Make your own free website on Tripod.com
Tajuk: Jenis-jenis Garisan
(Type of Line)


Pengenalan Garisan (lines)

Berjenis-jenis garisan yang berbeza maknanya setiap satu digunakan dalam lukisan. Perbezaan antara garisan tersebut boleh dianggap sebagai nahu (alphabet) dalam dunia lukisan kejuruteraan. Ketebalan dan nipisnya sesuatu garisan akan membezakan bentuk sesuatu objek.

Ketebalan maksimum sesuatu garisan umumnya adalah 0.7mm (.032in) dan untuk garisan halus pula adalah 0.35mm (.016in). Setiap garisan mestilah digariskan dengan kemas dan terang, padu, sekata juga dilukiskan dengan jelas untuk menghasilkan suatu lukisan yang bermutu dan bernilai.
 

Jenis-jenis garisan American Standard

 1. Garisan berterusan tebal (Visible lines)

Garisan ini digunakan sebagai garisan objek. Ianya mesti dituliskan dengan kemas dan jelas.

 2. Garisan purus-putus nipis (Hidden lines)

Semua bahagian yang terlindung pada sesuatu objek ditunjukkan dengan menggunakan garisan ini. Garisannya berbentuk halus putus-putus yang panjangnya lebih kurang 1/8” dan jarak antara satu sama lain lebih kurang 1/32”. Ukuran ini biasanya bergantung kepada lukisan.

 3. Garisan pemotong nipis (Section lines)

Garisan ini digunakan untuk menunjukkan muka keratan sesuatu objek yang terpotong. Ia ditunjukkan dalam beerapa cara untuk membezakan jenis-jenis bahan yang berlainan yang digunakan pada sesuatu objek. Garisan ini adalah halus tetapi hitam.
 

 4. Garisan tengah (Centre lines)

Semua objek yang berbentuk bulat menggunakan garisan ini untuk menunjukkan titik tengahnya. Garisan ini bersilang pada garisan pendek yang diputuskan sedikit dan mesti dihabiskan sedikit sahaja melepasi ukurlilit bulatan.

 5. Garisan berterusan nipis (Dimension, Extension & Leader lines)

Garisan ini adalah halus tetapi lebih hitam dan jelas daripada garisan binaan. Garisan ‘Extension’ (Garisan Tambahan) dilukiskan diluar objek untuk menunjuk had jarak ukuran objek. Garisan dimensi (Dimension) diletakkan diantara dua garisan ‘Extension’ untuk dituliskan ukuran jarak objek tersebut ditengah-tengahnya. Garisan ‘Leader’ atau garisan penunjuk pula digunakan untuk menunjukkan saiz objek yang berbentuk bulat.
 

 6. Garisan pemotong tebal (Cutting plane lines)

Garisan ini adalah hitam dan tebal yang digunakan untuk menunjukkan bahawa sesuatu objek adalah terpotong. Ada dua cara yang biasa digunakan iaitu satu garisan panjang berterusan lebih kurang 1” dan dua garisan pendek 1/8” atau garisan putus-putus lebih kurang 1/4” yang berjarak 1/16” antara satu sama lain. Garisan ini akan diterangkan dengan lebih jelas lagi dibawah tajuk keratan (Sectional View).
 

 7. Garisan berterusan tidak lurus tebal (Break lines)

Garisan ini digunakan untuk menunjukkan had sebahagian kecil objek yang terpotong. Garisan ini dilukis dengan bebas tanpa menggunakan sebarang alat sebagai panduan.

 8. Garisan berantai nipis (Phantom lines)

Objek yang bergerak, butiran yang berulang juga kedudukan yang berubah ditunjukkan dengan menggunakan garisan ini.
 

 9. Garisan sempadan (Border lines)
Ianya dilukiskan ditepi kertas lukisan sebagai sempadan (Frame) untuk menampakkan kekemasan sesuatu lukisan. Garisan ini adalah yang paling tebal daripada semua garisan yang telah kita pelajari.

 10. Garisan binaan (Construction lines)
Berbentuk sangat halus dan nipis digunakan untuk melakarkan sesuatu gerak kerja diperingkat awal. Garisan ini mestilah mudah dipadam.

 

Tamat

******************************************
Buku Rujukan:-
1. Technical Drawing Edisi 10 & 11.
 - Pengarang:.F.E. Giesecke, A.Mitchell, H.C Spencer, I.L. Hill, J.T Dygdon dan Novak
2. Lukisan Geometri
- Md Nasir Abd Manan

******************************************
SOALAN KEFAHAMAN
Untuk  menguji kefahaman anda sila jawab soalan berikut
Soalan 1