Make your own free website on Tripod.com

TEKNIK TEKNIK MENGUKUR DAN PENGGUNAAN PEMBARIS
     
    Pendahuluan

    Apabila menggunakan alat pengukur seperti pembaris , perlulah kita mengetahui akan penggunaannya yang betul dan sesuai supaya tidak berlaku kerosakan atau penyalahgunaan alat tersebut. Oleh itu setiap alat yang hendak digunakan amat penting bagi kita mengetahui akan teknik teknik mengukur dan pengunaannya yang betul dan selamat.
     
     

    1. Mengukur panjang
       
      Dengan jumlah penjajaran yang munasabah , ukuran yang hampir tepat boleh dibuat dengan menggunakan pembaris keluli. Dinasihatkan sebeberapa yang boleh apabila sesuatu ukuran , letakkan dengan rapat pada hujung pembaris dengan bahu atau tangga bagi mendapatkan pengukuran yang tepat.
         
        Sesungguhnya apabila penggunaan yang kerap kali akan membuatkan pembaris akan jadi haus, oleh itu mengukur dengan cara yang tersebut kadang kala tidaklah begitu tepat.

        Mengukur dengan tepat di atas sesuatu bendakerja yang rata boleh dibuat dengan mengambil ukuran daripada garisan senggatan 1 inci atau 1 cm ke atas hujung bendakerja. Apabila mengambil ukuran sesuatu bendakerja yang bulat, ia juga dinasihatkan membuat demikian di amana letakan pembaris ke atas permukaan bendakerja kemudian buat anggaran ianya betul betul pada garisan garispusat bendakerja itu.

        Lihat gambarajah  menunjukkan bagaimana mengukur bendakerja bulat.
         

      2. Pembaris sebagai alat tepi lurus
         
        Pada di sepanjang tepi permukaan pembaris keluli ianya dicanai dengan rata pada sudut tepat. Oleh itu pembaris juga boleh digunakan sebagai alat tepi lurus untuk menguji keratan bendakerja. Letakan tepi permukaan pembaris di atas permukaan bendakerja dan lihat di hadapan cahaya. Bahagian yang tidak tepat sekecil kecil ialah 0.05 mm atau beberapa ribu daripada seinci dengan senang boleh dilihat dengan cara begini.

        Lihat rajah menunjukkan pembaris digunakan sebagai alat tepi lurus.
      3 .Membuat penanda dengan pembaris
         
        Ia digunakan dengan pengarit , bagi tujuan menanda ke ukuran yang dikehendaki.

        Nota :-

        Apabila menanda dengan sesuatu tanda pengarit perlulah ditandakan dua tanda pengarit berbentuk kepala anak panah atau v supaya kita dapat pastikan titik hujung tanda pengarit tersebut.

        Lihat gambarajah menunjukkan cara menanda pada bendakerja dengan menggunakan pembaris keluli.
         
         
         

      4. Menanda garisan lurus
         
        Ia juga boleh digunakan untuk mengarit sesuatu garisan yang panjang dengan menggunakan alat pengarit.

        Lihat gambarajah  menunjukkan cara menggarit garisan dengan menggunakan pembaris keluli dan alat pengarit.
      5. Mengambil ukuran daripada alat menanda dan mengukur Ia boleh digunakan sebagai skala di mana ukuran boleh digenapkan ( set ) di atas alat alat penanda dan pengukur seperti pembahagi , Angkup Luar , Angkup Dalam , Angkup Jenny dan Trammel ( alat pembahagi yang besar )

      Lihat gambarajah menunjukkan penggunaan pembaris bagi tujuan membuat atau mengambil ukuran daripada alat menanda dan mengukur.


      Cara yang betul membuat ukuran dan pengenapan pada jangka

      Membuat pengenapan pada Angkup Luar

      Membuat pengenapan pada angkup dalam

      Membuat pengenapan pada trammel.
       
       

      Tamat

      ******************************************
      Buku Rujukan:-
      1. Elemen Pembelajaran.
       - Pengarang:.ibu Pejabat MARA, K.L

      ******************************************
      SOALAN KEFAHAMAN
      Untuk  menguji kefahaman anda sila jawab soalan berikut
      Soalan 1