Tajuk: Skala
(Scale)
PENGENALAN

 Ukuran merupakan perkara penting dan perlu difahamkan dalam lukisan.  Jika boleh sesuatu objek itu dilukis mengikut saiz asalnya ternyatalah lukisan itu dalam saiz penuh atau dinyatakan dengan skala 1:1.
 

PENERANGAN

 Pengecilan dan Pembesaran

 Sekiranya perlu menyediakan lukisan mengikut skala supaya dapat dimuatkan ke dalam keras lukisan adalah perlu mengetahui penggunaan skala untuk pembesaran dan pengecilan.  Bagi objek – objek yang besar dilukis dengan skala mengecil ( Pengecilan ).

Contoh :-
 Gambarajah pengecilan skala 1:2 bermaksud nisbah lukisan dengan objek sebenar adalah 1 mm dalam lukisan 2 mm objek sebenar.  Lukisan menunjukkan ½ saiz objek.   Jika skala 1:10 bermaksud 1 mm dalam lukisan 10 mm objek sebenar.

Bagi bahagian yang kecil dan rumit perlulah menggunakan skala pembesaran.  Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan pada objek yang rumit.   Jika pembesaran dibuat dua kali ganda skala dinyatakan 2:1 yang bermaksud 2 mm dalam lukisan 1 mm objek sebenar.

Kesimpulan pada skala yang digunakan 1:2 (1 dikiri meunjukkan lukisan dan 2 di kanan adalah objek).  Sekiranya pembesaran 3:1 sama dengan 3 lukisan dan 1 adalah objek.
 

Pecahan Padan / Representation Fraction :

Pecahan padan menunjukkan nisbah antara ukuran dalam lukisan dengan ukuran objek sebenar.

Pecahan Padan   - Saiz dalam lukisan 
     Saiz objek sebenar

Contoh :

i. Jika 1 inci dalam lukisan sama dengan 1 ela bagi objek
Pecahan Padan  = 1 inci = 1
     1 ela = 36

Ini digunakan untuk pengecilan menunjukkan unit lebih besar daripada lukisan.

ii. Sekiranya 2 mm panjang objek = 1 cm dalam lukisan
 Pecahan Padan = 1 cm = 10 = 5
     2 mm  2
 Skalanya = 5:1 ( Objek dilukis 5 x saiz sebenar )

Rujukan : 
1. Lukisan Geometri dan Kejuruteraan K. Morling
2. Australian Engineering Drawing Handbook Part 1
 

Skala Jurutera
 

Skala Penuh dan Nisbah Pembesaran  5 : 1  . 2 : 1  10 : 1
1 : 1
Pengecilan  1 : 2
1 : 20
1 : 200
1 : 2000 
1 : 2.5
1 : 25
1 : 250
1 : 2500
1 : 25000
1 : 5
1 : 50
1 : 500
1 : 5000
1 : 50000
1 : 10
1 : 100
1 : 1000
1 : 10000
1 : 100000

Skala Akitek
 

Skala Penuh  . . . .
Pengecilan  1 : 2
1 : 20
1 : 200
1 : 2000 
1 : 2500 1 : 5
1 : 50
1 : 500
1 : 10
1 : 100
1 : 1000

Skala : Juruukur & Peta ( Surveying & Mapping )
 
 

Pengecilan  1 : 200
1 : 2000 
1 : 250
1 : 2500
1 : 25000 
1 : 50
1 : 500
1 : 5000
1 : 50000
1 : 500000 
1 : 100
1 : 1000
1 : 10000
1 : 100000
1 : 1000000

Tambahan skala yang digunakan dalam lukisan – lukisan tertentu
 
 

1 : 125
1 : 1250
1 : 12500 
1 : 3000  1 : 400
1 : 4000 
1 : 750  1 : 800
1 : 8000

Kaedah menyatakan skala dalam lukisan

i. Skala yang ditunjukkan

ii. Skala 1 : 100

iii. Nota ( Tiada Skala )

iv. Dua Skala

a. Nota “Seperti ditunjukkan”
b. Atau yang ditunjukkan
c. Skala tegak 1 : 500
Skala Melintang 1 : 100
 

Skala Metrik digunakan mengikut penggunaan untuk lukisan kejuruteraan Mekanikal
 

1 : 1  1 : 10
1 : 2 1 : 20
1 : 2.5 1 : 2.5
1 : 5 1 : 33.3

Untuk Lukisan Akitek ( Pengecilan )
 
 

1 : 40  1 : 100
1 : 50  1 : 150
1 : 75 1 : 200
1 : 80

Untuk Pelan Lokasi
 

1 : 500 1 : 500
1 : 1000 1 : 10000
1 : 2000 1 : 20000

Untuk Pelan Juruukur ( Survey )
 

1 : 50000  1 : 200000
1 : 100000 1 : 500000

Skala untuk Peta ( Map )
 

1 : 1000000

JENIS – JENIS SKALA

 Jenis – jenis skala dikelaskan mengikut penggunaan seperti :

1. Skala Akitek
2. Skala Engieer
3. Skala Mekanikal Engineer
4. Skala Decimal
5. Skala Metrik
 

Penerangan

1. Skala Akitek

Digunakan untuk mengecilkan supaya struktur bangunan atau binaan yang besar – besar dapat dimuatkan ke dalam kertas lukisan.  Saiz – saiz yang terdapat pada skala Akitek adalah seperti :
 

½” = 1’ – 0”   Saiz Penuh
6”  = 1’ - 0’’  ½ Saiz Penuh
3”  = 1’ - 0’’   ¼ Saiz Penuh
1 1/2” = 1’ - 0’’   1/8 Saiz Penuh
1”  = 1’ - 0’’  1/12 Saiz Penuh
3/4”  = 1’ - 0’’  1/16 Saiz Penuh
1/2”  = 1’ - 0’’  1/24 Saiz Penuh
3/8”  = 1’ - 0’’  1/32 Saiz Penuh
1/4”  = 1’ - 0’’   1/48 Saiz Penuh
3/16”  = 1’ - 0’’  1/64 Saiz Penuh
1/8”  = 1’ - 0’’  1/96 Saiz Penuh
3/32”  = 1’ - 0’’  1/128 Saiz Penuh

Contoh :

 ½”  = 1’ – 0” adalah saiz penuh
 ¾”  = 1’ – 0” adalah 1/16 saiz ( ¾ - 12 = 1/16 )

1A. Skala Akitek ( Inci / Imperial ) :



1B. Skala Akitek ( Metrik )

2. Skala Engineer

Skala dibahagikan kepada perpuluhan 10 – 80 bersamaan dengan satu inci.  Digunakan bagi memplot , melukis peta dan bahagian – bahagian mesin.
 


3. Skala Mekanikal Engineer

Skala mekanikal pecahannya dibahagikan kepada unit dalam inci ke inci  1” : 1” = bagi saiz penuh . Pengecilan ½” = 1” ( setiap ½” dalam lukisan = 1 inci objek sebenar )
 
 


 
 
 

4. Skala Decimal

Skala khas dimana setiap 1 inci saiz penuh pada skala dibahagikan kepada 50 bahagian. Setiap sub unit = 0.02” ( 1/50 = 0.02” ) 5  S/unit = mewakili 1.  Bagi skala separuh ½” mewakili 1” bermaksud ½” pada skala dibahagikan kepada 50 bahagian ( ½ - 50 = 0.01 ).  Setiap satu sub unit = 0.01. 10 sub unit mewakili = 1”.

Begitu juga bagi skala seperempat dan seterusnya.  Kesimpulannya penggunaan skala decimal ini bolehlah dengan merujuk kepada skala penuh untuk penggunaan skala pengecilan atau  pembesaran dengan mengecilkan ukuran atau menggandakannya.

5. Skala Metrik :

Asas bagi unit Metrik ialah Meter.  Simbol yang digunakan adalah ‘M’.

Setiap  1  Meter  = 1000 Milimeters
  1  mm  = 0.001 m
  10 mm  = 0.01 m
  1000 m  = 1 m


Skala metrik pipih


skala metrik tringular (1:2 ratio)

skala metrik tringular (1:25 ratio)

skala metrik tringular (1:75 ratio)

 

Tamat

******************************************
Buku Rujukan:-
1. Technical Drawing Edisi 10 & 11.
 - Pengarang:.F.E. Giesecke, A.Mitchell, H.C Spencer, I.L. Hill, J.T Dygdon dan Novak
2. Lukisan Geometri
- Md Nasir Abd Manan

******************************************
SOALAN KEFAHAMAN
Untuk  menguji kefahaman anda sila jawab soalan berikut
Soalan 1