Tajuk: Pandangan Tambahan
(Auxiliary View)
Pengenalan
PANDANGAN AUXILIARY (PRIMARY)

Terdapat banyak objek, umumnya bahagian-bahagian mesin yang mempunyai permukaan -permukaan condong. Permukaan yang condong apabila digambarkan dalam pandangan biasa (iaitu pandangan hadapan, sisi atau pelan), tidak dapat diperlihatkan bentuk sebenar permukaan itu.

Selain dari itu, permukaan condong yang mempunyai bentuk bulat atau lengkung pula akan menampakkan menyerupai Elips, dengan itu akan menyukarkan Pelukis Pelan melukisnya.

Menyediakan ukuran-ukuran ke atas permukaan condong juga adalah menyulitkan dan boleh mengelirukan.

Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut, maka Pandangan Auxiliary diperlukan.


Rajah 1


Unilateral Auxiliary

Pandangan ini dilukis di mana keseluruhan pandangan adalah di sebelah garis (Reference Line) sahaja. Ianya adalah mudah bagi Pandangan Auxiliary yang tidak sama bentuk (Symmetrical), di mana satu permukaan adalah lurus seperti dalam gambarajah 2a.

Bilateral Auxiliary

Pandangan jenis ini dilukiskan pada kedua-dua belah Referance Line. Kedudukan garisan rujuk (Reference Line) biasanya diletakkan tepat pada suatu garisan atau permukaan Pandangan Auxiliary yang dianggap sesuai seperti dalam gambarajah 2c.

Symmetrical Auxiliary

Apabila suatu Pandangan Auxiliary berkeadaan sama bentuk (Symmetrical) garisan tengah (Centre Line) boleh diambil kira sebagai garisan rujuk (Reference Line).

Dalam hal ini Pandangan Auxiliary adalah pada kedua-dua belah garisan tengah atau garisan Reference Line dimaksudkan seperti dalam gambarajah 2b. Bagi menjimatkan masa, adalah menjadi kebiasaan melukis hanya separuh daripada Pandangan Auxiliary yang (Symmetrical) sebagaimana yang ditunjukkan dalam gambarajah 2b.

Rajah 2



Rajah 3

Sudut diantara dua satah condong dipanggil Dihedral Angle. Pandangan Auxiliary sangat perlu bagi menerangkan sudut sebenar Dihedral Angle ini, terutama apabila Dimensi bagi sudut perlu dituliskan seperti gambarajah 3 (a).

Gambarajah 3 (b) menunjukkan Dihedral Angle berkeadaan condong dan dengan pandangan biasa sudut berkeadaan sebenarnya tidak dapat ditunjukkan. 

Gambarajah 3 (c) menunjukkan Pandangan Auxiliary yang dapat menerangkan dengan benar Dihedral Angle itu.
 

Cara-cara membentuk / membina Garisan Lengkung pada Pandangan Auxiliary.

1. Tandakan bebrapa titik pada pandangan yang menunjukkan Bulatan.
2. Unjuran titik-titik kepada pandangan berkaitan seperti dalam gambarajah.
3. Daripada titik-titik yang baru dihasilkan, unjurkan pula kepada Pandangan Auxiliary.
4. Pindahkan ukuran 1-2, 3-4, 5-6 keatas Pandangan Auxiliary.
 

Contoh -contoh membina Garisan Lengkung.
 
 
 
 
 
 
 
 

AUXILIARY VIEWS (SECONDARY)

Dalam elemen yang lepas kebanyakan Lukisan ‘Primary Auxiliary’ dilukis mengikut Satah Unjuran Lazim. (Conventional Plane Of Projection). Walaubagaimana pun setelah pandangan ‘Primary Auxiliary’ dilukis, masih juga tidak diperolehi rupa objek dan ukuran sebenarnya.

Untuk mengatasinya satu lagi unjuran perlu dibuat dari Pandangan ‘Primary Auxiliary’ tersebut. Pandangan unjuran tersebut ialah ‘Pandangan Secondary Auxiliary’.

‘Secondary Auxiliary View’ boleh dilukis mengikut keperluan Pandangan ‘Primary Auxiliary’ seperti berikut:-

i) Melukis ‘Secondary Auxiliary View’ yang diunjurkan dari ‘Front Auxiliary View’.
ii) Melukis ‘Secondary AuxiliaryView’ yang diunjurkan dari ‘Top Auxiliary View’.
iii) Melukis ‘Secondary Auxiliary View’ yang diunjurkan dari ‘Side Auxiliary View’.
 

Prosedur 1

Prosedur Melukis ‘Secondary Auxiliary View’ yang diunjurkan dari ‘Top Auxiliary View’.

Sekiranya pandangan ‘Primary Auxiliary’ diunjur dari ‘Top View’ seperti rajah (0.2). ‘Secondary Auxiliary’ mestilah dilukis seperti berikut.

1. Lukis Primary Auxiliary View dengan cara membuat Garisan Selari pada Garisan AC pada ‘Top View’.
2. Lukiskan ‘Reference Plane’ MM supaya bersudut tepat dengan ‘Projector’ dari ‘Top View’. Jarak D adalah diambil dari ‘Front View’.
3. Selesaikan ‘Secondary Auxiliary View’ dengan mengunjurkan Garisan Selari dari tepi (Edge) CB dalam ‘Primary Auxiliary View’ dengan bersudut tepat pada ‘Reference Plane’ Z-Z.
 
 
 
 
 
 

Rajah 0.2

Contoh 2

Cara-cara melukis ‘Secondary Auxiliary View’. Unjuran dari ‘Top Auxiliary View’.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

1. Unjurkan Pelantegak hadapan ‘Primary Auxiliary’ kesatu arah yang bersesuaian, yang menunjukkan garisan tepi a, b & f, di mana garisan fb kelihatan terletak di atas Pandangan Pelan. Dalam pandangan ini (Primary Auxiliary) tinggi pandangan tersebut terletak diatas Garisrujuk (Refrence Plane) X  Y adalah sama dengan di atas XY pada Pandangan Pelantegak hadapan.

2. Unjurkan Pandangan Pelan (Top View) Secondary Auxiliary View dan ianya mestilah bersudut tepat dengan ‘Edge View’ Garisan abf. Sama juga di pandangan ini jarak poin-poin pada kedudukan (Block) daripada garis rujuk (ref. Plane) A  B adalah sama seperti poin-poin di dalam Pandangan Pelan (Top View) dari AB.

Cara projeksi mendapatkan Secondary Auxiliary :-

Contoh 3
 
 
 
 
 
 
 
 

Cara projeksi mendapatkan Secondary Auxiliary :-

Contoh 4
 
 
 
 
 
 

Prosedur 2
 

Prosedur melukis ‘Secondary Auxiliary View’ yang diunjurkan dari Front Auxiliary View.

1. Lukiskan Garisan ‘Reference’ M-M pada ‘Top View’ (Lihat Rajah 0.1) Z-Z pada Front View Perpendicular pada ‘True Lenght’. Garisan AB di permukaan ABC dan M-M, dengan jarak yang sesuai dari Front View selari pada Z-Z.
2. Lukiskan poin untuk membina ‘Primary Auxiliary’ dengan cara memindahkan Jarak ‘d’ di ‘Top View’ pada projektor yang dilukis Perpendicular pada M  -  M sama seperti di ‘Front View’.
 Permukaan ABC akan wujud sebagai Segi (Edge).
3. Lukiskan Reference Line Z - Z Selari dengan Edge View ABC mengikut jarak yang sesuai.
4. Selesaikan Lukisan Secondary Auxiliary View dengan cara memindahkan jarak ef dan seterusnya, dari Pandangan Front seperti rajah di bawah :
 Masukkan poin-poin yang diperlukan pada ‘True View’ ABC.
 
 
 
 
 

Contoh 
 
 
 
 
 
 

Gambarajah diatas adalah contoh-contoh cara melukis ‘Secondary Auxiliary View’ dari pandangan ‘Front Auxiliary’.

Prosedur 3
 

Prosedur Melukis Secondary Auxiliary View dari Pandangan Sisi Auxiliary View.

1. Prosedur ini sama seperti yang anda telah buat pada Unjuran Secondary Auxiliary yang lepas iaitu (Top & Front).
2. Mula-mula siapkan Pandangan Primary Auxiliary kemudian barulah lukiskan Pandangan Secondary Auxiliary. Lihat contoh di bawah :-
 

 
 
 

Tamat

******************************************
Buku Rujukan:-
1. Technical Drawing Edisi 10 & 11.
 - Pengarang:.F.E. Giesecke, A.Mitchell, H.C Spencer, I.L. Hill, J.T Dygdon dan Novak
2. Lukisan Geometri
- Md Nasir Abd Manan

******************************************
SOALAN KEFAHAMAN
Untuk  menguji kefahaman anda sila jawab soalan berikut
Soalan 1