin makan hari ini atau berapa banyakkah wang yang anda harus belanja membeli hadiah ?

    Cara anda membuat keputusan adalah amat penting supaya mencapai keputusan yang baik.
     
     

    MAKSUD MEMBUAT KEPUTUSAN

    Apabila anda membuat keputusan, anda membuat pilihan. Keputusan yang anda pilih adalah salah satu daripada beberapa pilihan yang ada.

    Keputusan yang dibuat mungkin ada perkaitan dengan:

    1. kewangan
    2. barang
    3. tempat
    4. masa dan
    5. orang
    Kebanyakan keputusan harian yang anda buat adalah keputusan kecil. Pilihan keputusan harian itu tidak akan memberi kesan yang besar kepada anda atau orang lain. Contohnya, sama ada anda hendak membeli kasut berwarna hitam atau coklat, menulis surat kepada kawan anda pada hari ini atau esok hari, mandi sekali atau lebih dalam sehari. Biasanya keputusan begini boleh dibuat secara spontan.

    Kadangkala keputusan yang anda buat adalah keputusan penting. Keputusan yang dibuat itu akan memberi kesan yang mendalam kepada anda atau orang lain. Contohnya, memilih pilihan dalam matapelajaran Kemahiran Hidup, memilih kegiatan ko-kurikulum atau memilih tajuk untuk projek latihan. Biasanya keputusan bagi perkara -perkara seperti ini perlu difikirkan secara terperinci dan mendalam.
     
     

    MENYUSUN LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BERKESAN

    Bagaimanakah anda membuat keputusan? Adakah anda :-

    1. membuat sesuatu keputusan mengikut gerak hati,
    2. membuat sesuatu keputusan secara rawak,
    3. biarkan orang lain membuat keputusan bagi pihak anda,
    4. biarkan begitu sahaja tanpa berbuat apa-apa, atau
    5. membuat keputusan dengan cara yang sistematis ?

    Berikut adalah langkah-langkah yang sistematis untuk membuat keputusan yang berkesan.





    PERTIMBANGAN-PERTIMBANGAN SEMASA MEMILIH PILIHAN-PILIHAN ANDA

    Sebelum membuat sesuatu keputusan anda harus mengumpul maklumat yang cukup dan sesuai. Maklumat ini dapat dikumpulkan dengan menanyakan diri sendiri akan perkara-perkara yang harus dipertimbangkan. Anda juga boleh tanya atau perhatikan bagaimana orang lain mengendalikan situasi yang hampir sama dengan anda.

    Nilai peribadi anda harus diambil kira. Ini bermaksud mengambil kira pegangan dan pertimbangan anda terhadap sesuatu yang anda hargai atau anggap penting. Pengalaman anda juga membantu anda memutuskan sama ada sesuatu pilihan keputusan sesuai atau tidak.

    Contohnya, wang yang disimpan untuk membeli kasut baru digunakan oleh Ah Chong untuk membeli buku nota. Bagi Ah Chong memiliki buku nota adalah lebih penting daripada membeli kasut.
     
     

    Akibat pemilihan sesuatu keputusan harus juga diambil kira. Keputusan yang diambil itu mungkin akan memberi kesan kepada:

      • diri sendiri sahaja
    Contohnya, anda memutuskan warna baju atau memilih buku bacaan anda.
      • ahli keluarga anda
    Contohnya, anda meninggikan bunyi radio atau memuji adik anda yang bersikap jujur.
      • orang ramai
    Contohnya, anda merosakkan telefon awam atau anda membuat kerja amal. Sumber-sumber yang terlibat perlu dipertimbangkan. Cari maklumat tentang jenis dan banyaknya sumber seperti manusia, kewangan dan barangan yang diperlukan sekiranya sesuatu pilihan dipilih sebagai keputusan. Pilihan yang tidak memerlukan sumber yang banyak biasanya dianggap pilihan yang sesuai. Contohnya, abang anda mungkin memutuskan dia akan naik bas ke bandar pada hari-hari tertentu kerana dia seorang sahaja yang hendak ke bandar. Memandu kereta lebih mahal daripada menaiki bas.
     
     

    CARA MEMASTIKAN SESUATU KEPUTUSAN ITU ADALAH BAIK

    Untuk membuat keputusan yang baik, anda harus mengambil kira tiga persoalan yang berikut :-

    1. Adakah keputusan yang dipilih itu menjejaskan saya? Jangan mengambil keputusan yang akan menjejaskan diri anda secara fizikal, mental atau emosi.
    2. Adakah keputusan yang dipilih itu menjejaskan orang lain? Jangan mengambil keputusan yang akan menjejaskan orang lain daripada segi fizikal, mental atau emosi.
    3. Adakah keputusan yang dipilih itu akan mengancam atau merosakkan alam sekeliling? Jangan mengambil keputusan yang akan merosakkan barang, perkhidmatan atau mencemarkan alam sekitar.
    Keputusan yang baik lebih kemungkinan dicapai sekiranya anda memberi jawapan yang negatif (tidak) bagi ketiga-tiga soalan di atas. Sekiranya anda tidak boleh menentukan keputusan mana yang baik atau sesuai sekali, cuba bincang dengan orang lain. Kemungkinan mereka telah melalui pengalaman yang serupa dan boleh memberi nasihat yang sesuai. Tetapi anda harus ingat bahawa akhirnya anda yang harus mengambil keputusan dan bukan orang yang menasihati anda.

    Anda harus bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat. Jika keputusan yang anda telah ambil itu kurang memuaskan, anda seharusnya bersedia mengakui kesilapan tersebut. Jangan menyalahkan orang lain atau menyerahkan tanggungjawab anda kepada orang lain. Jangan cepat berputus asa. Belajar daripada kesilapan anda supaya dapat membuat keputusan yang lebih baik pada masa hadapan.

    PEMIKIRAN KREATIF

    Dalam proses membuat keputusan, anda seharusnya menggunakan pemikiran kreatif untuk mencari pilihan-pilihan yang baru dan sesuai.

    Pada mulanya, anda harus bersedia menerima apa juga yang dikemukakan tanpa menentukan sama ada idea-idea itu boleh digunakan atau tidak. Jangan terlalu gopoh dalam menolak sesuatu idea jika anda menganggap bahawa idea itu tidak sesuai. Kadang-kadang daripada idea-idea yang dianggap tidak sesuai ini dapat dilahirkan idea baru yang lebih bersesuaian.

    Anda juga harus bersedia melihat sesuatu daripada pelbagai segi. Jangan hanya melihat sesuatu daripada satu segi sahaja. Cara ini terlalu kaku. Cuba fikir aspek-aspek lain yang berkenaan supaya pandangan anda lebih luas lagi. Pemikiran kreatif akan membantu anda mengeluarkan lebih banyak pilihan supaya anda dapat membuat keputusan yang baik.
     
     

    TINDAKAN TEGAS

    Tindakan tegas atau asertif bermaksud sanggup membuat keputusan dan melaksanakannya tanpa menyinggung perasaan orang lain. Tindakan tegas tidak bermaksud degil atau agresif.

    Seseorang yang bertindak tegas:

      • menyatakan pandangannya tanpa menghina orang lain walaupun pandangannya bertentangan dengan pandangan orang lain.
      • menolak permintaan orang lain secara berdiplomasi tanpa memberi alasan yang negatif. Contohnya, mengambil tindakan tegas dalam menolak permintaan meminjam wang atau barang kepada orang yang tidak bertanggungjawab.
      • menolak atau menjauhi diri daripada pengaruh negatif. Contohnya, menolak atau mejauhi diri daripada penyalahgunaan dadah, menghisap rokok, mengancam orang lain dan melakukan perbuatan jenayah.
    Tindakan tegas berlainan daripada tindakan agresif dan tindakan pasif.
      • Seseorang yang bertindak agresif bermaksud memaksa orang lain bersetuju dengannya atau mengikuti kehendaknya. Tindakan seperti ini mengancam orang lain.
      • Seseorang yang bertindak pasif adalah pengikut. Dia tidak sanggup atau mampu memberi pendapat atau memperkatakan kehendaknya atau dapat meluahkan perasaannya. Akibatnya, dia hanya ikut kehendak orang lain walaupun dia sendiri yang ingin buat keputusan lain.
    Jenis tindakan yang sesuai digunakan bergantung kepada situasi dan orang-orang yang terlibat.
     
     

    KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN



     
     
     
     
     

    Membuat Pemilihan



    Kemahiran Menyelesaikan Masalah





     
     

    LATIHAN MEMBUAT KEPUTUSAN

    Seorang anggota polis yang sedang meronda nampak cahaya lampu dalam sebuah gudang. Dia harus membuat keputusan : Apakah yang perlu dilakukannya ?

    Seorang pemuda yang tinggal bersama dengan emaknya (seorang balu), tidak dapat mencari pekerjaan di bandar tempat ia tinggal. Kemudiannya dia telah mendapat tawaran bekerja di sebuah bandar yang agak jauh. Ibunya enggan berpindah atas dengan alasan beliau terlalu tua untuk mencari kawan-kawan baru di tempat baru. Pemuda itu harus membuat keputusan sama ada menerima tawaran itu dan meninggalkan ibunya atau menolak tawaran tersebut dan terus menetap bersama-
    sama ibunya.

    Seorang gadis mempunyai 2 orang teman lelaki. Seorang dari mereka itu rajin tetapi pendiam. Seorang lagi lebih segak, disenangi tetapi kurang bertanggungjawab. Kedua-duanya mahu mengahwini gadis itu. Gadis itu harus membuat keputusan. Bagaimana?.

    Sepasang suami isteri mempunyai seorang anak yang cacat. Mereka harus membuat keputusan sama ada menghantar anak itu ke sekolah khas atau ke sekolah biasa.