Tajuk: Pandangan Tambahan
(Auxiliary View)
Pengenalan
PANDANGAN AUXILIARY (PRIMARY)

Terdapat banyak objek, umumnya bahagian-bahagian mesin yang mempunyai permukaan -permukaan condong. Permukaan yang condong apabila digambarkan dalam pandangan biasa (iaitu pandangan hadapan, sisi atau pelan), tidak dapat diperlihatkan bentuk sebenar permukaan itu.

Selain dari itu, permukaan condong yang mempunyai bentuk bulat atau lengkung pula akan menampakkan menyerupai Elips, dengan itu akan menyukarkan Pelukis Pelan melukisnya.

Menyediakan ukuran-ukuran ke atas permukaan condong juga adalah menyulitkan dan boleh mengelirukan.

Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut, maka Pandangan Auxiliary diperlukan.


Rajah 1


Unilateral Auxiliary

Pandangan ini dilukis di mana keseluruhan pandangan adalah di sebelah garis (Reference Line) sahaja. Ianya adalah mudah bagi Pandangan Auxiliary yang tidak sama bentuk (Symmetrical), di mana satu permukaan adalah lurus seperti dalam gambarajah 2a.

Bilateral Auxiliary

Pandangan jenis ini dilukiskan pada kedua-dua belah Referance Line. Kedudukan garisan rujuk (Reference Line) biasanya diletakkan tepat pada suatu garisan atau permukaan Pandangan Auxiliary yang dianggap sesuai seperti dalam gambarajah 2c.

Symmetrical Auxiliary

Apabila suatu Pandangan Auxiliary berkeadaan sama bentuk (Symmetrical) garisan tengah (Centre Line) boleh diambil kira sebagai garisan rujuk (Reference Line).

Dalam hal ini Pandangan Auxiliary adalah pada kedua-dua belah garisan tengah atau garisan Reference Line dimaksudkan seperti dalam gambarajah 2b. Bagi menjimatkan masa, adalah menjadi kebiasaan melukis hanya separuh daripada Pandangan Auxiliary yang (Symmetrical) sebagaimana yang ditunjukkan dalam gambarajah 2b.

Rajah 2



Rajah 3

Sudut diantara dua satah condong dipanggil Dihedral Angle. Pandangan Auxiliary sangat perlu bagi menerangkan sudut sebenar Dihedral Angle ini, terutama apabila Dimensi bagi sudut perlu dituliskan seperti gambarajah 3 (a).

Gambarajah 3 (b) menunjukkan Dihedral Angle berkeadaan condong dan dengan pandangan biasa sudut berkeadaan sebenarnya tidak dapat ditunjukkan. 

Gambarajah 3 (c) menunjukkan Pandangan Auxiliary yang dapat menerangkan dengan benar Dihedral Angle itu.
 

Tamat
******************************************
Buku Rujukan:-
1. Technical Drawing Edisi 10 & 11.
 - Pengarang:.F.E. Giesecke, A.Mitchell, H.C Spencer, I.L. Hill, J.T Dygdon dan Novak
2. Lukisan Geometri
- Md Nasir Abd Manan

******************************************
SOALAN KEFAHAMAN
Untuk  menguji kefahaman anda sila jawab soalan berikut
Soalan 1