PENGENALAN
Rekaan abjad yang awal telah di ilhamkan
oleh pelukis Mesir secara gambaran untuk menyampaian sesuatu masej. Usaha
itu telah di teruskann oleh pelukis Grafik melalui abjad Latin pada tahun
700 sebelum Masihi dan berkembang dengan pesatnnya di seluruh Empayar Roman.
Abjad moden yang mengandungi 26 huruf telah di cipta pada akhir abad ke
14 setelah pengubahsuaian huruf I dan J di lakukan. Abjad ini di
gunakan sehingga kini.
PENGHURUFAN DALAM LUKISAN Segala keterangan atau maklumat yang terdapat pada lukisan teknik biasanya menggunakan tulisan tangan.' Ini termasuk ukuran dimensi, keterangan lukisan, blok tajuk dan lain-lainnya. Sungguhpun terdapat alat-alat tambahan yang boleh digunakan bagi membantu penulisan yang baik, tetapi cara penulisan tangan lebih diutamakan. Begitu juga lukisan yang dilukis dengan peralatan lukisan tetapi segala nota yang berkaitan lukisan ditulis dengan tangan. Penghurufan adalah satu perkara yang dipelajari dari peringkat awal dalam mata pelajaran lukisan teknik. Bagi setiap pelajar akan dilatih cara menghuruf mengikut teknik yang betul. Latihan-latihan sentiasa dilakukan setiap kali melukis lukisan teknik. Kemahiran menghuruf akan didapati setelah seseorang pelajar itu mengikuti latihan-latihan tertentu dan mengamalkan pada setiap kerja-kerja lukisan. Terdapat tiga jenis huruf yang boleh digunakan untuk tulisan dalam lukisan iaitu gothic, roman dan text. Setiapnya boleh ditulis dalam bentuk huruf besar ataupun huruf kecil. Daripada tiga jenis ini terdapat satu jenis yang mudah untuk digunakan dalam penulisan, iaitu jenis gothic. Jenis gothic inilah yang lazim digunakan dalam lukisan teknik untuk menulis nota-nota dan keterangan lukisan. Penghurufan ini juga dikenal sebagai lejang tunggal gothic. la mempunyai stail penghurufan yang mudah ditulis dan juga mudah difaham. Setiap pelajar boleh menghuruf dengan baik jika mereka mengamalkan latihan dengan bersungguh-sungguh serta mematuhi beberapa perkara yang telah disenaraikan seperti berikut: a) Mempeiajari dan mengenal pasti
bentuk-bentuk huruf.
Sebelum seseorang itu mempelajari teknik menghuruf yang betul dan mempraktiknya, terlebih dahulu eloklah dia mempelajari teknik penggunaan pensel. Untuk penghurufan, gunakan pensel gred sederhana lembut seperti gred HB. Mata pensel hendaklah diasah tajam berbentuk kon dan cara memegang pensel hendaklah dipegang dengan betul. Letakkan ibu jari dan jari telunjuk yang memegang batang pensel itu lebih kurang tiga sentimeter dari hujung mata pensel. Condongkan pensel dalam sudut 60' dari permukaan kertas dan pensel hendaklah dipegang dengan lembut bagi memudahkan tangan membentuk huruf dengan tekanan yang seimbang. Cara penggunaan pensel untuk penghurufan ditunjukkan dalam rajah di bawah Terdapat beberapa perkara yang boleh membantu membentuk huruf yang baik, antaranya ialah keseragaman penghurufan. Untuk mendapatkan keseragaman huruf dalam tulisan tangan, perkara-perkara yang berikut perlu diingat semasa menghuruf. a) Semasa membentuk huruf jangancampur tulisan huruf besar di dalam sesuatu lukisan dengan huruf kecil. Penghurufan hendaklah seragam, jika menghuruf menggunakan huruf besar maka kesemua huruf hendaklah ditulis dalam huruf besar. Jika menggunakan huruf kecil maka kesemua tulisan hendaklah menggunakan huruf kecil. Dalam rajah (a) menunjukkan tulisan yang menggunakan campuran huruf besar dan kecil. Elakkan dari menghuruf seperti yang ditunjukkan pada rajah (a). Cara yang betul ialah seperti yang
ditunjukkan dalam rajah (b). Kesemua huruf dalam perkataan latihan
ditulis secara huruf besar dan ini juga termasuk dalam keseragaman menghuruf.
b) Gunakan garisan panduan untuk menyeragam ketinggian huruf dalam tulisan. Tanpa garisan panduan, ketinggian huruf meniadi tidak seragam, ada huruf yang pendek dan ada yang tinggi. Garisan panduan boleh dibentuk dengan menggunakan pensel gred keras seperti 2H, kerana garisan ini hanya sebagai panduan sahaja. Oleh itu garisannya adalah jenis yang ringan atau garisan halus yang tidak beberapa nyata. Dalam rajah ditunjukkan teknik penghurufan yang tidak menggunakan garisan panduan, akibatnya ketinggian huruf tidak seragam. Penghurufan seperti ini tidak dikehendaki dalam lukisan teknik. Garisan panduan lazimnya dalam keadaan mengufuk dan ia boleh dibentuk dengan menggunakan alat sesiku T. Tentukan terlebih dahulu ketinggian huruf yang hendak ditulis, katakanlah 3 mm, kemudian letakkan sesiku T pada tanda ketinggian 3 mm dan seterusnya gariskan kertas lukisan dengan pensel mengikuti bahagian tepi sesiku T. Ketika membentuk garisan panduan, jangan tekan pensel ke atas permukaan kertas. Pegang pensel dengan longgar dan layangkan sahaja supaya garisan yang dibentuk kelihatan kelam seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Berpandukan kepada garisan panduan yang telah dibina, bolehlah menghuruf dalam ruang di antara garisan yang mana ketinggian setiap huruf mestilah mencecah dua garisan. Elakkan dari menghuruf terlebih atau terkurang daripada ketinggian huruf yang telah ditetapkan. Rajah dibawah menunjukkan cara menghuruf yang betul yang mana ketinggian huruf dalam perkataan latihan mengikut garisan panduan dan dengan itu kesemua huruf sama ketinggiannya. c) Elakkan dari mencampurkan kaedah menghuruf tegak dengan kaedah menghuruf condong. Dalam teknik menghuruf terdapat dua kaedah sahaja iaitu kaedah tegak dan kaedah condong. Oleh yang demikian jika menggunakan kaedah menghuruf tegak maka kesemua huruf dalam lukisan adalah tegak dan jika menggunakan kaedah condong maka kesemua huruf hendaklah ditulis condong. Rajah dibawah menunjukkan penghurufan yang mencampurkan kaedah tegak dengan condong. Untuk mendapatkan keseragaman kaedah menghuruf boleh dilakukan dengan mernbentuk garisan panduan. Cara membentuk garisan panduan untuk menyeragamkan ketinggian huruf telah pun ditunjukkan di atas. Seterusnya bagaimana pula mahu membina garisan panduan untuk penghurufan kaedah condong atau tegak. Untuk penghurufan kaedah tegak, garisan panduan tegak bersudut tepat boleh dibina dengan menggunakan sesiku segitiga merentas garisan panduan tinggi huruf. Gred kehitaman garisan panduan ini sama juga dengan gred kehitaman garisan panduan tinggi huruf. Garisan panduan tegak ini boleh dibina di sepanjang garisan panduan menghuruf dengan jarak yang jarang sedikit di antara satu garisan dengan garisan lain seperti pada rajah di bawah. Dengan adanya Menghuruf mengikut garisan panduan dapat menyeragamkan ketinggian huruf. garisan panduan tegak pastilah dapat membantu penghurufan secara tegak. Hasilnya kesemua huruf akan dibentuk mengikut kaedah tegak.
Untuk penghurufan mengikut kaedah condong hendaklah dibina garisan panduan condong. Garisan panduan ini juga dibina merentas garisan panduan penghurufan dengan kecondongan buka sudut 68'. Garisan panduan condong boleh dibina dengan cara yang ditunjukkan dalam rajah dibawah Dengan membina segitiga sempadan tegaknya lima bahagian dan sempadan mengufuk dua bahagian. Setiap bahagian sama ukurannya. Kemudian sambungkan bahagian hujung tiap sempadan tadi untuk membentuk satu sempadan yang lain. Sempadan yang dibentuk ini dalam keadaan condong dan kecondongannya boleh digunakan untuk menghuruf mengikut kaedah condong. Garisan panduan condong ini boleh dibina di sepanjang garisan panduan menghuruf dengan jarak jauh di antara satu dengan lain. Dengan adanya garisan panduan condong dapat membantu pembentukan huruf secara condong. d) Kehitaman dan ketebalan garisan bagi membentuk sesuatu huruf periulah seragam. Dalam rajah dibawah ialah contoh-contoh garisan menghuruf yang tidak mempunyai garisan seimbang dan yang tidak seragam. Terdapat bahagian garisan huruf yang tebal garisannya dan ada yang halus. Cara menghuruf begini tidak digalakkan dalam lukisan teknik, oleh yang demikian ketika membentuk huruf jangan ulang pembentukan sesuatu huruf. Jika kita mengulang pembentukan huruf, kita menggaris dua kali atau lebih pada sesuatu garisan dan dengan itu garisan akan menjadi tebal. Tulisan yang kemas perlu diamalkan dalam lukisan teknik, oleh itu gunakan tekanan pensel yang sama ketika membentuk huruf bagi mendapatkan aras kehitaman yang sekata. Pada rajah dibawah ditunjukkan contoh tulisan tangan yang menggunakan pensel. e) Jarak di antara huruf dalam sesuatu
perkataan hendaklah sentiasa ' betul dan seragam. Setiap huruf dibentuk
mengikut ukuran lebar dan tingginya dan disusun secara bersebelahan bagi
membentuk sesuatu perkataan. Sekiranya saiz tinggi dan lebar disusun
dengan jarak yang tertentu bagi setiap huruf maka huruf yang terbentuk
seperti yang terdapat dalam rajah dibawah.
Ternyata kesan penjarakan huruf ada yang rapat dan ada yang terialu jauh. Seperti jarak di antara huruf LA dengan huruf T terlalu jauh dan jarak huruf TIH terlalu rapat. Perkataan latihan ditulis dengan penjarakan huruf yang tidak seragam atau tidak seimbang. Untuk mencantikkan lagi susunan huruf dalam perkataan tersebut dengan jarak yang teratur boleh dilakukan dengan merapatkan dan menjarakkan saiz kelebaran sesuatu huruf. Sebagaimana yang ditunjukkan dalam perkataan LATIHAN yang telah disusun semula mengikut penjarakan huruf yang betul. Dengan susunan semula ini dapat dilihat susunan huruf yang kemas dan ruang latar belakang yang seimbang. f) Jarak di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain hendaklah mengikut cara yang telah ditetapkan dan,hendakiah seragam di dalam sesuatu ayat. Untuk mendapatkan jarak yang baik di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain adalah lebih kurang satu jarak huruf 'O'. Dengan jarak satu huruf 0 bagi setiap perkataan dapatlah menyusun atur penghurufan yang lebih baik dan perlu diamalkan pada setiap latihan lukisan. Dalam rajah (a) menunjukkan jarak antara perkataan yang tidak mengikut aturan jarak yang betul. Dalam rajah (b) pula menunjukkan penjarakan yang betul di antara perkataan di dalam sesuatu ayat.
Teknik Menghuruf Tegak
Teknik Menghuruf Condong
Membentuk Angka Dan Pecahan
Bagi keseluruhan angka pecahan pula saiz ketinggiannya hendaklah dua kali ganda ketinggian angka biasa dan angka dalam pecahan % dari ketinggian angka. Jika tinggi angka 3 mm maka ketinggian keseluruhan angka pecahan adalah 6 mm dan setiap angka pecahan pula berukuran 2 mm. Angka memangnya kerap digunakan untuk mendimensi lukisan. Membentuknya hendaklah berhati-hati dengan mengikut teknik yang betul, supaya ia jelas dibaca. Semasa membentuk angka pecahan pastikan ruang yang mencukupi untuk angka dan pecahan seperti yang di tunjukkan dalam rajah. Tamat Buku Rujukan:- 1. Technical Drawing Edisi 10 & 11. - Pengarang:.F.E. Giesecke, A.Mitchell, H.C Spencer, I.L. Hill, J.T Dygdon dan Novak 2. Lukisan Geometri - Md Nasir Abd Manan ******************************************
|