.

Soalan LPK (05)
Sila penuhkan dan tandakan ruangan dibawah:
 
a. Nama:
b. E-mail:
c. No kad Pengenalan
d. Kod Soalan
 
1. Apakah ciri-ciri perniagaan Milik Tunggal ?

i. Penubuhan mudah
ii. Pengurusannya dibantu oleh ahli keluarga.
iii. Dimiliki oleh beberapa orang ahli keluarga.
iv. Peniaga mempunyai dorongan untuk berusaha.

A. i,  ii  dan  iii
B. ii,  iii,  dan iv
C. i,  ii  dan iv
D. i,  ii,  iii dan iv

2. Kedai Kassim bercadang memanggil Kadir, Tuan punya kedai disebelahnya untuk berkongsi menjalankan perniagaan.  Tujuan Kassim berbuat demikian ialah untuk 

A. berbaik-baik dengan Kadir kerana telah berjiran.
B. mendapatkan lebih banyak modal dan pengalaman.
C. memperbesarkan kedainya keran jualan meningkat.
D. mengeratkan silaturrahim.

3. Apakah butir-butir yang biasanya terkandong dalam perjanjian perkogsian?

i. Jumlah modal pelaburan setiap ahli kongsi
ii. Nisbah pembahagian untung dan rugi
iii. Gaji yang perlu dibayar kepada rakan kongsi aktif.
iv. Tidak ada bayaran bunga atas modal tambahan.

A. i  ,  ii  dan  iii
B. ii,   iii   dan  iv
C. i,  ii  dan  iv
D. i,   ii,  iii   dan  iv

4.   Diantara yang berikut, perniagaan yang manakah akan mempunyai bilangan anggota setakat   50 orang sahaja

A. Syarikat Kris Mas Berhad
B. Syarikat Bermutu SDN BHD
C. Syarikat Alpha dan Omega
D. Pasar Mini Wilayah.

5.Perkongsian diantara Rais dan Jalil akan dibubarkan.  Apakah sebab yang mungkin mengakibatkan pembubaran itu?

A. Rais menjadi pengarah ditempat lain
B. Jalil mengeluarkan sebahagian daripada modalnya.
C. Rais menambahkan jumlah modalnya.
D. Jalil bersara dan ia diganti oleh  anaknya.

6. Berapa ramaikah pekongsi maksimum untuk Kedai Alat Ganti Tan dan Saudara ?

A. 10  orang
B. 20 orang
C. 30 orang
D. 50 orang

7. “ Liabiliti tidak terhad”  bermaksud

A. pengusaha harus menanggung segala hutang  piutang perniagaan sekiranya berlaku kegagalan  dalam perniagaan.
B. Pengusaha menanggung sebahagian sahaja daripada hutang perniagaan.
C. Pengusaha tidak perlu menanggung apa-apa hutang
D. Pengusaha terpakasa hadkan jumlah hutangnya.

8. Rakan kongsi Nominal

A. Tidak aktif dalam pengurusan perniagaan.
B. Hanya namanya sahaja digunakan dalam perniagaan dan beliau tidak melabur apa-apa modal, tetapi terpaksa menanggung kerugian bersama-sama.
C. Aktif dalam pengurusan perniagaan.
D. Hanya melaburkan modal.

9. Apakah kegunaan Borang B dalam urusan pendaftaran perniagaan ?

A. Memaklumkan perubahan2 dalam perniagaan .
B. Memperbaharui pendaftaran perniagaan.
C. Pembubaran perniagaan
D. Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaann

10. Bayaran pendaftaran Syarikat Sdn Bhd adalah tertaalok kepada

A. Jumlah modal dibenarkan.
B. Jumlah modal berbayar.
C. Jumlah modal terlebih bayar.
D. Jumlah modal berganda.

11.   Menurut undang-undang Kerajaan Malaysia, perniagaan2 berikut perlu didaftarkan kecuali   

i. perniagaan perseorangan.
ii. Perniagaan perkongsian
iii. Penjaja kecil2an
iv. Syarikat  yang telah berdaftar dengan  pendaftar Syarikat.
v. Perniagaan berbentuk perkhidmatan profesional.

A.   I   dan  ii
B. ii  dan  iii
C. iii,  iv  dan  v
D. iii  dan v

12. Bagi mendaftar perniagaan perseorangan, pengusaha harus

A. mengisi Borang  B dan bayar  $25.00
B. mengisi Borang  A dan bayar  $25.00, sekiranya menggunakan nama sendiri dan $50.00, sekiranya menggunakan nama lain.
C. mengisi Borang  C
D. mengisi Borang  D dan bayar  $5.00

13. Diantara berikut yang manakah kenyataan yang SALAH ?

A. Sijil  Pendaftaran Perniagaan perlu diperbaharui setiap tahun.
B. Sijil Pendaftaran Perniagaan perlu diletakkan ditempat yang mudah dilihat ditempat perniagaan.
C. Peniaga perlu membayar  RM 25.00 untuk memperbaharui sijil pendaftaran perniagaan.
D. Permohonan sijil Pendaftaran Perniagaan boleh dibuat dimana-mana cawangan pejabat pos. 

14. Susun prosedure mendapatkan lesen perniagaan mengikut turutan yang betul

i. Serahkan borang kepada pihak berkuasa tempatan.
ii. Buat bayaran.
iii. Isikan borang permohonan lesen perniagaan.
iv. Pihak berkuasa akan memeriksa bangunan untuk memastikan segala peraturan seperti kebersihan dan keselamatan dipatuhi sebelum lesen dikeluarkan.
v. Lesen mesti dipamerkan didalam kedai.

A. ii, iii, I, v dan iv.
B. Iv, iii, ii, I, v.
C. I, ii,  iii, iv, dan v
D. Iii, I, iv, ii dan v.

15. Kontrak perniagaan antara pengusaha dan pihak berkuasa tempatan dianggap ………………………….. jika pengusaha tidak mendaftarkan perniagaannya.

A. sah.
B. tidak sah
C. tidak normal
D. tidak bagus.

16. Lesen perniagaan boleh diperolehi daripada tempat-tempat berikut kecuali

i. Dewan Bandaraya.
ii. Majlis Daerah.
iii. Pejabat Pos
iv. Bank

A. ii, dan iii.
B. Iii dan iv.
C. I dan iii
D. Ii dan iv.

17. Lesen Cukai Jualan dikenakan keatas 

A. Barangan yang diimpot
B. Barangan tempatan
C. Barangan pengguna
D. Barangan pengusaha.

18. Akta dan Peraturan Sewa Beli 1967 bertujuan

i. mengawal dan mengawasi bentuk dan kandungan perjanjian sewabeli.
ii. Menentukan hak-hak kewajipan dan tanggungjawab penyewa, pemunya dan pihak-pihak lain.
iii. Mengawasi kebersihan dan keselamatan kedai.
iv. Memastikan lesen diperbaharui setiap tahun.

A. i dan ii
B. ii dan iii
C. iii dan iv
D. i dan iii

Sila klik sekali sahaja jika anda telah benar-benar pasti jawapan yang di pilih