Tajuk: Unjuran Ortografik
(Ortografik Projection)
Pengenalan 

Konsep Teori Pembentukan Bentuk :

 Dalam industri banyak objek yang berbentuk rumit, yang mana memerlukan  lebih daripada satu pandangan untuk menunjukkan bentuk objek tersebut.  Lukisan piktorial atau lukisan bergambar (three dimensional ) kerap kali digunakan oleh orang – orang yang tidak memahami teknikal , tetapi bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan teknikal,  lukisan yang paling sesuai digunakan adalah lukisan pelbagai bentuk ( multiview projection ) yang juga dikenali sebagai lukisan ortografik ( orthographic projection )


Rajah 1


 

Kedudukan bentuk melalui pandangan :

 Apabila melihat objek kita biasanya melihat tiga ukuran asas iaitu panjang , tinggi dan lebar.  Pilihan nilai tersebut diberikan bergantung pada bentuk dan nisbah ukuran sesuatu objek.  Objek berbentuk sfera diterangkan dengan menggunakan garispusat dan objek berbentuk silinder pula menggunakan garispusat tinggi.

Untuk objek yang tidak berbentuk sfera atau silinder , tiga ukuran diperlukan untuk menunjukkan bentuk keseluruhan objek tersebut.  Contoh untuk kereta ukuran yang digunakan adalah panjang x lebar x tebal.

 Semua nilai ukuran diberi berdasarkan pada nisbah objek seperti sebuah tiang telefon yang belum ditegakkan dikira garispusat x panjang dan bila ditegakkan ianya dikira menggunakan  garispusat x tinggi.

 Secara umum pandangan dari kiri ke kanan objek dikira sebagai panjang atau lebar , pandangan daripada depan ke belakang dikira sebagai dalam ataupun lebar dan untuk pandangan menegak objek pula dikira sebagai tiang.


Rajah 2

Pengenalan :

 Unjuran ortografik adalah merupakan satu sistem yang digunakan dalam bidang kejuruteraan untuk menerangkan bentuk dan dimensi bagi pelbagai rupa peralatan kejuruteraan.  Ia adalah merupakan sistem banyak pandangan dimana keseluruhan bentuk objek dapat ditunjukkan dengan jelas tanpa mempengaruhi dimensi objek yang sebenar.

Definisi :

 Secara lebih tepat unjuran ortografik ditakrifkan sebagai satu kaedah yang menghasilkan bentuk objek dengan tepat dalam dua atau lebih pandangan di atas satah – satah yang  biasanya bersudut tepat diantara satu dengan lain.

Kegunaan dan kepentingan lukisan ortogafik:

 Oleh kerana ini penting adalah menjadi tanggungjawab stiap pelajar memahami topik ini.  Penggunaan unjuran ini amat meluas sekali terutama dalam topik lukisan keratan, lukisan mesin dan lukisan pemasangan.  Memahami konsep asas, memahami contoh bentuk – bentuk asas , membiasakan diri dengan latihan – latihan mudah, sederhana dan latihan – latihan yang lebih rumit adalah amalan yang baik untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
 Pada peringkat permulaan , pelajar – pelajar akan diajarkan bagaimana memindahkan bentuk isometrik kepada bentuk ortografik dan kemudian menlengkapkan pandangan – pandangan ortografik dengan kaedah garisan unjuran.  Kaedah ini akan digunakan dalam lukisan keratan dan lukisan mesin.
 

Mengenal satah dalam unjuran ortografik:

 Lukisan ini melibatkan tiga satah utama iaitu satah tegak, satah ufuk ( mendatar ) dan  satah menegak tambahan ( susuk ) .  Satah dalam lukisan teknikal merupakan gambaran satu rataan atau satu permukaan yang tidak mempunyai ukuran tebal atau kedudukan tertentu. Pandangan suatu permukaan objek yang hendak dilukis mestilah berkedudukan tepat 90 darjah dengan satah dan mata pelihat.

Sila lihat contoh – contoh dalam gambarajah yang disediakan.


Rajah 3

Kedudukan satah tegak menyilang pada satah mendatar dari satu arah pandangan:

Kedudukan kedua – dua satah iaitu satah menegak dan satah mendatar adalah bersilang diantara satu sama lain dalam sudut 90 darjah.  Ini akan menghasilkan  empat bahagian yang  dikenal sebagai sukuan pertama, sukuan kedua, sukuan ketiga dan seterusnya sukuan keempat.  Dalam lukisan ortografik keempat sukuan ini disebut sebagai sudut.  Dengan itu ia dinamakan sudut pertama , sudut kedua, sudut ketiga atau sudut keempat.  Sila rujuk Rajah 3 untuk menentukan nama bahagian sudut – sudut tersebut.

 Dari empat  sudut itu hanya dua bahagian sahaja yang boleh digunakan iaitu sudut pertama dan sudut ketiga.  Keadaan ini berlaku adalah kerana apabila satah – satah mendatar dikisarkan mengikut pusingan jam, lukisan ( pandangan ) yang terhasil pada satah – satah pada unjuran sudut kedua dan keempat akan bertindih diantara satu sama lain. Lukisan tersebut tidak boleh digunakan kerana mengelirukan.  Manakala pada sudut pertama dan ketiga pula satah akan terbentang yang akan menghasilkan lukisan terang dan jelas.

Pandangan – pandangan dalam unjuran ortografik


Rajah 4
Pandangan – pandangan pada satah unjuran yang berlainan kedudukannya :

 Untuk menentukan pandangan – pandangan bagi sesuatu objek dalam unjuran ortogafik , boleh ditempatkan satah – satah unjuran seperti dalam Rajah 4. Tiga satah utama yang digunakan ialah satah menegak dari arah A dan arah B dan satah melintang dari arah C. Semua bentuk yang terhasil akan dirakamkan pada satah – satah berkenaan yang menhasilkan pandangan – pandangan yang diperlukan.


Rajah 5

Satu bongkah dalam pandangan bergambar

 Pada lukisan bergambar seperti Rajah 5 ia menunjukkan bongkah yang dilihat dari tiga arah pandangan.  Pandangan ini masih tidak sempurna kerana tidak dapat menunjukkan dengan lengkap , sais , rupa dan bentuk sebenar objek berkenaan.  Sebagai contoh lurah V tidak dapat menunjukkan buka sudut yang sebenar dan bentuk bulatan dilihat berbentuk ellip yang sepatutnya berbentuk bulat. Ini bermakna bentuknya yang dilihat itu tidak dapat menunjukkan gambaran tepat objek yang sebenar.


      Rajah 6
Objek dilukis dalam pandangan ortografik

 Pandangan yang mengelirukan dalam lukisan bergambar dapat ditunjukkan dengan terang dan jelas dalam lukisan ortografik.  Sebagai contoh bentuk V pada Rajah 6 dapat ditunjukkan ukuran dan bentuknya pada pandangan hadapan dengan terang dan jelas.  Begitu juga ukuran dan bentuk bulatan dapat dilihat pada pandangan atas.  Ini menunjukkan pandangan ortografik adalah satu lukisan yang terang, jelas dan lengkap.
Unjuran sudut pertama :

Rajah 7

Rajah 7 menunjukkan satu bongkah yang diletakkan dalam ruang sudut pertama dan dikelilingi oleh satah – satah menegak dan satah mendatar.  Dari arah pandangan A,B dan juga C lukisan permukaan objek yang terhasil dirakamkan pada setiap satah yang terdapat dibelakang objek.  Kaedah ini menghasilkan konsep MATA – OBJEK – SATAH untuk unjuran sudut pertama.


Rajah 8

 Susunan pandangan – pandangan dalam unjuran sudut pertama adalah seperti contoh dalam Rajah 8 .  Pandangan atas adalah selari di bawah pandangan hadapan dan mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi objek.  Manakala pandangan sisi pula kedudukannya selari dalam kedudukan mendatar dengan pandangan hadapan yang juga mempunyai ukuran panjang , lebar dan tinggi objek.


Rajah 9

 Contoh pada Rajah 9 menunjukkan unjuran pertama dalam dua pandangan sisi kiri dan sisi kanan.  Dalam unjuran pertama tiga pandangan yang boleh dilukis adalah pandangan hadapan , pandangan atas dan juga sisi kiri atau sisi kanan.


Rajah 10

Rajah 10 menunjukkan satu bongkah yang diletakkan dalam ruang sudut ketiga dan dikelilingi oleh satah – satah menegak dan satah mendatar.  Dari arah pandangan A,B dan juga C lukisan permukaan objek yang terhasil dirakamkan pada setiap satah yang terdapat di hadapan objek.  Kaedah ini menghasilkan konsep MATA – SATAH – OBJEK untuk unjuran sudut ketiga.


Rajah 11

 Susunan pandangan – pandangan dalam unjuran sudut ketiga adalah seperti contoh dalam Rajah 11.  Pandangan atas adalah selari di atas pandangan hadapan dan mempunyai ukuran panjang , lebar dan tinggi objek.  Manakala pandangan sisi pula kedudukannya selari dalam kedudukan mendatar dengan pandangan hadapan yang juga mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi objek.


Rajah 12


 


Contoh pada Rajah 12 menunjukkan enam pandangan yang boleh dilukis dalam lukisan unjuran iaitu pandangan sisi kiri, sisi kanan, pandangan belakang, pelan dan juga pandangan bawah.  Walau bagaimanapun hanya tia pandangan sahaja yang diperlukan untuk tujuan lukisan unjuran yang sebenarnya. Untuk unjuran sudut ketiga, tiga pandangan utama adalah pandangan hadapan, pandangan atas dan juga sisi kiri atau sisi kanan sahaja.

Simbol lukisan unjuran

Perbezaan diantara unjuran sudut pertama dengan sudut ketiga adalah pada susun atur kedudukan pandangan – pandangan pelan , hadapan dan sisi yang berlainan. Untuk mengelakkan kekeliruan kepada pembaca lukisan , satu simbol lukisan unjuran diperkenalkan seperti Rajah 13. Simbol ini lazimnya ditempatkan pada bahagian penjuru sebelah kanan ( title block ) kertas lukisan.


 simbol unjuran sudut pertama

simbol unjuran sudut ketiga
Rajah 13

Tamat

******************************************
Buku Rujukan:-
1. Technical Drawing Edisi 10 & 11.
 - Pengarang:.F.E. Giesecke, A.Mitchell, H.C Spencer, I.L. Hill, J.T Dygdon dan Novak
2. Lukisan Geometri
- Md Nasir Abd Manan

******************************************
SOALAN KEFAHAMAN
Untuk  menguji kefahaman anda sila jawab soalan berikut
Soalan 1