MENETAPKAN MATLAMAT DIRI
Menerajui hidup anda adalah amat
penting dalam usaha memburu kejayaan dan mengecap kebahagiaan. Orang-orang
yang berjaya adalah proaktif serta bertanggung jawab 100% bagi kehidupan
mereka.
Arah tuju atau tujuan hidup yang jelas membantu anda memfokus usaha-usaha kepada apa yang betul-betul penting bagi anda, mendorong anda melakukan yang terbaik, membantu anda menjadi lebih peka terhadap peluang dan memudahkan anda membuat keputusan harian. Pencapaian matlamat-matlamat hidup juga menggalakkan perasaan bahagia dan bangga yang akhirnya mempertingkatkan harga diri. DEFINISI MATLAMAT Matlamat boleh didefinisikan sebagai arah tujuan. Ia menentukan apa juga yang kita inginkan atau harapkan akan berlaku dan menjadi kenyataan kelak. Matlamat adalah untuk dimiliki dan dinikmati sebagai memenuhi kehendak psikologi manusia kerana pencapaiannya akan menimbulkan perasaan bangga, gembira dan kepuasan kepada diri kita. Sekiranya kita tidak mempunyai sebarang tujuan hidup ataupun cita-cita, sekadar mengharapkan sesuatu yang baik berlaku kepada diri kita atau sekurang-kurangnya tiada yang buruk akan berlaku dalam di dalam hidup kita maka peluang kita ke arah kegagalan terbuka luas. Menurut Maznah Hamid; "Anak kunci kejayaan diri dan kehidupan bermula dengan wujudnya tujuan hidup ataupun matlamat. Hanya dengan mempunyai matlamat yang spesifik dan realistic, barulah dapat memotivasikan dan mendorong seseorang itu merasai akan pentingnya mencapai matlamat". KEPENTINGAN MATLAMAT Pencapaian matlamat adalah salah satu daripada langkah utama dalam mencapai kejayaan. Terdapat beberapa sebab mengapa matlamat menjadi begitu penting dalam kehidupan seseorang:
Sistem matlamat dan objektif yang
dirancang dengan betul melancarkan segala kegiatan seharian. Matlamat menghalang
kita daripada mengikut jalan yang salah.
Apabila kita mula mencapai matlamat
yang telah ditetapkan, akan timbul perasaan bangga dan yakin dengan kemajuan
yang telah diperolehi. Dengan itu, kita akan menetapkan matlamat yang lebih
besar dan memiliki keyakinan dan kepercayaan yang sepenuhnya terhadap diri
sendiri.
Kebahagian hidup sebenarnya terletak
di tangan kita. Jika kita berupaya mencorak kehidupan yang lebih bermakna
maka kebahagiaan akan sentiasa berada di samping kita. Sebaliknya jika
kita sentiasa berkata "Tidak Boleh" maka kita akan menempah kegagalan.
S-Spesifik (Khusus atau Tertentu) Matlamat itu mestilah jelas dan lebih baik daripada yang lepas. Matlamat yang spesifik adalah perlu untuk mengukur kemajuan anda serta menentukan pencapaiannya. M-Measurable (Boleh Diukur) Matlamat itu mestilah boleh ditetapkan status kejayaannya iaitu dapat diukur tahap pencapaiannya. Apabila sesuatu matlamat itu boleh diukur ia adalah lebih mudah menilai sejauh mana pencapaian yang telah diperolehi. A-Achievable (Boleh Dicapai) Matlamat hendaklah sesuatu yang boleh dicapai berasaskan kemampuan diri dan persekitarannya. Matlamat tersebut hendaklah benar-benar bererti bagi diri individu agar terikat untuk mencapainya. R-Realistic (Boleh Menjadi Kenyataan) Matlamat yang dirangka mestilah munasabah, kukuh dan konkrit serta masuk akal untuk mencapainya dengan kemampuan diri seseorang dan ianya tidak terlalu sukar. T-Time Bound (Batasan Waktu) Matlamat itu mestilah mempunyai batasan
waktu atau jangka masa penyelesaiannya. Contoh: jangka pendek (dalam masa
setahun), jangka sederhana (2 hingga 5 tahun) atau jangka panjang (lebih
5 tahun).
PANDUAN MERANGKA MATLAMAT Menyediakan pernyataan misi peribadi anda. Misi peribadi ialah tujuan keseluruhan kehidupan anda atau sebab asas untuk hidup. Tegasnya misi peribadi adalah pernyataan persis tentang apa yang anda ingin capai dalam kehidupan; yakni apakah maksud "kejayaan" kepada anda. Pernyataan misi peribadi menjawab soalan-soalan yang berikut:
Bagi setiap matlamat, sediakan pelan tindakan untuk mencapainya. Tentukan langkah-langkah atau tindakan-tindakan yang akan anda ambil untuk mencapai matlamat-matlamat anda dan nyatakan batas waktu mencapainya.
Mengambil Tindakan Laksanakan pelan tindakan anda setiap
hari. Tumpukan perhatian terhadap pencapaian matlamat-matlamat yang telah
ditetapkan. Urus masa anda dengan jayanya. Kekalkan ketabahan dan disiplin
diri.
Memantau Kemajuan Secara Berkala Tinjaulah semula kemajuan pencapaian
matlamat anda secara berkala. Ambillah tindakan pembetulan sekiranya anda
tidak mencapai kemajuan seperti yang diharapkan. Pastikan bahawa aktiviti-aktiviti
harian anda adalah selaras dengan matlamat-matlamat anda.
MEMBUAT CATATAN PELAN TINDAKAN MATLAMAT DIRI SENDIRI Nama : ............................................................................. Tarikh : ................................
--------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------

Dalam kehidupan harian, anda harus membuat pelbagai keputusan seperti apa yang hendak dilakukan atau apakah yang anda ingin makan hari ini atau berapa banyakkah wang yang anda harus belanja membeli hadiah ? Cara anda membuat keputusan adalah
amat penting supaya mencapai keputusan yang baik.
MAKSUD MEMBUAT KEPUTUSAN Apabila anda membuat keputusan, anda membuat pilihan. Keputusan yang anda pilih adalah salah satu daripada beberapa pilihan yang ada. Keputusan yang dibuat mungkin ada perkaitan dengan: Kadangkala keputusan yang anda buat
adalah keputusan penting. Keputusan yang dibuat itu akan memberi kesan
yang mendalam kepada anda atau orang lain. Contohnya, memilih pilihan dalam
matapelajaran Kemahiran Hidup, memilih kegiatan ko-kurikulum atau memilih
tajuk untuk projek latihan. Biasanya keputusan bagi perkara -perkara seperti
ini perlu difikirkan secara terperinci dan mendalam.
MENYUSUN LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BERKESAN Bagaimanakah anda membuat keputusan? Adakah anda :- 1. membuat sesuatu keputusan mengikut
gerak hati,
Berikut adalah langkah-langkah yang
sistematis untuk membuat keputusan yang berkesan.
Sebelum membuat sesuatu keputusan anda harus mengumpul maklumat yang cukup dan sesuai. Maklumat ini dapat dikumpulkan dengan menanyakan diri sendiri akan perkara-perkara yang harus dipertimbangkan. Anda juga boleh tanya atau perhatikan bagaimana orang lain mengendalikan situasi yang hampir sama dengan anda. Nilai peribadi anda harus diambil kira. Ini bermaksud mengambil kira pegangan dan pertimbangan anda terhadap sesuatu yang anda hargai atau anggap penting. Pengalaman anda juga membantu anda memutuskan sama ada sesuatu pilihan keputusan sesuai atau tidak. Contohnya, wang yang disimpan untuk
membeli kasut baru digunakan oleh Ah Chong untuk membeli buku nota. Bagi
Ah Chong memiliki buku nota adalah lebih penting daripada membeli kasut.
Akibat pemilihan sesuatu keputusan harus juga diambil kira. Keputusan yang diambil itu mungkin akan memberi kesan kepada: CARA MEMASTIKAN SESUATU KEPUTUSAN ITU ADALAH BAIK Untuk membuat keputusan yang baik, anda harus mengambil kira tiga persoalan yang berikut :- Anda harus bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat. Jika keputusan yang anda telah ambil itu kurang memuaskan, anda seharusnya bersedia mengakui kesilapan tersebut. Jangan menyalahkan orang lain atau menyerahkan tanggungjawab anda kepada orang lain. Jangan cepat berputus asa. Belajar daripada kesilapan anda supaya dapat membuat keputusan yang lebih baik pada masa hadapan. PEMIKIRAN KREATIF Dalam proses membuat keputusan, anda seharusnya menggunakan pemikiran kreatif untuk mencari pilihan-pilihan yang baru dan sesuai. Pada mulanya, anda harus bersedia menerima apa juga yang dikemukakan tanpa menentukan sama ada idea-idea itu boleh digunakan atau tidak. Jangan terlalu gopoh dalam menolak sesuatu idea jika anda menganggap bahawa idea itu tidak sesuai. Kadang-kadang daripada idea-idea yang dianggap tidak sesuai ini dapat dilahirkan idea baru yang lebih bersesuaian. Anda juga harus bersedia melihat
sesuatu daripada pelbagai segi. Jangan hanya melihat sesuatu daripada satu
segi sahaja. Cara ini terlalu kaku. Cuba fikir aspek-aspek lain yang berkenaan
supaya pandangan anda lebih luas lagi. Pemikiran kreatif akan membantu
anda mengeluarkan lebih banyak pilihan supaya anda dapat membuat keputusan
yang baik.
TINDAKAN TEGAS Tindakan tegas atau asertif bermaksud sanggup membuat keputusan dan melaksanakannya tanpa menyinggung perasaan orang lain. Tindakan tegas tidak bermaksud degil atau agresif. Seseorang yang bertindak tegas: KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN
Membuat Pemilihan
Kemahiran Menyelesaikan Masalah
LATIHAN MEMBUAT KEPUTUSAN Seorang anggota polis yang sedang meronda nampak cahaya lampu dalam sebuah gudang. Dia harus membuat keputusan : Apakah yang perlu dilakukannya ? Seorang pemuda yang tinggal bersama
dengan emaknya (seorang balu), tidak dapat mencari pekerjaan di bandar
tempat ia tinggal. Kemudiannya dia telah mendapat tawaran bekerja di sebuah
bandar yang agak jauh. Ibunya enggan berpindah atas dengan alasan beliau
terlalu tua untuk mencari kawan-kawan baru di tempat baru. Pemuda itu harus
membuat keputusan sama ada menerima tawaran itu dan meninggalkan ibunya
atau menolak tawaran tersebut dan terus menetap bersama-
Seorang gadis mempunyai 2 orang teman lelaki. Seorang dari mereka itu rajin tetapi pendiam. Seorang lagi lebih segak, disenangi tetapi kurang bertanggungjawab. Kedua-duanya mahu mengahwini gadis itu. Gadis itu harus membuat keputusan. Bagaimana?. Sepasang suami isteri mempunyai seorang anak yang cacat. Mereka harus membuat keputusan sama ada menghantar anak itu ke sekolah khas atau ke sekolah biasa. |