.

Soalan Pandangan Keratan 
(Sectioning)
Sila penuhkan dan tandakan ruangan dibawah:
a. Nama:
b. E-mail:
c. No kad Pengenalan
d. Kod Soalan

1.  Lukisan keratan  secara umumnya menunjukkan 

a. Pandangan tepi sebuah objek. 
b. Pelan penuh sesebuah objek. 
c. Bentuk dalam sebuah objek. 
d. Pembinaan dalam dan luar sebuah objek. 

2. Dalam lukisan keratan, jenis keratan manakah yang tidak memerlukan garisan satah keratan. 

a. `Offset section' 
b. `Broken out section' 
c.  `Revolve section' 
d.  `Removed section' 

3.  Lukisan keratan yang hanya perlu memusingkan satah keratan pada tempat yang hendak ditunjukkan dan boleh dilukis terus pada sesuatu objek seperti lelengan (arm),`rib' , `spoke' dan lain tanpa mengalihkan ke tempat lain dinamakan. 

a. `Offset section' 
b. `Broken out section' 
c.  `Revolve section' 
d.  `Removed section' 

4.   Dalam pandangan keratan, satah keratan dimaksudkan 

a. satah yang menutupi sesuatu objek. 
b. satah yang berkedudukan mendatar. 
c. satah yang berkedudukan menegak. 
d. satah yang memotong objek pada sebarang keadaan. 

5.   Pada lukisan keratan, apakah tujuan keratan separuh (half section). 

a. Untuk mengelakkan terlalu banyak keratan. 
b. Untuk menunjukkan bahagian luar dan dalam sesuatu objek. 
c. Untuk menunjukkan semua bahagian dalam sesuatu objek. 
d. Untuk menunjukkan semua bahagian luar sesuatu objek. 

6.   Pada lukisan keratan, apakah tujuan keratan ofset (Offset  section). 

A. Untuk mengelakkan terlalu banyak keratan. 
B. Untuk menunjukkan bahagian luar dan dalam sesuatu objek. 
C. Untuk menunjukkan semua bahagian penting dalam sesuatu objek. 
D. Untuk menunjukkan semua bahagian luar sesuatu objek. 
 

Sila klik sekali sahaja jika anda telah benar-benar pasti jawapan yang di pilih