Sistem PRA-IKM ini bertujuan untuk menambahkan pengambilan pelatih bagi bidang Teknologi Kejuruteraan Mekanikal ( Lukisan dan Rekabentuk ) dengan tidak menjejaskan pengambilan asal mengikut jumlahnya. Sistem ini juga memberi banyak peluang kepada para lepasan SPM serta memberi ruang dan masa pengisian ilmu kemahiran secukupnya sebelum kerjaya pilihan diperolehi. PRA-IKM ( Online Distance Learning ) PRA-IKM adalah dimaksudkan bahawa calon akan ditawarkan berkursus selama 6 bulan , iaitu calon yang terpilih akan datang mendaftar di IKM pada Hari Pendaftaran bersama-sama semua pelatih pengambilan biasa. Pelatih tersebut akan didaftarkan sebagai "PELATIH PRA-IKM" kemudian diberi taklimat serta dibekalkan dengan bahan-bahan pembelajaran secukupnya. Pelatih PRA-IKM akan dibenarkan kembali semula ke kampung masing-masing untuk terus belajar serta melaksanakan proses pembelajaran tersebut ditempat kediaman masing-masing. Setelah selesai menjalani
latihan selama 6 bulan dengan jayanya Pelatih akan terus diserapkan ke
latihan sepenuh masa untuk tempoh satu tahun sahaja.
Program ini merupakan konsep belajar tanpa menghadiri latihan sepenuh masa dan dikendalikan khas. Konsep ini melibatkan aktiviti Komputer ( I.T) menerima bahan pelajaran kendiri yang digubal khas. Pelajar belajar di rumah
atau di mana sahaja beliau berada dan menggunakan fasilitis pembelajaran
dan sistem komunikasi yang ada dengan sepenuhnya untuk membolehkan mereka
mengikuti kursus
|