KESELAMATAN DIRI SEMASA BEKERJA


Pendahuluan

1. Tujuan Pembelajaran mengenai keselamatan semasa bekerja ini ialah untuk mengendalikan kerja – kerja yang selamat dari pencegahan sesuatu kemalangan sama ada kepada pihak individu ataupun berkumpulan, penerangan undang – undang keselamatan diperlukan.

2.  Kemalangan biasanya berlaku kepada seseorang itu sama ada telah atau belum menerima penerangan atau dari kecuaian.  Oleh itu seseorang perlu mengambil dan mengenal pasti langkah – langkah yang wajar semasa bekerja.

Undang – undang keselamatan am.

1. Panduan keselamatan am biasanya di beri melalui / berupa kertas penerangan    atau penerangan bercatit pada papan kenyataan yang mana biasa boleh didapati dalam semua bengkel ketukangan.

2. Senantiasa menggunakan alat – alat pelindung yang disediakan.

3. Beritahu pengawas atau pengajar sekiranya kerosakan alat – alat perkakas berlaku.
4. Dilarang bergurau dan berkejaran dalam kawasan bengkel.
5. Memahami dan mengetahui cara mengetahui cara mencegah dan menyelamat sekiranya berlaku kebakaran dan kemalangan.

Menjaga kebersihan dan kawasan bengkel
 

1. Pastikan kawasan lantai terhindar dari minyak , geris yang membolehkan tergelincir jatuh.

2. Kawasan berhampiran seperti meja tukang , mesin dan tempat kerja mestilah senantiasa bersih dan tersusunatur.

3. Pastikan ruangan kawasan bengkel sentiasa mendapat pengaliran udara dan cahaya yang cukup.

4. Penyelenggaraan alat – alat perkakas dan keperluan bengkel mestilah disusunatur pada tempat yang disediakan.

5. Semua bahan – bahan yang digunakan atau lebihan potongan hendaklah diletakkan di tempat yang selamat serta bersusun rapi.

6. Tong – tong bahan buangan diperlukan.

7. Penggunaan alat – alat perkakas yang betul dan sesuai . Lihat gambar.

8. Akibat menggunakan alat – alat perkakas yang tidak lengkap anggotanya. Contoh , tanpa hulu , tumpul , tidak berfungsi dan lain – lain.

9. Alat – alat yang tajam dilarang berada di dalam poket semasa bekerja.
 

Mesin berjentera
 

1. Sebelum mengguna mesin mendapat kebenaran dari pengawas .

2. Tumpuan penuh pada kerja.

3. Dalam kesihatan yang  sihat.

4. Gunakan berus semasa membuang serpihan atau habok kotor. Jangan gunakan tangan.

5. Tahu menggunakan mesin dengan betul.

6. Berhentikan mesin sekiranay berlaku kerosakan dan halangan . Beritahu pengawas.

7. “Tanda rosak” perlu dipasang pada mana – mana mesin yang tidak boleh digunakan untuk pengetahuan umum.

Pembinaan sementara 
 

1. Semua pembinaan dan simpanan yang tinggi kedudukannya patut menggunakan peranca atau tangga.

2. Pastikan peranca atau tangga yang kuat pembinaannya digunakan.

3. Simbol keselamatan mesti diletak pada kawasan dalam pembinaan yang menggunakan peranca dan tangga.
 

Bahan Kimia
 

1. Bahan – bahan kimia mestilah di simpan pada tempat yang selamat dari mudah terbakar.

2. Tanda nama kimia perlu dilekatkan pada tong atau tempat simpanan bahan – bahan tersebut.

3. Bahan – bahan ini biasanya disimpan dalam tempat yang berudara bebas.
 
 

Tamat

******************************************
Buku Rujukan:-
1. Elemen Pembelajaran.
 - Pengarang:.ibu Pejabat MARA, K.L

******************************************
SOALAN KEFAHAMAN
Untuk  menguji kefahaman anda sila jawab soalan berikut
Soalan 1