Pengenalan Am Lukisan
Lukisan adalah satu mata pelajaran yang tidak asing lagi bagi pelaiar-pelajar sekolah, maktab dan pusat pengajian tinggi. Sejak peringkat awal persekolahan lagi mereka telah didedahkan kepada bakat sedia ada yang perlu dibimbing untuk diketengahkan. Malahan dalam alam prasekolah juga kanak-kanak diajar melukis dan mewarna lukisan oleh pembimbing dan ibu bapa. Kebolehan melukis yang merupakan koordinasi mental dengan pergerakan tangan memang sedia ada pada setiap orang. Manakala perasaan atau gambaran dalaman khayalan dapat diluahkan melalui cara lukisan. Setakat mana mutu sesebuah lukisan yang dipersembahkan bergantung pula pada kebolehan seseorang itu melukis. Suatu pengalaman yang dirakamkan dalam ingatan seseorang itu apabila dikeluarkan semula secara lukisan biasa, lazimnya lukisan yang dihasilkan itu tidak serupa dengan hasil lukisan individu yang lain. Contohnya, seramai lima orang melihat pada satu jenis pokok di luar bilik darjah. Kemudiannya mereka disuruh melukis semula pokok yang dilihat tadi dalam situasi di bilik darjah tanpa merujuk pada pokok sebenar. Kelima-lima mereka ini boleh melukis semula jenis pokok yang dilihat tadi, tetapi bentuknya berlainan kerana mengikut kehalusan seni melukis setiap individu. Tidak dapat dinafikan bahawa kebolehan melukis memang tersedia ada pada setiap individu, cuma kehalusan seni melukisnya perlu dihalusi dengan latihan-latihan mengikut teknik-teknik melukis yang betul bagi menghasilkan karya seni yang bermutu. Untuk mencipta dan mereka sebuah mesin, kilang, empangan, jambatan, jalan keretapi dan lain-lain bagi kegunaan manusia, seorang pelukis pelan mestilah memahami sepenuhnya akan segala benda yang akan di bina sebelum anggaran perbelanjaan dapat di buat dan di keluarkan. Pelukis mestilah boleh menganggarkan jumlah sebenar bahan yang akan di gunakan, jenis bahan dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan pembinaan tersebut. Dengan lain perkataan seseorang pelukis mestilah melengkapkan setiap keterangan yang diperlukan oleh kontraktor projek tersebut. Komunikasi dalam lukisan kejuruteraan adalah menggunakan Bahasa Grafik, yang mana ia di gunakan secara meluas (Universal) oleh pereka kejuruteraan untuk menerangkan secara lengkap bentuk dan ukuran pada mekanisma dan struktur sesuatu rekaan dengan menggunakan simbol, kata ringkas dan juga garisan . Juruteknik, pereka bentuk, jurutera , arkitek dan lain-lain berkomunikasi melalui bahasa grafik yang jelas untuk semua rekaan yang di hasilkan. Keutamaannya ialah bahasa ini berupaya memberikan arahan dan keterangan teknik yang perlu di kuasai oleh setiap orang yang berkecimpung dalam lapangan teknikal. Pekerja, pengeluar atau mekanik dapat
menghasilkan kerjanya dengan baik dan cekap sekiranya dapat mentafsirkan
dan mengusai bahasa graphik.
2. Jenis Lukisan a). Lukisan Gubahan Fikiran
b) Lukisan Teknik. ( Projective ) Berlainan pula dengan lukisan teknik yang mana lukisannya merupakan lukisan garisan-garisan yang dibentuk daripada pensel atau dakwat. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan teknik, bukannya secara bebas tanpa menggunakan peralatan. Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci yang disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan. Lukisan teknik boleh juga digunakan untuk menyimpan atau merakam rupa bentuk secara terperinci bagi alat-alat kegunaan, mesin, perabot, rumah dan lain-lain lagi. Tidak kurang juga ia digunakan untuk meluahkan ciptaan atau rekaan oleh pencipta-pencipta seperti jurutera, arkitek dan lain-lain yang ada kaitannya dengan kejuruteraan. Oleh kerana pencipta dan pereka sahaja yang mengetahui dan memahami keadaan sesuatu ciptaannya maka ia perlu menyampaikannya secara terperinci melalui lukisan teknik. Pada awalnya, lukisan ciptaan itu dilukis secara lukisan lakaran dan kemudian dilukis dengan menggunakan alatan lukisan teknik mengikut gaya persembahan tertentu yang tertakluk kepada peraturan lukisan untuk menghuraikan dengan jelas maksud lukisan tersebut. Dengan adanya pandangan yang lengkap dari berbagai-bagai sudut ini ia lebih memudahkan lagi bagi seseorang tukang logam membuatnya. Lukisan teknik ataupun lukisan kejuruteraan yang terperinci juga adalah untuk kegunaan jurutera, jurubina dan tukang membuat sesuatu. Bayangkan betapa sukarnya jika hendak membuat barang-barang pengeluaran yang lebih kompleks tanpa merujuk kepada lukisan teknik. Tanpa lukisan teknik maka barang-barang seperti radio, motosikal, kereta, televisyen dan alat-alat lain tentunya tidak dapat dihasilkan dalam bentuk yang seragam. Lukisan Kejuruteraan termasuk dalam golongan lukisan teknik yang menggunakan bahasa grafik. Ia digunakan oleh para jurutera, pereka bentuk, pelukis pelan dan pekerja-pekerja di bengkel dan sektor industri. Ciri-ciri lukisan teknik ialah:-
i) Di lukiskan mengikut peraturan-peraturan dan piawaian yang di tetapkan
i) Lukisan ProjektifPerkara-perkara penting semasa melukis i) Ketepatan
Lukisan tidak memberi makna apa-apa jika tidak tepat. Anda hendaklah belajar dari peringkat awal lagi supaya mengamalkan ketepatan dalam kerja lukisan. ii)Kepantasan "Masa itu Wang". Dalam perindustrian tidak ada tempat bagi orang yang lambat membuat kerja. Bagaimanapun kepantasan tidak datang dengan sendirinya melainkan melalui daya usaha, kepintaran dan kerja yang berterusan. Masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu lukisan teknik itu sebaik-baiknya dengan secepat mungkin yang boleh. Apabila pelukis memulakan lukisannya, bermakna dia memulakan latihan dalam ciri-ciri lukisan teknik yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Lukisan yang boleh disiapkan dalam masa tertentu itu berpunca daripada fikiran dan keadaan kesihatan yang baik serta sentiasa bersedia. Penumpuan sepenuhnya terhadap lukisan akan dapat membantu mengekalkan kemahiran tertentu, umpamanya teknik penggunaan pensel untuk jenisjenis garisan, teknik penggunaan alat-alat lukisan dan lain-lain lagi. Sehubungan dengan itu, sungguhpun
lukisan dapat disiapkan dalam masa yang ditentukan tetapi janganlah pula
menepikan ciri-ciri dalam lukisan teknik dan bukannya dibuat dengan ala
kadar sahaja. Seharusnya amalan yang sedemikian dapat melatih pelukis
sebagai seorang yang produktif dan berkeupayaan menyiapkan kerja-kerjanya
dalam masa yang ditentukan ataupun lebih cepat lagi. Jika lukisan
disiapkan sedikit demi sedikit ia akan menghasilkan kerja yang kurang memuaskan,
menampakkan takat pengekalan kemahiran pelukis tidak tetap. Kelicinan
kemahiran pada tahapnya, setelah seseorang itu membuat kerja dalam jangka
waktu yang tertentu, mungkin tidak sama pada setiap individu.
Ia akan berkesan dari pembelajaran dan amalan. Pekerja yang cekap dan pantas selalunya berwaspada dan bersedia. iii) Terang dan Jelas ( Teknik Melukis ) Lukisan adalah alat perhubungan kepada orang lain dan semestinya lukisan tersebut terang dari segi mutu lukisan dan jelas dari segi pengertian simbol atau sebagainya. Lukisan hendaklah di teliti terhadap perkara-perkara yang kecil terutama sekali tulisan. Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan, termasuk teknik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difaham. Ini memandangkan kepada pelbagai jenis garisan dalam garisan dan simbol-simbol tertentu yang boleh diguna bagi membantu pembikinan lukisan yang lebih baik. Suatu lukisan yang dilukis dengan tidak mengikut teknik-teknik yang betul akan menampakkan lukisan tersebut tidak bermutu. Gejala lain mungkin ia susah difaham ataupun mengelirukan kerana garisan-garisan lukisannya nampak kabur. iv)Kebersihan
Lukisan memerlukan kebersihan, oleh yang demikian anda hendaklah sentiasa
berusaha untuk mengamalkan kebersihan. Lukisan yang kotor dan tidak mementingkan
kebersihan tidak akan di terima umum. Setiap pelukis mestilah menanamkan
perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis
akan lebih berhati-hati semasa
4.Tugas-tugas dan tanggung jawab
Pelukis Pelan
i) Pelukis mestilah memahami sepenuhnya apa yang dikehendaki oleh jurutera, jurubina dan tukang berkenaan dengan projek yang hendak di jalankan.
i) Menjaga, mengawasi dan memperbaiki segala alat-alat kelengkapan yang digunakan. |