Tajuk: Lakaran
(Sketching)
Pengenalan 

 Kepentingan Lakaran Tangan Bebas (Sketching) di dalam Kejuruteraan Mekanikal, Rekabentuk (Design) dan sebagai bahasa komunikasi teknikal tidak boleh dipandang ringan.  Seseorang pelukis pelan mestilah berkebolehan untuk melahirkan idea yang lengkap, memproses idea dengna pantas, tepat serta jelas diatas kertas.  Lakaran ini akan menjadi dokumen awal yang amat penting dalam sesuatu proses permulaan untuk merekabentu sesuatu objek.  Perpatah China ada menyatakan “Sekeping Gambar Menggambarkan Seribu Patah Perkataan”.

TEKNIKAL ‘SKETCHING’ :

 ‘Sketching’ adalah mustahak bagi designer untuk melahirakan dan merakamkan idea. Ianya adalah cepat , pantas dan murah. Berbanding dengan menggunakan  alatan yang mengambil masa yang lama.  Ini boleh mengakibatkan designer akan kehilangan atau lupa akan idea yang sedang difikirkannya.

 Istilah Lakaran Tangan Bebas (Freehan Sketching) biasanya difahami sebagai sebuah lukisan yang tidak mempunyai ukuran. Walau bagaimanapun ianya mestilah dilukis dengan teliti, nisbah ‘Proportion’ , jelas dan ketebalan garisan yang sesuai atau betul.
 

ALAT – ALAT MELUKIS :

 Kelebihan utama sketching adalah penggunaan alatan yang paling minima, iaitu pensel, kertas dan pemadam sahaja.  Apabila sesuatu lukisan perlu dilukis di tapak pembinaan mungkin buku catitan kecil dan ‘klip board’ untuk mengalas kertas kerap juga digunakan.  Disamping itu keras graf juga dapat membantu pelukis untuk menghasil lakaran lukisan yang cantik dan kemas.  Lihat contoh mata pensel pada Rajah 1.

Rajah 1


JENIS – JENIS LAKARAN 

 Pada asasnya sketching dilukis didalam lukisan tiga dimensi ( Isometric ) . Didalam lukisan teknikal empat kaedah asas untuk melukiskan lukisan lakaran adalah secara Multiview, Axonometric, Oblique dan Perspective.  Seperti contoh dalam Rajah 2.

Rajah 2


SCALE :

  biasanya tidak menggunakan skill yang tertentu. Lakarkan lukisan rupabentuk objek sebaik mungkin mengikut pandangan mata kasar. Kertas grid boleh membantu anda mendapat nisbah yang diperlukan.  Besar atau kecil sesuatu lukisan bergantung kepada keras yang anda gunakan. Jikalau objek terlalu kecil lakarannya lebih besar daripada ukuran asal, ianya adalah untuk memudahkan anda meletakkan ukuran.
 

TEKNIK MEMBUAT GARISAN :

 Perbezaan utama antara lukisan lakaran ( Sketching ) dengan lukisan yang menggunakan alat adalah gaya atau teknik garisan.  Garisan lakaran yagn baik tidak semestinya lurus dan sekata seperti menggunakan alatan atau bantuan komputer.  Garisan lakaran kelihatan bebas dan berbagai – bagai. Sebagai contoh lakaran untuk garisan binaan bebas mestilah halus dan nipis.  Sedangkan garisan –garisan lain mestilah hitam tebal tetapi kemas. Lihat contoh Rajah 3.
 


Rajah 3

GAYA – GAYA ( STYLES ) GARISAN :

 Setiap garisan dalam lukisan Kejuruteraan Mekanikal mempunyai maksud yang tersendiri. Sesebuah lukisan yang menggunakan garisan lebar dan tebal yang berlainan serta gaya yang berbeza adalah menunjukkan makna yang berlainan.  Pembaca akan mentafsirkan lukisan bergantung kepada garisan yang digunakan sama ada garisan objek, garisan tersembunyi atau garis tengah dan lain – lain lagi

. 
Tanpa membezakan garisan – garisan ini ataupun penggunaan yang salah, lukisan yang dihasilkan akan menjadi rumit dan mengelirukan untuk difahami.
Untuk memastikan lukisan anda jelas dan mudah difahami, pastikan setiap garisan yang mewakili kumpulan tertentu adalah berbeza. Sebagai contoh garisan objek mestilah lebih tebal daripada garisan binaan.  Garisan – garisan dimensi mestilah lebih jelas daripada garisan binaan dan lain – lain lagi.  Lihat contoh – contoh garisan pada Rajah 4. Contoh – contoh seterusnya adalah untuk menunjukkan teknik – teknik melukis secara lakaran garisan – garisan tegak condong dan lain – lain lagi.
 



Rajah 4

SKETCHING BULATAN, GARIS LENGKOK DAN ELLIPSE

 Bulatan dan garis lengkok ang kecil boleh dilakarkan dengan lengkap hanya dengan satu atau dua kali stroke sahaja. 

 
Secara umumnya adalah lebih mudah untuk melakarkan  garis lengkok tandakan dahulu beberapa titik yang sekata di sepanjang garis lengkok berkenaan dan sambungkan titik – titik berkenaan.  Lihat contoh lukisan pada Rajah 5.
 




Rajah 5


Kepentingan lakaran (sketcing) didalam Kejuruteraan Mekanikal, Rekabentuk (design) dan sebagai bahasa komunikasi 
 
 

Tamat

******************************************
Buku Rujukan:-
1. Technical Drawing Edisi 10 & 11.
 - Pengarang:.F.E. Giesecke, A.Mitchell, H.C Spencer, I.L. Hill, J.T Dygdon dan Novak
2. Lukisan Geometri
- Md Nasir Abd Manan

******************************************
SOALAN KEFAHAMAN
Untuk  menguji kefahaman anda sila jawab soalan berikut
Soalan 1