Make your own free website on Tripod.com

Asas Perl 1 : Setup Perl dan Apache dalam Windows 98
oleh Kidino of Kengkawan

Pengenalan Kepada Perl Dan CGI

Pernah terfikir tak macam mana sesetengah website tu dikemaskini setiap hari? Macam C|net, News, MSN … kan setiap hari kita buka kita akan lihat rupa yang berbeza. Rajinnya dia orang. Dah tu, website tu bukannya kecik. Besar … aku yakin ada lebih 1000 laman. Macam mana dia orang uruskan semua tu? Buku pelawat pulak, kita klik aje butang submit, terus nama kita dah ada dalam senarai. Yang pulak macam mana? Ada orang ke yang tunggu website tu dan update setiap kali ada entry baru? Kalau betul pun, takkan secepat tu. Hmm … kalau nak tau, dia orang semua tu guna Server Side Scripting (SSS) atau Common Gateway Interface (CGI). Benda ni macam satu programlah yang dipasang di server dan menunggu kau klik submit button dalam buku pelawat website orang.

Ada jugak yang diprogram untuk menguruskan isi kandungan website dan juga laman-lamannya. Sebenarnya, macam-macam lagi yang kita boleh buat dengan CGI. Ada jugak yang panggil ni semua Dynamic Website Technology sebab isi kandungan satu-satu alamat website boleh dikawal mengikut pengunjungnya. Katalah aku melawat satu alamat dan aku dapat warna biru sebagai background. Bila kau lawat alamat yang sama, kau pulak dapat warna merah. Kan best kalau boleh buat semua tu dalam website kita. Macam tulah jugak bila kita login ke Hotmail atau Mailcity atau Netaddress. Kan apa yang kita dapat lihat hanyalah email kita sahaja.

Ada banyak cara atau kaeadah atau bahasa untuk buat semua tu. Mungkin kita pernah dengar ASP, JSP, CFM, PHP, Servlet, Python, FastCGI, RXML dan lain-lain tidak terkecuali Perl. Sekarang melalui tutorial ni, inilah yang aku nak ajarkan, Perl. Dengan harapan nanti, kita mendapat pemahaman asas yang secukupnya untuk menerokai dunia Perl ini sendiri pula. Lebih dari itu, kita ada pemahaman tentang SSS, CGI atau Dynamic Website Technology dan kemudian menerokai bahasa-bahasa yang lain pula. Mungkin Python ke (Just to note, ryzam terror Python. Previously also doing Perl and PHP. Boleh menuntut Python dari dia). Jadi kita terus ke bahagian seterusnya.

 

Alatan Yang Diperlukan

Sekarang ni untuk tujuan pengujian program Perl kita nanti, kita akan setup Perl dan Apache dalam Windows 98. Nanti boleh kita cuba dulu program kita sebelum kita upload ke webhosting. Kalau kau pakai selain dari Windows 98, aku tak dapat nak jamin sebab aku pun cuba dalam Windows 98 jea. Takpe, kau cuba dulu, kalau ada masalah, kita bincang, OK? Selain dari Windows 98 tu, bawah ni adalah perkara-perkara yang kau perlukan. Downloadlah dari sumber-sumbernya :

1. Webserver
Oleh sebab program yang kita akan bangunkan nanti akan diletakkan di server, maka kita pun perlukan server. Hehehe … jangan risau, server kita ni server tipu aje. Hanya digunakan untuk menguji prorgam-prorgam yang kita bangunkan. Kita akan gunakan Apache webserver yang diedarkan oleh Randy Kobes di websitenya. Ianya siap dikompil dan diedarkan bersama Perl, mod_ssl dan mod_perl. Download perl-win32-bin-0.6.exe di ftp://theoryx5.uwinnipeg.ca/pub/other/
ftp://theoryx5.uwinnipeg.ca/pub/other/perl-win32-bin-0.6.exe

2. Perl Intepreter
Ada banyak variasi Perl sekarang ni. Untuk Windows sahaja ada ActivePerl, IndigoPerl, visiPerl, binary standard dan lain-lain. Tapi kita akan gunakan Perl binary standard yang diedarkan oleh Randy Kobes di websitenya. Dalam edaran (distribution) yang ni, ada Apache webserver siap dengan mod_perl dan mod_ssl sekali. Mudah kerja kita untuk setup. Kalau dah download Apache webserver tadi, nanti kita akan setup benda ni.

3. Text Editor
Untuk ini, kita boleh pakai Notepad. Kalau nak pakai yang lain, kau boleh search TextEdit atau EditPad kat Internet. Yang ni aku tak ajar macam mana nak install yea.

4. FTP Program
Kalau kau dah biasa dengan buat website, mesti kau tau benda ni. Baguslah macam tu. Tapi dalam tutorial ni, aku akan gunakan WS_FTP LE. Benda ni kita akan guna dalam Asas Perl 2 dan selanjutnya bila aku ajar pasal nak upload ke webhosting nanti. Kalau kau nak pakai yang lain, takpe. Pastikan ada fungsi CHMOD. Kalau tak tau apa tu CHMOD, kau boleh cuba tengok dalam Help atau download aje WS_FTP. Yang ni pun aku tak ajar macam mana nak install. Kalau nak download, bolehlah cari di www.davecentral.com, www.tucows.com, www.download.com atau di www.ipswitch.com

5. Internet Browser
Yang ni aku rasa koman-koman pun kau patut ada Internet Explorer (IE). Kalau takde, cuba search dari Microsoft. Kalau tak silap aku boleh didapati dengan percuma. Yang ni lagilah aku tak ajar. Sila install sendiri.

Dah download semua? Kalau semua dah ada, kita teruskan.

 

Setup Perl + Apache : Langkah 1 - 5

Sekarang kalau dah download file yang diedarkan oleh Randy tu, kita mesti setuplah kan. Macam yang aku dah tulis nota sikit-sikit kat atas, kalau kau perasan, aku hanya akan tunjuk macam mana nak setup atau install Perl dan Apache sahaja. Sebenarnya tak banyak kerja sangat, tapi aku takut korang pening sikit buat kerja-kerja setup dia sebab aku first time pun pening jugak.

Langkah 1 : Unzip
OK, mula-mula sekali kita akan unzip fail perl-win32-bin-0.6.exe ni. Unziplah ke C:\Windows\Temp seperti default dia. Kau akan perlukan ruang hard disk dalam 40 MB. Kalau dah, ianya akan membina empat folder di C:\Windows\Temp iaitu Perl, Apache, readmes, openssl. Jadi kita ada :

- C:\Windows\Temp\Perl,
- C:\Windows\Temp\Apache,
- C:\Windows\Temp\readmes dan
- C:\Windows\Temp\openssl

Langkah 2 : Pindahkan
Sekarang kalau dah unzip, kita akan pindahkan folder-folder ni ke C:\. Folder Temp tu kan untuk fail-fail sementara kan. Jadi pindahkan semua ke C:\

- C:\Perl,
- C:\Apache,
- C:\readmes dan
- C:\openssl

Yang asal di C:\Temp boleh dipadam.

Langkah 3 : Edit cf_email di Config.pm
Kita perlu edit fail Config.pm di C:\Perl\5.6.0\lib\MSWin32-x86\Config.pm supaya email kita yang digunakan, bukan email entah siapa entah dalam fail tu. Setting yang perlu diubah adalah cf_email di baris 114. Jadikan supaya lebih kurang macam ni :

cf_email='dino@kengkawan.com'

Langkah 4 : Edit ServerAdmin di httpd.conf-ssl
Sekarang kita perlu edit fail C:\Apache\conf\httpd.conf-ssl pula supaya email kita juga yang digunakan. Setting yang perlu diubah adalah ServerAdmin di baris ke 234. Kita perlu ubah setting supaya jadi lebih kurang macam ni :

ServerAdmin dino@kengkawan.com

Langkah 5 : Edit Autoexec.bat
Seterusnya kita perlu edit fail C:\Autoexec.bat dan tambah nilai pada PATH supaya Windows tahu dimana Perl kita. Tambah macam kat bawah ni di akhir fail Autoexec.bat :

path=C:\openssl\bin;%path%
path=C:\Perl\5.6.0\bin\MSWin32-x86;%path%
path=C:\Perl\5.6.0\bin;%path%

 

Setup Perl + Apache : Langkah 6 - 10

Langkah 6 : Bina fail batch
Sekarang kita akan bina dua fail batch untuk memudahkan kita melancarkan Apache nanti. Dua fail tu adalah run.bat untuk melancarkan Apache dan shut.bat untuk tutup Apache. Ni adalah isi fail run.bat :

Apache.exe -f conf\httpd.conf-ssl -D SSL

Simpan atau save di C:\Apache\run.bat. Ni adalah arahan untuk lancarkan Apache dengan mod_ssl dan mod_perl. Kalau nak lancarkan dengan mod_perl sahaja, jadikan arahan begini :

Apache.exe -f conf\httpd.conf-ssl

Untuk fail shut.bat, bina fail tersebut dan simpan atau save di C:\Apache\shut.bat. Bawah ni adalah kandungan untuk fail shut.bat

Apache.exe -f conf\httpd.conf-ssl -k shutdown

Langkah 7 : Bina shortcut di Desktop
Dengan fail batch tadi, dah mudah dah. Tapi untuk memudahkan lagi, kita bina shortcut bagi run.bat dan shut.bat di Desktop. Shortcut pertama kita akan namakan 'Run Apache'. Command line dia

C:\Apache\Run.bat

Shortcut kedua kita akan namakan 'Shutdown Apache'. Command line dia

C:\Apache\Shut.bat

Langkah 8 : Restart PC
Kalau kau dah ikut arahan dari satu sampai tujuh dengan baik, sekarang, kita tutup komputer dan buka semula.

Langkah 9 : Uji Apache
Hmm … semua kita dah setup. Sekarang adalah saat-saat getir di mana kita akan menguji sama ada setup kita ni betul. Mula-mula double click ikon 'Run Apache' pada Desktop. Sepatutnya akan keluar satu DOS box dan kita dapat mesej seperti berikut :

Apache/1.3.12 (Win32) mod_perl/1.23 running...

atau

Apache/1.3.12 (Win32) mod_ssl/2.6.3 OpenSSL/0.9.5a mod_perl/1.23 running...

jika dilarikan dengan mod_ssl. Kalau ada, tahniah!! Kau dah berjaya setup Apache, mod_perl dah mod_ssl. Hooray … !! Kalau nak pastikan lagi, lancarkan Internet Explorer dan taip URL 'http://localhost'.

Langkah 10 : Uji CGI
Sekarang ni, kalau kita dah berjaya setup Apache, kita nak tengok sama ada kita berjaya tak setup Perl untuk CGI dalam Apache. Kita kena lancarkan Internet Explorer dan taip URL 'http://localhost/tryit.cgi'. Kalau takde mesej ralat yang keluar maknanya CGI/Perl berjalan dengan baik Tahniah sekali lagi.

Kalau nak shutdown Apache, double click ikon shortcut yang kita dah buat tu. 'Shutdown Apache'.

OK, kalau kita dah setup Apache dan Perl, bolehlah kita teruskan tutorial Perl kita.

 

CGI Perl Pertama : Lihatlah Dunia

Kalau semua dah OK, apa kata kita cuba tulis program Perl pertama kita. Cuba buat fail guna notepad dan tulis macam bawah ni. Nombor dan titik bertindih tu tak perlu ditulis. Tu hanya untuk rujukan tutorial ni kita sedang bercerita tentang baris yang mana.

1 : #!/Perl/5.6.0/bin/MSWin32-x86/perl.exe
2 : # ^--- yang kat atas ni kita bagitau perl.exe di mana.
3 :
4 : print "Content-Type: text/html\n\n";
5 : # ^--- kita kena print HTTP header. bagi tau jenis isi.
6 :
7 : print "<h1>Lihatlah Dunia Perlku Ini.</h1>";
8 : # ^--- ni kita print isi HTML kita.

Kalau dah, save atau simpan sebagai lihat.cgi di C:\Apache\cgi-bin\lihat.cgi. Dah? Teruskan … OK … kalau kita perasan ada beberapa baris yang bermula dengan #. Baris yang bermula dengan # adalah baris yang diabaikan oleh Perl. Macam kita buat // dalam C/C++. Tapi ini terkecuali baris pertama. Baris pertama, kita perlu bagitau di mana perl.exe berada. Perl.exe berada di C:\Perl\5.6.0\bin\MSWin32-x86/perl.exe. Jadi kita perlu tulislah pada baris pertama kita seperti :

1 : #!/Perl/5.6.0/bin/MSWin32-x86/perl.exe

Ni berbeza sikit dengan pengaturcaraan Perl dalam Unix/Linux. Dalam Unix/Linux, Perl biasanya berada di /usr/bin/perl atau /usr/sbin/perl atau /usr/local/bin/perl. Kalau tak pasti, tanyalah administrator syarikat web hosting tu. Jadi katalah kita pakai Linux dan perl berada di /usr/bin/perl, maka baris pertama kita adalah macam ni :

1 : #!/usr/bin/perl

Baris seterusnya :

4 : print "Content-Type: text/html\n\n";

Dalam CGI ni, kita perlu bagitau browser kita nak tulis apa. Ini kita panggil HTTP Header. Sekarang ni kita nak tulis HTML. Jadi kita printlah macam baris empat tu. OK, teruskan lagi. Ni lah di mana kita mula tulis HTML kita.

7 : print "<h1>Lihatlah Dunia Perlku Ini.</h1>";

Kalau nak tulis lebih-lebih pun takpe. Suka hatilah. OK … dah … ? Dah save? Sekarang kita cuba di Internet Explorer. Sebelum tu pastikan Apache dah dilancarkan. Dah? Kalau belum double click ikon 'Run Apache' yang kita buat tadi. Kalau semuanya dah, lancarkan IE dan taip alamat ni. 'http://localhost/cgi-bin/lihat.cgi'. Keluar tak apa yang kita taip? Kalau keluar, bagus… Siap satu CGI dengan bahasa Perl.

Jadi kita jumpa lagilah di bahagian dua yea. Tunggu yea ...

 

Links Penting

 


Tutorial ini boleh didapati di alamat sementara di http://www.kengkawan.com/perl Rujuk http://www.kengkawan.com untuk alamat terkini tutorial ini. Tutorial ini diedarkan dengan percuma. Anda bebas mengedarkan hasil cetakan tutorial ini dengan syarat ianya tidak diedit. Namun demikian, hak cipta adalah terpelihara. Dilarang sama sekali diterbitkan semula dalam apa jua bentuk tanpa kebenaran daripada penulis, Khairil Iszuddin Ismail, dino@kengkawan.com. Ini termasuk dan tidak terhad kepada media cetak seperti buku, risalah, nota kuliah, media elektronik seperti laman web, e-book, tv, video, kaset, radio, vcd, cd dan lain-lain media.