Tajuk: Alatan Lukisan
(Instrument)
Pengenalan

Walaupun akal dan tangan anda sendiri yang mengawal lukisan terakhir, namun penggunaan alat dan bahan yang bermutu juga boleh melukis/mendraf dan itu adalah satu pengalaman yang menyeronokkan.  Juga pencapaian kerja-kerja yang bermutu tinggi melalui proses pembelajaran iaitu melukis/mendraf sendiri dengan tidak jemu-jemu menjadi lebih mudah akhirnya dengan pengetahuan bahawa semenjak awal-awal lagi bahawa kita sedang menggunakan alat dan bahan yang baik yang boleh membawa kejayaan yang diharapkan.  Namun harus diingat juga bahawa penggunaan alat dan bahan yang bermutu tidak semestinya menjamin pencapaian mutu kerja yang tinggi.  Latihan yang secukup-cukupnya menjadi satu kemestian.

Buat maka kini terdapat alat kelengkapan lukisan yang canggih seperti pen teknikal, Mesin Lukisan (Drafting Machine) dan komputer, pelajar harus mengetahui dan menguasai penggunaan alat lukisan asas seperti sesiku tee ( T square), sesiku set (set square), pembaris skala (scale) dan lain-lain peralatan lukisan. Alat kelengkapan lukisan yang asas dan lazim di gunakan adalah seperti berikut.

a) Papan Lukis (Drafthing Board)

Papan lukis tradisi di buat daripada kayu jenis lembut supaya kertas lukisan boleh di lekatkan dengan pita pelekat (masking tape). Pin tekan tidak boleh di gunakan pada papan lukis kerana bekas pin tekan itu akan merosakkan permukaan papan lukis.

Di bahagian tepi kiri papan lukis dinamakan tepian kerja (Working edge). Tepian kerja biasanya di perbuat daripada jalur keras yang lurus supaya tepian (working edge) sesiku Tee boleh mengelangsar dengan bebas se panjang tepian kerja.

Papan lukis moden di lengkapkan dengan kaki yang boleh di ubah suai ketinggiannya. Papan lukis ini boleh di condongkan mengikut kehendak pengguna. Papan lukis yang cangih pula mempunyai permukaan yang lengkap dengaan kepingan bermagnet yang sama ukuran dengan papan lukis itu supaya jalur logam boleh memegang kuat kertas lukisan . 

Saiz dan nama papan lukis.
i)  Half Imperial  60cm x 40 cm
ii) Inperial   80cm x 60 cm
iii) Doouble Elephan 105cm x 75 cm
iv) Antiquarian  140cm x 85cm
b). Sesiku Tee (T square)
Sesiku tee di buat daripada kayu keras atau pelastik dan di gunakan untuk melukis garisan mendatar sahaja (Horizontal). Sesiku tee mempunyai bilah yang lurus dan dipasang bersudut tepat dengan setok. Pinggir bilah biasanya di buat daripada bahan keras seperti pelastik tebal yang lutsinar supaya sesiku tee tidak mengotorkan kertas lukisan dan nampak apabila melukis garisan.

Sesuku tee mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
i)   Tepian yang lurus (Working edge) 
ii)  Bilah panjang dan rata (blade) 
iii) Sambungan stok bersudut tepat (Stock/head)
 

Kegunaan sesiku tee.
i)   Untuk melurusan kertas di atas papan lukis.
ii)  Untuk melukis garisan mendatar (Horizontal)
iii)  Tapak untuk sesiku set  semasa melukis garisan
c) Sesiku set. ( Set Square)
Sesiku set berbentuk segitiga daripada plastik keras lut sunar. Terdapat 2 jenis sesiku set iaitu yang biasa (tidak boleh laras) bersudut 45, 30 , 60 darjah .

-Sesiku set boleh laras. ( Adjustable Set Square)

Sesiku boleh laras  lebih popular buat masa ini kerana ia boleh di selaraskan kepad sudut yang di kehendaki.Ia juga di perbuat dari pelastik lutsinar. 
 

d) Jangka sudut (Protector)
Jangka sudut adalah alat untuk mengukur sudut dan menanda sudut. Jangka sudut di perbuat daripada plastik berbentuk separuh bulatan dan ada yang berbentuk bulatan penuh .






e) Mesin lukis (Drafthing machine)
Mesin lukis adalah sebuah alat yang boleg menggantikan penggunaan sesiku tee dan sesiku set. Jangka sudut pembarisnya boleh di tetapkan  epada 15, 30, 45, 60, 70 dan 90 darjah. Dengan menggunakan mesin lukis, kerja melukis dapat di lakukan dengan cepat dan tepat.

f) Skala (Scale)
Skala ialah satu alat yang di  gunakan untuk menyukat ukuran sesuatu komponen dalam lukisan. Ketepatan sesuatu lukisan bergantung kepada kemahiran menggunakan skala . 

Alat skala yang berbentuk pembaris dibuat daripada kayu, buluh atau plastik. la digunakan untuk mengubah kadar satu-satu objek.  Sifat sifatnya yang harus diutamakan adalah:

1 .  Pembahagian ukurannya tepat.
2.   Pembahagian ukurannya dipahat.
3.   la tahan lentur.

Alat skala tidak boleh digunakan sebagai tepi memotong kertas atau sebagai pembaris.

Terdapat beberapa bentuk skala yang biasa di gunakan, 
 i) Segitiga (Tringular)
 ii) Pipih (Flat)
Jenis skala yang biasa di gunakan seperti 
i)   skala arkitek (arcitec scale),
ii)  skala enginneer (engineer scale),
iii) skala desimal (decimal scale), 
 vi) skala  pecahan (fraction scale)
 v)  skala metrik ( metric scale)


g) Set peralatan Lukisan ( Instrument set)

Peralatan lukisan lazimnya di jual dalam satu set. Komponnen utamanya terdiri daripada Jangka lukis, Jangka pembahagi dan lain-lain.
 
 
 i) Jangka lukis (Compass) 

Jangka lukis dii gunakan untuk melukis bulatan dan garis lengkok. Terdapat beberapa jenis dan bentuk jangka lukis mengikut keperluan yanng berlainan.

ii) Jangka lukis boleh laras ( Adjustable compass)

Digunakan seperti  jangka lukis biasa tetapi ia boleh dii selaraskan mengikut keperluan tanpa berubah.

iii) Jangka lukis besar (beam Compass)

Digunakan untuk melukis bulatan dan garis lengkuk yang besar yang tidak boleh di lukis dengan jangka lukis biasa

iv) Jangka lukis kecil (Drop spring Bow Compass) 

Digunakan untuk melukis bulatan dan garis lengkok yang lebih kecil.
 

v) Jangka bahagi (Divider)

Digunakan unntuk membahagi jarak kepada beberapa bahagian yanng sama dan untuk memindahkan jarak denngan tepat.

vi) Jangka bahagi boleh laras ( adjustable divider) 

kegunaannya sama separti janngka bahagi biasa tetapi ia boleh dilaraskan mengikut keperluan.

h) Pensel Lukis
 

Ada berbagai-bagai jenis pensel dalam pasaran dewasa ini, tetapi yang biasa digunakan oleh arkitek dan ahli teknik ada tiga jenis.

1. Penselkayu

la boleh didapati dalam berbagai-bagai gred mengikut kekerasan matanya.  Kekerasan mata pensel dinyatakan dengan huruf dan nombor yang terdapat pada batang pensel itu.  Pensel perlu diasah dengan pisau atau penajam mekanik untuk menajamkan matanya, Bagi pensel yang terialu pendek ia boleh disambungkan dengan pemegang pensel.

2. Pensel mekanik

la menggunakan mata grafit berdiameter 0.3 mm hingga 0-7 mm. la tidak perlu ditajamkan dan mata grafitnya boleh diganti.  Pensel mekanik yang sering digunakan oleh arkitek berdiameterO-5 mm kerana ia senang dikuasai dan menghasilkan garisyang tajam serta halus.

3. Pensel cekam

Bentuknya seakan-akan sama dengan pensel mekanik tetapi diameter mata grafitnya lebih besar.  Pensel ini boleh menghasilkan berbagai-bagai sifat garls.  Mata pensel ini perlu ditajamkan dengan pisau atau pengasah mekanik yang sedia dibekalkan pada pangkal pensel itu.  Pensel ini sangat baik untuk lakaran bebas.  Ketiga-tiga jenis pensel ini boleh menghasilkan kerja yang bermutu tetapi seseorang itu harus pandai menguasai pensel tersebut.

Dalam lukisan teknik, hanya pensel yang bermutu tinggi sahaja yang sesuai di gunakan, Pensel teknikal juga boleh digunan kerana ia tidak perlu di asah dan mempunya gred mata yang di perlukan tetapi pencil jenis ini tidak boleh di beri tekanan (pressure).

 Memilih gred mata pensel. 
 Plumbum pensel lukis di buat daripada grafit  yang di campur dengan polimer atau tanah liat sebagai pengikat. Nisbah campuran berbeza dapat menghasiilan beberapa gred pennsel. Setiap gred yang hanya sesuai di gunakan untuk kerja-kerja tertentu sahaja.
 


 

Pensel terbahagi kepada 18 gred, daripada 7B (paling lembut) sehingga 9H (paling keras).  Mata pensel dibuat daripada bahan mentah grafit dan tanah liat.  Kekerasan mata pensel bergantung kepada nisbah kandungan grafit dan tanah liat.

 7B hingga 2B

Paling lembut.  Untuk garis keratan, garis profil dan huruf-huruf tajuk.  Memeriukan kawalan.  Senang dipadamkan dan mudah kotor.  Sesuai untuk lukisan lakaran.

 3H hingga B

Sederhana lembut.  Untuk garis tampak, garis keratan
dan huruf-huruf tajuk.  Memerlukan kawalan. Senang dipadam.  Menghasilkan cetakan
yang memuaskan.  Sesuai juga untuk lukisan lakaran dan lukisan teknik.

. 4H hingga 9H

Paling keras.  Kurang sesuai untuk lukisan teknik, patut dielakkan penggunaannya kerana garis kurang nyata dan sukar dipadam.  Tidak menghasilkan cetakan yang memuaskan.

Mutu garis bergantung kepada

1. Gred mata pensel yang digunakan.
11. Jenis kertas yang digunakan.
111.  Tekanan yang dibuat kepada kertas.
IV.  Permukaan tempat melukis.

PENA LUKIS DAN DAKWAT

Dalam pasaran terdapat berbagai-bagai jenis pena lukis, tetapi sistemnya agak sama. la menggunakan dawai pengawal dakwat.  Dakwat mengalir di dalam tiub dan tiub ini menentukan diameter mata pena itu.

1. Set pena lukis

la mempunyai diameter dari 0.1 mm (paling halus) hingga 2-0 mm (paling tebal).  Namun bagi kerja-kerja lukisan binaan atau lukisan persembahan memadai dengan pena 0-1, 0-2, 0-4, 0-8 dan 1-2 mm sahaja.  Pena lukis paling sesuai untuk lukisan teknik di atas kertas surih tetapi ia boleh juga digunakan untuk lakaran bebas di atas kertas kartrij.  Apabila membeli pena lukis, seseorang harus menentukan mata pena itu cukup panjang supaya tidak tersangkut pada sesiku atau sesiku T. Seseorang harus menentukan mata pena diskru ketat dan pena ditutup semula setelah digunakan.  Pena sebaik-baiknya disimpan dengan matanya menghala ke atas.

2. Dakwat

Dakwat yang sesuai untuk pena lukis adalah dakwat hitam kedap air.  Namun kini terdapat berbagai-bagai warna dakwat dalam pasaran tetapi bagi cetakan blueprint yang baik, dakwat hitam paling sesuai.
 

i) Lengkung Perancis (French Curve)
Lengkung perancis adalah alat yang digunakan untuk melukis garis lengkung. Alat ini di buat daripada pelastik lutsinar dan bentukknya seperti dalam gambarajah.

j) Perisai pemadam (Erashing Shield)

Perisai pemadam di gunakan untuk melindungi bahagian garisan yang tidak perlu di padam sewaktu kerja memadam di lakukan di sesebuah lukisan.
 

k) Pemadam (Eraser)

Di gunakan untuk memadam tanda pensil ataua dakwaat. Pemadam yang berkkualiti  digunakan untuk menghasilkan kemasan pada lukisan
.
l)Berus Lukisan (Drafthing Brush)
Berus ini digunakan untuk membuang habuk lebihan pemadam dan kekotoran lain yang terdapat di atas permukaan kertas lukisan.Pengunaan tangan dan meniup kekotoran tidak di galakkan kerana akan mengotorkan kertas lukisan.

m) Kertas Lukisan (Drawing Paper)

Kertas lukisan

Berwarna putih, ada yang licin dan ada yang berira.  Kertas ini sesuai untuk lakaran bebas dan lukisan teknik dengan menggunakan pensel, pena, warna air, dan sebagainya.
 

Kertas surih

Berwarna putih atau biru, lutsinar dan agak licin.  Kertas ini boleh didapati di dalam berbagaibagai ukuran dan ketebalan.  Selalunya kertas ini bergulung atau berkeping.  Kertas ini dilukis dengan menggunakan pensel, pena lukis, pena felt dan sebagainya.
 

Kertas butcher

Berwarna putih atau kuning,lutsinar dan licin.  Kertas ini boleh didapati dalam berbagai-bagai ukuran selalunya bergulung atau helaian kertas ini sesuai untuk lakaran awal dengan menggunakan pensel, pena lukis dan sebagainya.
 

Kertas pastel

Kertas ini boleh didapati dalam berbagai-bagai warna, berira dan paling sesuai dengan pastel.
 

 'Mounting board, liustration board'

Boleh didapati dalam berbagai-bagai warna dan licin.  Papan ini paling sesuai untuk kerja akhir dengan menggunakan pensel, pena lukis, warna air, warna poster, pena marker air brush dan sebagainya.
 
 

Di antara jenis kertas yang digunakan ialah kertas surih (tracing) dan Katrij(Cartridge). Kertas katrij digunakan oleh pelajar pada peringkat awal pembelajaran mereka sebagai pelukis. Ia juga bertujuan unntuk memahirkaan penggunaan pencil yang berbagai gred pada kertas katrij.

Kertas surih di gunakan selepas pelajar mahir menggunakan pencil dan Pen teknikal pula di gunakan untuk melukis di atas kertas surih. 

 i) Saiz kertas ISO Standard
 - A0 = 841 mm x 1189 mm
 - A1 = 594mm x 841mm
 - A2 = 420mm x 594mm
 - A3 = 297mm x 420mm
 - A4 = 210mm x 297mm

 ii) Saiz America (ANSI)
 - A0 = 34.0 in x  44.0 in
 - A1 = 22.0 in x 34.0 in
 - A2 = 17.0 in x  22.0 in
 - A3 = 11.0 in x 17.0 in
 - A4 = 8.5 in x 11.0 in

Tamat

******************************************
Buku Rujukan:-
1. Technical Drawing Edisi 10 & 11.
 - Pengarang:.F.E. Giesecke, A.Mitchell, H.C Spencer, I.L. Hill, J.T Dygdon dan Novak
2. Lukisan Geometri
- Md Nasir Abd Manan

******************************************
SOALAN KEFAHAMAN
Untuk  menguji kefahaman anda sila jawab soalan berikut
Soalan 1