IBADAH

Matlamat Kejadian Manusia
 

1.     Menjadi Khalifah

        Khalifah ialah pemerintah atau yang bertanggungjawab menyelesaikan setiap konflik
        yang berlaku dalam dirinya mahupun sekitarnya.
 

Firman Allah Taala :

Maksudnya     :     “Dan ingatlah tatkala berfirman Tuhanmu kepada para malaikat
                           bahawa Aku akan jadikan seorang khalifah di muka bumi, lalu mereka
                           mempersoalkan : Adakah Engkau hendak menjadikan dia yang
                           membuat kerosakan dan menumpahkan darah? Sedangkan kami
                           sentiasa bertasbih dan memujiMu. Firman Allah : Aku lebih
                           mengetahui apa yang kamu tidak ketahui”.

                            (Surah al-Baqarah : 30)
 

2. Beribadat kepada Allah (hamba Allah)
 

Firman Allah Taala :

Maksudnya     :     “ Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka
                            beribadat kepadaKu.”

                          (Surah az-Zariyat : 56)
 

Pengertian Ibadah

1.     Dari segi Bahasa             :     Dari perkataan  abada yang bermaksud patuh, tunduk,
                                                taat,menghinakan diri, menghambakan diri,menyembah
                                                dan seumpamanya.

2.     Dari segi Istilah bermaksud :   Segala perkara yang disukai / diredahai oleh Allah
                                                s.w.t. sama ada berupa perkataan atau perbuatan,
                                                sama ada zahir atau batin.

3.     Perkara yang diredhai Allah :  Ialah yang halal, berkebajikan dan tidak menyakiti diri
                                                sendiri maupun orang lain.

4.     Erti pengabdian diri           :  Ialah memperhambakan diri hanya kepada Allah dan
                                               bukan yang lain seperti menegakkan Islam meninggikan
                                               syiarnya, mengikut al-Quran dan Sunnah dalam
                                               kehidupan, menegakkan perundangan Allah dan
                                               sebagainya.

5.     Memperhambakan diri kepada yang selain Allah boleh membawa kepada kekufuran
       dan syirik umpamanya memperhambakan diri kepada nafsu, makhluk ( jin dan
        manusia), kepada fahaman-fahaman salah dan sebaginya yang berlawanan dengan
        Islam.
 

Rukun Ibadat.

1.     Mengikut al-Quran dan Sunnah :     iaitu bukannya ibadat yang tidak diketahui
                                                        asal-usulnya, atau yang direka-reka. Mestilah
                                                        berpandukan kedua-duanya.

2.     Tunduk, patuh dan ikhlas. :           iaitu bukan kerana sesuatu atau menunjuk -
                                                       nunjuk. Bukan kerana terpaksa atau ikut-ikutan.
 

Ibadat yang tidak mengikut dua perkara di atas maka ianya tidak diterima Allah.
 

Bidang Ibadat.

Ibnu Taimiyah membahagikan ibadat kepada :

1.     Amalan yang dituntut    : seperti solat, puasa, zakat, haji, doa, zikir dan sebagainya.

2.     Pengurusan dengan makhluk : seperti jual beli, nikah kahwin, pinjaman, hutang,
                                                gadaian dan sebagainya.

Ibadat yang afdhal (utama).

1.     Yang diyakini     : ialah yang dipelajari dengan betul serta mendalam dan bukannya
                                ikut-ikutan ataupun yang tidak diketahui asal-usulnya.

2.     Yang menepati kehendak agama, masa dan masyarakat     : seperti bila dikehendaki
                                berjihad, maka jihadlah yang utama, bila disiang hari maka mencari
                                rezekilah yang utama, abila ada tetamu maka melayani tetamulah
                                yang utama dan sebagainya.

Tamat

******************************************
Buku Rujukan:-
1. Buku Panduan Ibu Pejabar MARA. Bahagian Kemahiran,Kuala Lumpur

******************************************
SOALAN KEFAHAMAN
Untuk  menguji kefahaman anda sila jawab soalan berikut
Soalan 3