Pengenalan Garisan dan Bentuk Geometri
PEMBINAAN GEOMETRI
Pembinaan Geometri terbahagi kepada
dua kategori yang besar iaitu satah geometri atau Geometri Lamina (Plain
Geometry) dan juga geometri bongkah atau padu (Solid Geometry). Banyak
daripada binaan-binaan yang digunakan dalam lukisan mekanikal adalah berasaskan
pada geometri satah. Dibawah tajuk ini kita akan mempelajari dengan mendalam
berkenaan geometri satah dan diikuti dengan mengenal geometri bongkah.
Setiap pelukis dan para jurutera
mestilah faham dan tahu cara menggunakan setiap binaan bersesuaian dengan
masalah yan perlu diselesaikan dalam lukisan. Pembinaan Geometri memerlukan
alat-alatan seperti kompas dan sesiku set. Boleh juga dibantu oleh alatan
lain seperti sesiku tee serta pembahagi.
Dibawah tajuk ini ketepatan adalah
perkara yang paling mustahak. Untuk mendapatkannya gunakan mata pensil
yang sederhana keras. Pastikan mata pensil tersebut mestilah tajam. Lukiskan
garisan binaan sehalus mungkin. Kemudian terangkan garisan-garisan yang
diperlukan untuk membezakan garisan binaan dan garisan kerja (objek) tajuk-tajuk
yang akan dipelajari dibawah satah geometri ialah
1. Titik (Point)
2. Garisan (Line)
3. Sudut (Angles)
4. Segitiga (Triangles)
5. Bulatan (Circles)
6. Segiempat (Quadrilateral)
7. Poligon (Polygon)
Definisi Titik (Point)
Titik menggambarkan kedudukan pada
atau dalam lukisan. Ia tidak mempunyai ukuran panjang, tinggi dan lebar.
Titik ditunjukkan dalam lukisan dengan persilangan antara dua garisan.
Jangan sekali-kali menunjukkan titik dengan menggunakan satu titik sahaja.
Definisi Garisan (Line)
Garisan adalah hasil dari penyambungan dua titik dan
lebih. Ia mengandungi panjang tetapi tidak ada lebar.
No.
|
Jenis
|
Definisi
|
Gambarajah
|
1.
|
Garis Lurus
(Straight Line) |
Garis lurus adalah garisan terpendek
hasil dari gabungan dua titik dan dinamakan mengikut arahnya. |
|
2.
|
Garis Melintang
(Mengufuk/ horizontal) |
Garisan lintang adalah garisan datar
yang selari dengan muka bumi seperti permukaan air dan lain-lain lagi. |
|
3.
|
Garis Tegak
(Vertical line) |
Garis tegak adalah garis yang membentuk
sudut 90? dengan garis lintang. |
|
4.
|
Garis Condong
(Oblique line) |
Garisan ini tidak tegak dan tidak
melintang. Apabila dilukiskan ianya membentuk sudut yang kurang atau lebih
daripada sudut 90? |
|
5.
|
Garis Lengkok / Garis Lengkong (Curve
line) |
Garisan ini tidak lurus dan sentiasa
bertukar arah. |
|
6.
|
Garisan Selari
(Related Line) |
Ianya adalah dua garisan yang dilukiskan
sejajar atau selari dan tidak akan bertemu antara satu sama lain. |
|
7.
|
Garis Pugak
(Perpendicular Line) |
Dua garisan yang melintang antara
satu sama lain bersudut 90? dikenali sebagai garis pugak. |
|
Definisi Sudut (Angles)
Apabila dua garisan bertemu pada
satu titik, ianya membentuk sudut. Ukuran sudut bergantung kepada besar
atau kecilnya kawasan yang dilengkongi oleh dua garisan tersebut dan diukur
dalam "darjah".
No.
|
Jenis
|
Definisi
|
Gambarajah
|
1.
|
Sudut Lengkap |
Ianya adalah satu pusingan jam yang
mengandungi 360? |
|
2.
|
Sudut Lurus |
Ianya adalah setengah daripada satu
pusingan jam iaitu 180? |
|
3.
|
Sudut Tepat
(Right Angle) |
Sudut tepat adalah 1/4 daripada
satu pusingan jam iaitu : 1/4 x 360? = 90? |
|
4.
|
Sudut Tirus
(Acute Angle) |
Ia bersudut kurang dan kecil daripada
sudut 90? |
|
5.
|
Sudut Cakah
(Obstuse Angle) |
Sudut yang lebih daripada 90? dan
kurang daripada 180? dikenali sebagai sudut cakah |
|
6.
|
Sudut Refleks
(Reflex Angles) |
Sudut yang lebih daripada 180? dikenali
sebagai sudut refleks |
|
7.
|
Sudut Pelengkap
(Complementary Angle) |
A + B adalah sudut pelengkap |
|
8.
|
Sudut Pencukup
(Supplementry Angle) |
A + B adalah sudut pelengkap |
|
9.
|
Sudut Bersebelahan |
Sudut A dan Sudut B adalah bersebelahan. |
|
Definisi Segitiga (Triangle)
Segitiga adalah geometri satah yang
dikelilingi oleh tiga sisi. Jumlah ketiga-tiga sisinya mestilah 180?.
No.
|
Jenis
|
Definisi
|
Gambarajah
|
1.
|
Segitiga Bersudut Tirus (Acute Angle
Triangle) |
Segitiga yang mana dua daripada
sudutnya adalah kurang daripada 90? |
|
2.
|
Segitiga Bersudut Cakah(Obtuse Angle
Triangle) |
Salah satu daripada sudutnya adalah
melebihi daripada 90? |
|
3.
|
Segitiga Bersudut Tepat / Tegak
(Right Angle Triangle) |
Salah satu daripada sudutnya adalah
bersudut tepat. |
|
4.
|
Segitiga Sisisama
(Equilateral Triangle) |
Ketiga-tiga sisinya adalah sama
panjang. |
|
5.
|
Segitiga Kakisama
(Isosceles Triangle) |
Dua daripada tiga sisinya adalah
sama panjang. |
|
Definisi Bulatan (Circle)
Bulatan adalah satu gambarajah satah
yang disempadan oleh satu lengkongan berterusan, yang mana sentiasa bersamaan
daripada satu titik tetap yang dipanggil tengah atau pusat bulatan.
Tatanama sebuah bulatan.
No.
|
Jenis
|
Definisi
|
Gambarajah
|
1.
|
Ukurlilit bulatan
(Circumference) |
Bulatan adalah dilengkongi oleh
satu garis lengkok yang dikenali sebagai ukurlilit bulatan. |
|
2.
|
Pusat Bulatan (Center) |
Pusat bulatan adalah satu titik
tetap yang terletak ditengah-tengah ukurlilit bulatan. |
|
3.
|
Jejari(Radius) |
Garis lurus yang dimulai dari titik
tengah dan tamat diukurlilit bulatan. |
|
4.
|
Garis Pusat (Diameter) |
Garis pusat adalah garis lurus yang
dimulai dari lilitan dan merentasi pusat bulatan serta tamat pada lilitan
bulatan. |
|
5.
|
Garis Lengkok (Arc) |
Jarak yang sederhana antara dua
titik pada ukurlilit bulatan dikenali sebagai garis lengkok. |
|
6.
|
Perentas(Chord) |
Adalah satu garis lurus yang menyambungkan
antara dua titik pada ukurlilit bulatan. Tidak melalui pusat bulatan. |
|
7.
|
Tembereng (Segment) |
Tembereng adalah kawasan yang dilingkungi
oleh sebahagian daripada ukurlilit bulatan dengan garis rentas. |
|
8.
|
Tembereng Tajam
(Sector) |
anya adalah kawasan yang dilingkungi
oleh garis lengkok dengan dua jejari. |
|
9.
|
Sukuan (Quadrant) |
Sukuan merangkumi 1/4 daripada kawasan
sebuah bulatan. |
|
10.
|
Normal |
Sebarang garis lurus dimulakan daripada
titik tengah bulatan dan dipanjangkan melebihi lilitan bulatan. |
|
11.
|
Separuh Bulatan
(Semicircle) |
Separuh bulatan adalah setengah
daripada kawasan sebuah bulatan. |
|
12.
|
Garis Sentuh (Tangent) |
Adalah satu garis lurus yang menyentuh
ukurlilit tetapi tidak memotong, dan bersudut 90? dengan garisan normal.
Titik dimana garisan menyentuh ukurlilit dikenali sebagai titik tangen
(point of tangent). |
|
13.
|
Sekan (Secant) |
Garis lurus yang memotong bulatan
pada dua titik dikenali sebagai sekan. |
|
14.
|
Bulatan sepusat
(Concentric circle) |
Apabila dua bulatan menggunakan
satu pusat yang sama ianya dikenali sebagai bulatan sepusat. |
|
15.
|
Bulatan tidak sepusat
(Ecentric) |
Sebuah bulatan besar yang mengandungi
beberapa bulatan kecil didalamnya dengan pusat yang berlainan dikenali
sebagai bulatan tidak sepusat. |
|
16.
|
Circumscribe |
Adalah melukiskan satu bulatan diluar
satu satah yang lain yang menyentuh pada tiga titik. |
|
17.
|
Inscribed |
Adalah melukiskan satu bulatan didalam
satu tiga segi yang mana ukurlilit bulatan menyentuh ketiga-tiga sisi. |
|
Segiempat (Quadrilateral)
Quadrilateral adalah satah geometri yang mengandungi empat
sisi yang membentuk sudut. Keempat-empat sudut akan berjumlah 360?. Setiap
dua garisan yang menyambungkan dua sudut yang bertentangan dipanggil pepenjuru.
Segiempat (Parallelogram)
Parallelogram adalah segi empat yang mengandungi dua
sisi atau lebih yang selari. Segiempat yang tergolong dalam (Parallelogram)
ialah "Square", "Rectangle", "Rombus" dan "Romboid".
No.
|
Jenis
|
Definisi
|
Gambarajah
|
1.
|
Romboid
(Rhomboid) |
Romboid ialah kawasan yang di lengkongi empat sempadan
dimana dua sisi yang selari. dua pasang sisi yang sama panjang, Garisan
pepenjuru nya adalah tidak sama panjang. |
|
2.
|
Segiempat Tepat
(Square) |
Segiempat sama adalah dilengkongi oleh empat sisi yang
sama panjang dan selari dan semua sudutnya adalah sudut tepat. Garisan
pepenjuru juga adalah sama dan memotong antara satu sama lain pada
sudut tepat. |
|
3.
|
Rombas
(Rhombus) |
Rombas adalah kawasan yang dilengkongi oleh empat sisi
yang sama panjang tetapi tidak bersudut tepat. |
|
4.
|
Segiempat Bujur Tepat
(Rectangle) |
Adalah segiempat yang mengandungi empat sudut tepat,
dua sisi bertentangan adalah sama. Garisan pepenjuru adalah sama panjang
tetapi memotong antara satu sama lain tidak pada sudut yang sama. |
|
5.
|
Segiempat Dua Sisi Selari (Trapezoid) |
Adalah segiempat yang mengandungi cuma dua sisi yang
selari. |
|
6.
|
Trapezium |
Keempat-empat sisi trapezium adalah tidak sama panjang
dan tidak selari. |
|
Poligon (Polygon)
Poligon adalah geometri satah yang dikelilingi oleh beberapa
garis lurus. Jika kesemua sisi dan sudutnya sama saiznya, poligon tersebut
boleh dilukiskan dalam atau pun luar sebuah bulatan. Segitiga, segiempat,
segilima dan seterusnya adalah dikenali sebagai poligon.
Dibawah ini ditunjukkan contoh-contoh poligon.
Sila lihat nota kedua
****************************************** |