1. Tetrahedron
Ianya mengandungi empat permukaan
yang mana setiap satu permukaan adalah segitiga kaki sama.
|
|
2. Kiub atau ‘Hexahedron’
Mengandungi enam permukaan yang mana
setiap satu permukaannya adalah segiempat sama. |
|
3. Prisma bersudut tepat.
(Right regular prism).
Prisma bersudut tepat mempunyai sisi
yang bersudut 90? dengan tapak. Kesemua permukaan sisinya adalah empat
segi bujur. |
|
4. Prisma condong (oblique)
Prisma ini mempunyai axis yang condong
(bersudut) dengan tapak. |
|
5. Piramid
Piramid adalah satu polihedra yang
mengandungi permukaan sebagai tapak dan sisinya mengandungi beberapa permukaan
segitiga yang bertemu antara satu sama lain pada titik yang dipanggil puncak
(vertex) atau apex. Garisan bayangan yang menghubungkan pusat (tengah tapak)
dengan puncak dipanggil axis |
|
Piramid tepat (right regular
pyramid)
Piramid ini mempunyai axis yang bersudut
90? dengan tapak. Semua permukaannnya adalah sama iaitu segitiga sisi sama. |
|
Octahedron
Mengandungi lapan permukaan mana
segitiga sisi sama adalah permukaannya. |
|
Dodecahedron
Mengandungi duableas permukaan dan
pentagon (sisi lima) sebagai permukaannya. |
|
Isosahedron
Mengandungi dua puluh permukaan
dan segitiga sisi sama adalah permukaannya. |
|
Prisma (prism)
Adalah polihedra yang terdapat dua
permukaan yang sama dipanggil (dikenali) sebagai tapak dan atas, selari
antara satu sama lain dan dihubungkan dengan segi empat selari. Garisan
bayangan untuk mengukur tinggi dikenali sebagai axis. |
|
Piramid condong (oblique pyramid)
Piramid ini mempunyai axis yang
bersudut dengan tapak. Prisma dan piramid dinamakan bergantung kepada bentuk
tapak (base) sebagai contoh ‘triangular piramid’, ‘squares’ ‘pentagonal’
dan lain-lain. |
|
Bulatan padu (solid of revolution)
Adalah satu silinder berbentuk bulat
tepat serta padu, yang digerakkan oleh satu permukaan segi empat, pada
salah satu daripada permukaan yang tetap. Mempunyai tapak bulat. Garisan
yang menyambung antara tapak dan atas dipanggil axis. |
|
Kon bersudut tepat (right circular
cone)
Kon bersudut tepat terhasil daripada
pergerakan segitiga padu bersudut tepat yang mana salah satu daripada sisinya
yang bersudut tepat adalah tetap. Ia mengandungi satu tapak bulat. |
|
Conic Section’
Apabila sebuah kon dipotong oleh
keratan satah pada sudut yang berlainan, ia akan menghasilkan beberapa
bentuk permukaan geometri yang berbeza. Gambarajah dibawah menunjukkan
pandangan sisi sebuah kon yang dipotong dalam sudut-sudut yang berbeza
serta nama-nama geometri yang terhasil daripada pemotongan tersebut. |
|
|
|
Apabila satah keratan
a. Bersudut 90?
dengan axis, hasil daripada pemotongan tersebut adalah bulatan (circle) |
|
b.
Bersudut lebih besar dengan axis daripada sisi condong akan menghasilkan
ellipse. |
|
c.
Bersudut sama besar dengan sisi pada axis akan menghasilkan parabola. |
|
d. Bersudut lebih
kecil dari pada sudut sisi condong pada axis akan menghasilkan hyperbola. |
|